Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Golem (GNT), Pasaran Kuasa Komputer Pertama Dunia

Pernahkan anda menghadapi masalah untuk melakukan kerja pengiraan (computation) didalam komputer anda? Komputer anda mengambil masa yang lama untuk pengiraan? Kuasa komputer tidak cukup tinggi?

Syarikat besar seperti Google, Amazon, IBM, dan lain-lain mempunyai satu gudang besar yang dimuatkan beribu-ribu komputer, dicipta untuk bekerja secara selari bagi menyelesaikan pengiraan dalam komputer. Tetapi bagaimana pula untuk individu atau kumpulan kecil yang ingin melakukan kerja computation yang berat mereka tetapi tidak mempunyai processing power yang tinggi. Golem menyelesaikan masalah itu tanpa perlu individu tersebut membeli komputer yang mempunyai spec tinggi dan mahal.

Projek Golem bertujuan untuk menjadikan penggunaan komputer sesuatu yang desentralisasi. Golem menawarkan penggunaan kuasa komputer kepada individu yang memerlukan dengan menggunakan Ethereum Blockchain sebagai Perkhidmatan Infrastruktur. Jika anda ingin membuat melakukan kerja computation yang menggunakan kuasa komputer yang tinggi, anda hanya perlu membayar kepada Golem Network dalam bentuk Golem Network Token (GNT), kemudian hantar kerja anda ke Golem Network.

Golem Network akan membahagikan kerja anda kepada bahagian-bahagian kecil dan menghantar ke setiap nodes didalam Golem Network untuk melakukan kerja computation bagi pihak anda. Setelah selesai, Golem akan menyatukan semula bahagian-bahagian kecil kerja dah menghantar semula kepada anda. Ini menbolehkan kerja computation dilakukan dengan pantas kerana kerja seperti membikin filem CGI memakan masa satu hari untuk computation, tetapi dengan adanya Golem, ianya dapat diselesaikan dengan hanya beberapa jam. Golem juga menawarkan servis yang murah membolehkan sesiapa sahaja untuk melakukan kerja menggunakan Golem Network.

Golem mendapatkan kuasa komputer dengan cara membenarkan sesiapa sahaja untuk menyewakan kuasa komputer mereka yang tidak digunakan seperti grafik, CPU, atau hard drive kepada Golem Network. Jika anda menyewakan kuasa komputer, anda dapat menentukan berapa teras CPU, RAM ruang cakera yang ingin disewakan ke Golem Network. Sekiranya Golem menggunakan kuasa komputer anda, Golem akan memberikan GNT sebagai ganjaran. Malah, Golem menyediakan platform untuk mana-mana pihak (software developers) yang ingin mencipta software/application di Golem Network dan menjualnya kepada orang ramai. Pihak yang membeli software tersebut perlu membayar Golem untuk menggunakan software tersebut. Konsep tersebut sama seperti Google apps yang membenarkan sesiapa sahaja untuk menjual application menerusi Google apps tersebut.

Perancangan Golem Network

Terdapat 4 versi yang akan di keluarkan oleh Golem iaitu:

  • Brass Golem – akan melakukan kerja CGI rendering
  • Clay Golem – memperkenalkan ApplicationProgram Interface (API), bagi memudahkan pencipta software
  • Stone Golem – merupakan versi Clay Golem yang dinaik taraf dengan keselamatan, kestabilan, dan fungsi yang lebih baik.
  • Iron Golem – versi terakhir Golem dimana pereka software dengan mudah dapat membina aplikasi di atas Golem platform.

Sehingga kini, hanya versi pertama yang baru dikeluarkan iaitu Brass Golem.

Kesimpulan

Golem Network bergantung kepada Ethereum. Jika Ethereum digodam dan nilai coin merudum, maka Golem turut merasakan kesan buruknya. Namun, jika Ethereum diterima secara meluas, Golem juga turut merasakan faedahnya. Dengan permintaan yang tinggi yang dalam menyelesaikan CGI rendering, Golem dijangka akan mendapat sambutan yang meluas kerana menawarkan harga yang murah dan servis yang cepat berbanding mana-mana pesaing yang lain.

Golem kini berada di tangga ke-44 dalam pasaran matawang kripto, dengan jumlah modal pasaran sebesar USD$256 juta. Nilai GNT telah naik lebih 1,900% sejak ianya dilancarkan pada November 2016, dan nilainya kini adalah USD$0.30.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.