Ada Apa dengan Harga Bitcoin

Sampai ke hari ini, masih ramai lagi yang masih lagi yang tahu Bitcoin hanya sebagai alat untuk menjadi kaya-raya tanpa betul-betul tahu bagaimana. Bahaya betul kalau anda mempunyai ilmu yang sangat cetek tentang apa itu Bitcoin. Ini adalah kerana terlalu banyak scammer yang mencari mangsa-mangsa yang pernah dengar tentang Bitcoin tetapi tidak mempunyai ilmu tentangnya.

Biasanya orang membeli Bitcoin sebagai pelaburan. Tetapi tidak seperti melabur dalam Amanah Hartanah Bumiputera atau Amanah Saham Nasional Berhad, pelaburan Bitcoin mempunyai risiko yang tinggi berbanding komoditi lain. Bitcoin yang anda beli pada harga hari ini mungkin akan bernilai dua kali ganda minggu hadapan dan mungkin juga jatuh lebih 50 peratus pada bulan seterusnya.

Hakikatnya, harga Bitcoin dan juga matawang kripto lain sangat volatile, atau tidak stabil. Mengapa? Untuk memahami lebih mendalam tentang harga naik turun Bitcoin, kita kene melihat sejarah harga Bitcoin dulu.

Dalam post kali ini, penulis akan cuba memberi penjelasan tentang harga Bitcoin bermula dari pengeluaran sejumlah Bitcoin yang pertama sehinggalah kini.

Permulaan Bitcoin

Tiada siapa sangka bahawa harga Bitcoin akan setinggi pada hari ini ketika Bitcoin pertama dikeluarkan pada tahun 2009. Pada waktu itu, harga Bitcoin adalah amat rendah sekali, hanya $USD 0.001. Tahun-tahun berikutnya juga tidak menampakkan perubahan signifikan kepada harga Bitcoin, dan ianya naik secara perlahan-perlahan.

Pada tahun 2013, Bitcoin mula mendapat tarikan semasa krisis perbankan di Cyprus. Rakyat negara itu tela berkejar untuk mengeluarkan simpanan mereka daripada bank dan melabur dalam Bitcoin supaya kerajaan mereka tidak boleh menguasai wang mereka. Disebabkan krisis di Cyprus, harga Bitcoin naik secara mendadak ke $USD200, namun turun kembali ke $60 setelah keadaan di negara itu stabil.

Tidak lama selepas itu, rakyat di China mula membeli Bitcoin dengan begitu banyak sekali. Ini adalah kerana keadaan politik negara mereka menyebabkan rakyat negara itu sukar untuk membuat pelaburan luar negara. Permintaan yang sangat tinggi di negara China telah membuatkan harga Bitcoin naik sebanyak 1000 peratus.

Keadaan ini tidak kekal lama. Pada Februari 2014, satu serangan DDoS ke atas servis pertukaran terbesar Bitcoin ketika itu, Mt. Gox, telah menyebabkan kerugian sebanyak lebih $USD460 juta. Harga Bitcoin merudum jatuh sebanyak 40 peratus sebelum kembali stabil antara $USD600-700. Sepanjang tahun itu, harga Bitcoin jatuh secara perlahan-perlahan sehinggalah awal tahun 2015.

Tahun 2015-16 merupakan tahun dimana Bitcoin mula kembali sebagai pilihan matawang alternatif pengguna. Kepercayaan terhadap teknologi blockchain dan sistem Bitcoin mula menampakkan kenaikan signifikan pada harga Bitcoin.

Pada awal tahun 2017, harga Bitcoin mencapai rekod tertinggi sejak krisis Cyprus dan harganya di pasaran mencecah lebih $USD 1000. Dan kini, sejak Jun yang lalu, harga Bitcoin adalah harga tertinggi dalam sejarah Bitcoin iaitu lebih $USD 2500 dan harganya kekal naik turun dalam julat itu.

an image for a post on bitcoin price

Faktor harga Bitcoin

Sejarah Bitcoin sangat berwarna-warni, betul tak? Dalam setiap harga naik turun Bitcoin, mesti ada cerita disebaliknya. Memanglah ada masa harga Bitcoin jatuh atau naik tanpa sebab yang munasabah, tetapi dalam dunia matawang kripto setiap perubahan harga mesti ada sebabnya. Dan di bawah adalah antara faktor-faktor utama yang mempengaruhi harga Bitcoin:

1. Jumlah Bitcoin dan pemegang Bitcoin

Jumlah Bitcoin terhad pada 21 juta, dan ia tidak dikeluarkan sekaligus. Sekarang sudah ada sebanyak 16 juta Bitcoin yang dikeluarkan dan lebih 14 juta orang memiliki BTC dalam wallet merekaOleh kerana pengeluaran Bitcoin sudah ditetapkan, orang ramai yang berkejar-kejar ingin mendapatkannya menyebabkan harga Bitcoin naik.

2. Permintaan dan bekalan (demand and supply)

Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah faktor utama harga Bitcoin naik dan turun. Mengikut teori ekonomi ini, apabila terdapat inelastic supply atau bekalan yang tidak berubah, perubahan permintaan mempengaruhi harga seperti rajah di bawah.

Senang cerita, semakin dekat jumlah Bitcoin dalam peredaran dengan hadnya iaitu 21 juta, kemungkinan besar masa itulah kita akan melihat harga Bitcoin naik berlipat kali ganda.

3. Keadaan politik dan ekonomi seluruh dunia

Baru-baru ini berita tentang penerimaan Bitcoin sebagai matawang alternatif oleh Jepun sedikit sebanyak memberi impak positif di seluruh dunia. Negara-negara lain juga banyak yang telah mula membuat penyelidikan tentang Bitcoin dan teknologi blockchain.

Seperti yang kita tahu, harga Bitcoin menurun apabila larangan jual beli Bitcoin dan pergantungan aktiviti platform pertukaran dibuat oleh kerajaan. Contohnya, negara China, Korea Selatan, India dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya. Harga matawang kripto naik apabila kerajaan Malta, Gibraltar dan Singapura dilihat menyokong pembangunan teknologi Blockchain.

Boleh dikatakan buat masa ini, reaksi daripada kerajaan memainkan peranan yang sangat besar dalam pasaran matawang kripto.

4. Berita dan reaksi pembaca

Berita-berita berkaitan Bitcoin tidak kira positif atau negatif merupakan sumber utama bagi pengguna dalam urusan jual beli Bitcoin. Contohnya, berita tentang Mt Gox atau penangkapan Ross Ulbricht telah menyebabkan harga Bitcoin jatuh kerana permintaan yang jatuh. Lihat sahaja kenaikan harga Bitcoin yang mencecah hampir $20,000 ketika berita tentang perdagangan Bitcoin futures contract disebarkan di media sosial.

5. Isu teknikal

Memandangkan Bitcoin dicipta berasaskan open source code, sesiapa sahaja boleh melihat kod Bitcoin. Update baru untuk menyelesaikan isu-isu dalam kod tersebut juga mempengaruhi permintaan terhadap Bitcoin. Tambahan pula, serangan-serangan siber yang berjaya ke atas sistem tersebut juga boleh menjatuhkan harga Bitcoin. Contohnya pada Ogos 2016, hackers yang menemui kelemahan sekuriti di Bitfinex telah menyebabkan harga Bitcoin jatuh.

Kesimpulan

Seperti post sebelum ini, ramalan jangka panjang Bitcoin kelihatan amat positif. Tetapi agak sukar untuk menjangka turun naik harga Bitcoin dalam jangka masa pendek kerana faktor-faktor yang telah diceritakan di atas.

 

Bitcoin Exchange CEX.IO