Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bayan Token: Token Utiliti Kripto yang Mematuhi Shariah

 

Bayan Token

Pada 29 Jun 2018, BYT Technologies Pte Ltd mengumumkan pelancaran token utiliti kripto, Bayan Token yang mematuhi Shariah. Menurut whitepaper Bayan Token, projek ini menitik berat konsep “Good for Goodness“, atau kebaikan untuk kebaikan di mana perkembangan dan peningkatan nilai daripada projek-projek yang akan dijalankan akan memberi pulangan yang besar kepada pemegang BYT dan juga impak yang positif kepada masyarakat.

Bayan Token adalah token ERC20 yang dibina di atas platform Ethereum dan menggunakan kemudahan “smart contractEthereum sebagai mekanisme untuk memastikan setiap token mempunyai nilai yang boleh ditebus oleh pemegang BYT. Tambahan lagi, dana yang dikumpulkan melalui ICO Bayan Token akan digunakan untuk menjalankan projek-projek yang mempunyai nilai ekonomi di dunia sebenar.

Projek-projek Bayan Token

Bayan Token mempunyai tiga projek utama yang akan dijalankan. Dalam pemilihan projek-projek, team Bayan Token telah memastikan kesemua projek-projek ini telah pun beroperasi dalam skala yang kecil, menunjukkan bahawa ianya bukanlah idea semata-mata atau masih lagi di tahap ideation. Menurut jurucakap mereka, ini bermakna pemilik token dan pelabur tidak akan terdedah kepada risiko projek gagal di tahap awal. Projek-projek yang akan dijalankan adalah:

Shariah Compliant Artificial Intelligence-Equity Trader (AiET Z2 System)

Sistem berdasarkan AI ini akan mencari peluang pelaburan dan perdagangan terbaik dan membolehkan strategi pelaburan dilaksanakan dengan cepat dan lancar. Antara kelebihan sistem ini adalah ianya mampu menganalisa dan mengenal pasti trend pelaburan dalam skala yang besar secara otomatik dan konsisten. Pada masa yang sama, ia mengurangkan kesilapan manusia serta mengetepikan emosi dalam membuat keputusan pelaburan dan perdagangan.

Sistem yang inovatif ini kini dalam proses ujian di pasaran saham Amerika Syarikat, NYSE dan NASDAQ dan telah pun membuahkan hasil yang memuaskan. Perancangan seterusnya adalah untuk menggunakan sistem ini di pasaran komoditi lain di seluruh dunia, dan salah satunya adalah dalam pasaran matawang kripto sendiri.

Rangkaian Halal Mart

BYT Technologies Pte Ltd bercadang untuk membuka sekurang-kurangnya 100 kedai fizikal Halal Mart di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia dalam masa 3 tahun, dan projek ini akan menggunakan model perniagaan sedia ada, iaitu Elzar Mart. Elzar Mart sudah pun di buka di beberapa lokasi di Malaysia dan ia akan dikembangkan di bawah konsep Halal Mart menggunakan dana terkumpul sewaktu ICO.

Perancangan untuk mengendalikan platform Halal Mart Online juga akan dijalankan pada masa yang sama. Syarikat itu merancang untuk bekerjasama dengan vendor tempatan dan juga antarabangsa untuk menyertai platform Halal Mart, seterusnya membolehkan orang ramai akses barangan halal dengan lebih mudah dan cepat. Pemilik Bayan Token juga boleh menggunakan token mereka untuk membeli-belah di Halal Mart.

Pengkomersialan Ekstrak Daun Basella Alba sebagai suplemen kesihatan

Satu projek berimpak besar yang dalam perancangan BYT Technologies Pte Ltd adalah pengeluaran suplemen kesihatan daripada ekstrak daun Basella Alba. Berdasarkan penyelidikan dan uji kaji yang telah dijalankan, ekstrak daun Basella Alba didapati boleh merendahkan tahap kolesterol dalam badan, justeru itu mendatangkan kebaikan kepada mereka yang menghidap penyakit hypercholesterolemia dan juga penyakit kardiovaskular yang lain.

Buat masa ini, statin ialah satu-satunya ubat yang diberi kepada pesakit yang mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit-penyakit kardiovaskular. Namun begitu, statin ditemui menyebabkan beberapa kesan sampingan jangka masa panjang seperti kerosakan pada hati dan otot, dan juga buah pinggang. Basella Alba adalah alternatif organik kepada statin yang mempunyai potensi sangat besar untuk dikomersialkan bukan sahaja di peringkat tempatan, tetapi juga secara global.

Sudut Syariah

Satu elemen penting yang menjadikan Bayan Token berlainan daripada kebanyakan token lain adalah ianya bersandarkan nilai yang boleh ditebus oleh pemilik BYT. Setiap BYT mewakili akses kepada Private Cloud Server selama 16 jam. Setiap server mempunyai 2GB kuasa komputer, 1GB ruang simpanan, 5GB SSD Disk dan 10GB bandwith untuk pemindahan data.

Satu satu prinsip Islam dalam perihal kewangan adalah ianya perlu bersandarkan real goods atau aset yang mempunyai nilai. Islam tidak melihat matawang sebagai sesuatu yang mempunyai nilai intrinsik; hanya sebagai medium pertukaran. BYT yang bersandarkan aset yang mempunyai nilai dianggap sebagai ‘Mal Mutaqawwam’, atau sesuatu yang boleh diambil manfaatnya menurut syara’  .

Bayan Token telah mendapat pengikitirafan daripada Elzar Shariah Solution Sdn Bhd, yang telah dilantik sebagai penasihat Shariah syarikat tersebut. Dalam sijil pengiktirafan tersebut, struktur Bayan Token mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Shariah di mana ia:

  • bersandarkan akses kepada private cloud server selama 16 jam
  • mempunyai nilai yang diterima oleh pengguna matawang kripto dan boleh dijual beli di pasaran matawang kripto.
  • mempunyai utiliti dalam dunia sebenar; Bayan Token boleh digunakan di kedai-kedai yang telah disenaraikan di masa akan datang

Perancangan Bayan Token

Menurut roadmap Bayan Token, setiap projek yang telah disenaraikan di atas akan mula dijalankan sekitar November 2018. Pada masa yang sama, Bayan Token akan melalui proses testing untuk penebusan dengan private cloud server dan juga mula disenaraikan di platform pertukaran tertentu. Dan tahun 2019 pula menjangkakan kesemua projek akan dilancarkan secara rasmi kepada orang awam.

Siapa di belakang team Bayan Token?

Sesuatu yang pasti peminat matawang kripto ingin tahu adalah siapa di belakang team Bayan Token. Menurut laman web Bayan Token, team Bayan Token terdiri daripada pakar-pakar yang mempunyai latar belakang dalam matawang kripto, Shariah, operasi perbankan, Blockchain, AI, ekonomi dan macam-macam lagi.

Dr. Zaharuddin Abd. Rahman sebagai pengerusi BYT Technologies Pte Ltd adalah nama yang tidak asing dalam tanah air ini. Beliau juga adalah Pengarah Urusan kumpulan Syarikat Elzar (Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd, Elzar Resources Sdn Bhd, Elzar Trading Sdn Bhd and K-Fiqh Sdn Bhd). Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang Shariah dan pernah menjadi penasihat Shariah kepada beberapa institusi termasuk Bank Negara Malaysia, RHB Islamic Bank Ltd, OSK Investment Bank, Deutche Bank, Al-Rajhi Bank Malaysia, Standard Chartered Saadiq Bank, ACR ReTakaful Bahrain, BIMB Securities Sdn Bhd, BNP Paribas Bank dan lain-lain.

Selain daripada itu, duta Bayan Token adalah En. Vince Focarelli. Vince Focarelli adalah nama yang pernah disebut-sebut dengan ketakutan kerana latar belakangnya sebagai bekas ketua mafia yang berpengaruh di selatan Australia. Namun beliau yang kini dikenali dengan nama Imran Abdul Salam adalah seorang aktivis sosial dan sering memberi ceramah motivasi tentang perjalanannya kepada Islam. Buat yang tidak mengenali individu ini, anda boleh membuat pencarian Google tentangnya atau baca tentang kisahnya yang diterbitkan oleh Harakah Daily.

ICO Bayan Token 

Bayan Token kini dalam sedang menjalankan ICO daripada 27 Jun sehingga 27 Julai 2018. Setiap token dijual dengan harga USD0.80 dan pembelian minima adalah 50 BYT atau USD$40. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Bayan Token, anda boleh melayari laman web mereka di sini: Bayan Token.

 

Disclaimer: Pengulasan yang diterbitkan adalah pengulasan yang telah dibayar. Ia tidak melambangkan pengiktirafan penulis terhadap projek ICO atau matawang kripto/token tersebut. Sila jalankan penyelidikan anda sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli/melabur dalam mana-mana projek ICO.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads