Default – Above Header Ads

Cara mendapatkan Baki Bitcoin Cash Anda

Nampaknya semakin banyak platform pertukaran dan wallet yang sudah mula menambah Bitcoin Cash ke dalam portfolio matawang krypto mereka. Adakah ini tanda besar Bitcoin Cash akan menjadi satu matawang yang ada potensi untuk bersaing dengan Bitcoin?

Baru-baru ini blockchain.info, servis wallet dan statistik Bitcoin telah mengumumkan mereka akan mula mengagihkan Bitcoin Cash kepada pengguna mereka dalam masa 8 minggu akan datang. Ini adalah berita gembira bagi pengguna wallet Blockchain kerana mereka telah cuba mengeluarkan BCH sejak 1 Ogos lagi. Tambahan lagi, platform jual beli besar China, OKCoin dan Huobi, juga telah mengumumkan mereka menyokong penggunaan Bitcoin Cash dalam platform pertukaran mereka yang telah dilancarkan sejak 22 Ogos yang lalu.

Nampaknya Bitcoin Cash sudah mula membina nama di pasaran matawang krypto. Harga Bitcoin Cash pada hari ini adalah USD$662.77 menurut coinmarketcap.com. Harga yang kelihatan stabil buat masa ini memandangkan apa yang telah berlaku beberapa hari lalu seperti yang telah penulis ulas dalam post semalam.

Post ini bukanlah hanya untuk bercakap tentang blockchain.info atau platform pertukaran lain, tetapi untuk memberi pencerahan bagaimana untuk mendapatkan Bitcoin Cash percuma anda daripada wallet anda. Dalam post ini penulis akan menunjukkan dua kaedah bagaimana mendapatkan Bitcoin Cash, iaitu 1) menggunakan BTC.com, dan 2) jika anda menggunakan wallet Ledger Nano S. Akan datang, penulis akan berkongsi cara mendapatkan Bitcoin Cash dari Trezor dan Electrum.

Menggunakan BTC.com

Baru-baru ini BTC.com mengumumkan pelancaran wallet mereka yang boleh digunakan untuk mendapatkan Bitcoin Cash dari wallet lain. Dua wallet yang boleh menggunakan cara ini adalah blockchain.info dan mycelium. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Sign up di bcc-wallet.btc.com untuk mendapat akses wallet BTC.com di desktop anda.
  2. Pergi ke settings, dan di bawah Tools, tekan butang Import External Wallet.

    Sumber: btc.com
  3. Anda akan diminta untuk mengisi recovery phrase wallet anda yang lain ke dalam pop-up window. Untuk wallet blockchain.info, ia adalah 12 perkataan yang telah anda terima apabila anda membuat wallet di blockchain.info.

    Sumber: btc.com
  4. Tekan butang Next dan tunggu wallet BTC.com mencari baki Bitcoin Cash di wallet asal anda.             
  5. Tekan butang Send jika anda ada baki Bitcoin Cash seperti di atas dan anda akan lihat baki tersebut di wallet BTC.com anda. Baki Bitcoin anda di wallet blockchain.info tidak akan berubah kerana hanya Bitcoin Cash yang dikeluarkan.

Mendapatkan Bitcoin Cash dari hardware wallet (Ledger Nano S)

Jika anda menggunakan Ledger Nano S, baki Bitcoin Cash anda sudah ada dalam wallet tersebut. Anda hanya perlu update aplikasi Ledger Wallet Bitcoin di Chrome dan install Bitcoin Cash Wallet ke dalam Ledger anda untuk akses Bitcoin Cash. Cara untuk update aplikasi Ledger Wallet Bitcoin adalah:

  1. Pergi ke chrome://extensions/
  2. Buang aplikasi “Ledger Wallet Bitcoin
  3. Install semula aplikasi tersebut di https://chrome.google.com/webstore/detail/ledger-wallet-bitcoin/kkdpmhnladdopljabkgpacgpliggeeaf

Cara untuk install Bitcoin Cash Wallet ke dalam USB adalah:

  1. Pergi ke Ledger Manager dan install Bitcoin Cash Wallet (jika tiada ruang untuk install Bitcoin Cash Wallet, anda perlu buang wallet lain – baki dalam wallet itu tidak akan hilang)
  2. Buka Bitcoin Cash Wallet dalam Ledger anda dan pada masa sama buka aplikasi Ledger Wallet Bitcoin
  3. Anda akan mempunyai pilihan Bitcoin atau Bitcoin Cash. Klik butang Bitcoin Cash.
  4. Di paparan Select Wallet, anda akan lihat dua butang: Main dan Split. Pada masa ini, baki Bitcoin Cash anda masih lagi di Main, dan anda boleh membiarkan baki Bitcoin Cash di situ jika anda hanya mahu menyimpan Bitcoin Cash. Tetapi jika anda mahu menjual Bitcoin Cash, Ledger mengesyorkan anda memindah baki anda ke Split. Teruskan langkah di bawah hanya jika anda mahu memindahkan baki Bitcoin Cash anda.     
  5. Klik butang Split. Pergi ke Receive dan copy alamat BCH untuk membuat pemindahan.
  6. Pergi ke Settings dan klik butang Blockchains. Anda akan di bawa semula ke paparan Select Wallet dan kali ini klik butang Main
  7. Pergi ke Send dan hantar baki Bitcoin Cash anda ke alamat BCH tadi.
  8. Anda boleh lihat baki Bitcoin Cash anda dengan mengulangi langkah 6 dan klik butang Split.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads