Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Apa Anda Perlu Tahu tentang Bitcoin Futures?

Siapa pernah dengar tentang Bitcoin futures, angkat tangan. Kalau anda memang peka dengan dunia kripto, anda patut sudah tahu Bitcoin futures telah wujud sejak tahun 2017 lagi.

Kewujudan platform pelaburan Bitcoin futures sesuatu yang amat menggembirakan bagi pelabur institusi. Jika kita lihat pasaran kripto, antara faktor harga Bitcoin pernah melonjak naik adalah kerana penyertaan daripada pelabur-pelabur institusi.

Credit: Coindesk

Menurut Chicago Mercantile Exchange (CME), salah satu platform yang menawarkan kontrak Bitcoin futures dan juga kini options untuk Bitcoin futuresopen interest atau kontrak yang dikaitkan dengan pelabur institusi telah melonjak naik ke rekod tertinggi mereka iaitu $828 juta pada 3 Ogos 2020. Dan agregat open interest adalah $5 billion, naik 66% daripada $3 bilion pada bulan Julai.

Credit: Cointelegraph

Dalam post ini, penulis ingin memberi sedikit pencerahan tentang Bitcoin futures dan impaknya.

Apa itu futures contract?

Secara amnya, futures contract adalah perjanjian antara dua pihak untuk menjual atau membeli sesuatu pada harga yang telah ditetapkan, dan pada masa yang telah ditetapkan di masa akan datang. Terdapat dua jenis kategori aset untuk futures contractfinancial futures dan commodities futures. Contoh financial futures adalah seperti saham, matawang, kadar faedah, bon, dan pinjaman. Contoh commodities futures pula adalah seperti minyak, tenaga, logam, ternakan, bijirin dan sebagainya.

Dalam kontrak ini, pembayaran dan penyerahan aset yang terlibat akan dibuat pada satu tarikh di masa hadapan, dan dipanggil tarikh penyerahan (delivery date). Pembeli dalam futures contract juga dikenali sebagai pemegang long position atau long, manakala penjual adalah pemegang short position atau short.

Mekanisme futures contract

A adalah pengeluar minyak dan dia merancang untuk mengeluarkan 1 juta tong minyak untuk penyerahan dalam masa 365 hari. Andaikan harga minyak semasa adalah $50 setong minyak. Memandangkan harga minyak tidak stabil, ia boleh berada dimana-mana sahaja pada hari ke-365. Katakan A ingin mengunci harga $50 dengan membuat futures contract.

Model matematik digunakan untuk menetapkan harga futures, dan mengambil kira harga semasa, kadar pulangan tanpa risiko, tempoh masa, kos penyimpanan, dividen dan hasil dividen (%). Andaikan harga futures contract yang telah ditetapkan adalah $53 setong. Dengan memasuki perjanjian ini, dalam masa satu tahun, A perlu menghasilkan 1 juta tong minyak dan akan dijamin mendapat $53 untuk setong minyak, tidak kira berapa harga semasa pada waktu itu.

Bitcoin sebagai aset dalam futures contract

Dalam kes Bitcoin pula, pembayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai. Ini bermakna Bitcoin juga dianggap sebagai komiditi seperti dalam contoh minyak di atas. CME telah mengeluarkan nota mekanisme Bitcoin futures contract sewaktu ia dilancarkan pada bulan Disember 2017:

Setiap kontrak akan melibatkan 5 Bitcoin. Setiap penurunan atau kenaikan harga bernilai $5 setiap Bitcoin, jadi trader boleh rugi atau untung sebanyak $25 setiap kontrak yang dipegang. Bitcoin futures akan didagang di CME Globex dan CME ClearPort dari jam 5 petang hingga 4 petang CT keesokan harinya Ahad ke Jumaat. Tempoh masa yang panjang adalah kebiasaan untuk futures contract yang didagang secara elektronik. Akan ada had spot position sebanyak 1,000 kontrak. Had ini untuk menghalang pasaran daripada di monopoli. Bitcoin futures akan mempunyai had harga 20 peratus di atas atau di bawah harga penyelesaian. Harga penyelesaian akan merujuk kepada “Bitcoin Reference Rate”, atau harga rujukan harian satu Bitcoin dalam USD pada jam 4 petang waktu London.

Kenapa Bitcoin futures

Antara sebab utama Bitcoin futures contract dilancarkan adalah untuk mengurangkan risiko harga Bitcoin yang tidak stabil, pada masa sama membolehkan pelabur untung daripada aktiviti spekulasi harga futures contract.

Hedge Risiko Harga

Pelabur yang memiliki aset digital boleh mengurangkan risiko harga jatuh dengan cara memegang posisi “short” future ke atas aset itu. Jika harga jatuh, posisi “short” itu akan mengimbangi kerugian yang ada dengan memberi keuntungan yang lebih.

Spekulasi Arah Tuju Pasaran

Perdagangan matawang kripto membuka peluang untuk pelabur membuat spekulasi dengan posisi futures. Pelabur boleh memilih untuk mengambil posisi long jika mereka merasa harga Bitcoin akan naik dan begitu juga sebaliknya.

Kesimpulan

Walaupun pasaran kripto penuh dengan ketidakstabilan dan jurang yang besar dalam impak harga naik turun, perdagangan futures tetap menjadi pilihan pelabur-pelabur veteran dan institusi kerana potensi keuntungan yang besar. Dan kini ia telah berjaya menarik lebih banyak pemain besar termasuk pelabur institusi ke dalam pasaran kripto.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads