Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bagaimana untuk Mendapatkan Baki Bitcoin Gold Anda?

Bagi mereka yang memiliki Bitcoin sebelum atau semasa hard fork Bitcoin Gold berlaku (blok 491 406), anda kini boleh mendapatkan baki Bitcoin Gold anda dari wallet/platform pertukaran tertentu. Dalam post ini, penulis akan menunjukkan beberapa cara untuk mendapatkan Bitcoin Gold dari wallet yang berbeza.

Ledger Nano S

Sumber: https://ledger.zendesk.com/hc/en-us/articles/115005456969-How-to-use-Bitcoin-Gold-with-Ledger

Untuk mendapatkan Bitcoin Gold, pastikan aplikasi Ledger Wallet Bitcoin Chrome anda adalah versi v1.1.16 dan firmware Ledger Nano S anda adalah v1.3.1.

  1. Muat turun aplikasi Bitcoin Gold melalui Ledger Manager anda 
  2. Buka aplikasi Ledger Wallet Bitcoin Chrome di desktop anda
  3. Buka aplikasi Bitcoin Gold di Ledger Nano S anda
  4. Klik akaun pilihan anda, “Segwit” atau “Legacy”. Anda akan melihat akaun anda masih lagi kosong tiada BTG.
  5. Anda perlu copy alamat akaun BTG anda untuk menghantar baki BTG anda ke akaun itu.
  6. Selepas anda copy alamat seperti di atas, pergi ke “Settings”>”Blockchains” untuk kembali ke muda hadapan
  7. Klik BTG Split Tools 
  8. Kemudian pilih akaun mana-mana akaun yang menyimpan BTC anda 
  9. Tunggu beberapa minit dan anda akan melihat baki BTG anda di halaman seterusnya. Hantar baki BTG anda itu ke alamat yang telah di copy tadi, dan anda sudah dapat akses BTG anda di Ledger Nano S anda.

Anda boleh menghantar BTG anda dengan selamat ke mana-mana platform pertukaran, memandangkan Ledger Nano S mempunyai native replay protection. Ini bermakna BTC anda tidak akan terjejas (dihantar sekali) semasa transaksi BTG.

Trezor

Bitcoin Exchange CEX.IO

Sumber: https://blog.trezor.io/claim-bitcoin-gold-bgold-btg-f66969e7f2c0

Buat masa ini, baki Bitcoin Gold anda hanya boleh diakses melalui Trezor Beta Wallet.

  1. Pergi ke TREZOR Beta Wallet untuk mengemaskini wallet anda kepada versi 1.6.0. Pastikan anda mempunyai recovery seed berdekatan, jika anda memerlukannya.
  2. Buka Claim Tool dalam browser anda. 
  3. Pilih akaun yang anda mahu untuk dapatkan BTG anda, “account (Segwit)” atau “legacy account”, kemudian klik butang “Connect with TREZOR”
  4. Anda perlu melalui proses authentication (log masuk) dan proses pencarian baki BTG anda akan bermula.
  5. Pilih akaun yang mempunyai baki BTG dan masukkan alamat untuk menghantar baki itu (alamat sedia ada diambil dari Trezor anda, tetapi anda boleh masukkan apa-apa alamat yang diingini.) 
  6. Klik butang “Claim xxx BTG” dan sahkan transaksi di TREZOR Connect. Anda akan dapat melihat gambar di bawah jika transaksi anda berjaya 
  7. Untuk melihat baki BTG anda, buka TREZOR Beta Wallet anda. Di bahagian kiri atas, klik simbol matawang kripto dan pilih Bitcoin Gold (BTG). Anda akan di bawa ke akaun BTG anda dan jika anda menghantar BTG anda ke alamat ini, transaksi itu tadi akan ada di situ. 

Coinomi

Sumber: https://coinomi.freshdesk.com/support/solutions/articles/29000016813-collecting-your-free-bitcoin-gold-btg-coins-with-coinomi

  1. Kemaskini wallet Coinomi anda kepada versi 1.7.9 dan ke atas. Untuk kemaskini, pergi ke aplikasi Play Store, klik “My apps & games” dan klik butang “Update” di sebelah aplikasi “Coinomi Wallet”.
  2. Buka wallet anda, klik menu di atas, klik butang “+ COINS” dan pilih “Bitcoin Gold”.
  3. Dalam dialog yang muncul, klik “ADVANCED SETTINGS” dan dalam ruangan “Derivation Path”, isikan: M/44H/0H/0H (Notakaki: di belakang huruf “H” adalah angka “0”, bukannya huruf “O”)
  4. Klik “Add”.

Itu sahaja. Jika anda mempunyai lebih dari satu wallet Bitcoin di Coinomi dan ingin dapatkan BTG di setiap wallet, anda perlu mengulangi proses di atas, dan menukar angka “0” yang kedua di langkah 3 tadi dengan nombor seterusnya.

Contohnya, M/44H/0H/1H untuk wallet kedua dan M/44H/0H/2H untuk wallet ketiga dan seterusnya.

Notakaki: Jika selepas anda melalui proses-proses di atas, anda masih tidak mendapat baki BTG anda ataupun baki BTG anda tidak sama dengan baki BTC anda, ini bermakna anda tidak memiliki BTC sebelum atau semasa blok ke-491,406 di mine. Anda boleh periksa transaksi anda berada di blok mana di Bitcoin Block Explorer – Blockchain.

Selamat mendapatkan BTG anda!

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads