Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bagaimana Mendapatkan Bitcoin Melalui Aktiviti “Mining”

Dalam sistem kewangan tradisional, kerajaan melalui Bank Negara akan mencetak mata wang baru apabila diperlukan. Tetapi dalam hal Bitcoin, ini tidak akan berlaku – sebaliknya, Bitcoin hanya boleh dicari dan ditemui dengan cara tertentu. Cara itu adalah “mining” atau melombong dan semua komputer di dalam rangkaian blockchain sentiasa bersaing untuk melombong Bitcoin.

1 Bagaimana “mining” bermula?

Setiap hari pasti berlaku transaksi Bitcoin di seluruh dunia. Tugas “miners” atau pelombong adalah untuk mengesahkan setiap transaksi yang berlaku dan menambahnya ke dalam lejar blockchain. Namun begitu, jika transaksi-transaksi yang berlaku tidak direkod, ia akan menjadi sukar untuk tahu apa yang berlaku.

Jadi, untuk memudahkan misi pelombong, setiap transaksi yang berlaku dalam tempoh melalui rangkaian blockchain, akan dikumpul untuk menjadi satu blok. Blok-blok ini kemudiannya disusun di dalam rantai yang panjang, dan inilah asal usul perkataan “blockchain”.

Setiap transaksi baru yang ditambah dalam “blockchain” ini akan membentuk lejar blockchain yang dikongsi bersama setiap komputer dalam rangkaian blockchain. Lejar ini merekod setiap transaksi yang pernah berlaku dalam rangkaian bitcoin. Salinan lejar ini akan sentiasa dikemaskini dan diberikan kepada semua komputer yang menyertai rangkaian ini.

2 Kepercayaan terhadap Bitcoin

Kita sedia maklum bahawa transaksi Bitcoin adalah selamat, telus dan boleh dipercayai. Tetapi adakah kita tahu bagaimana kepercayaan terhadap Bitcoin dibentuk? Jawapannya adalah pelombong.

Proses ini bermula sebaik sahaja transaksi Bitcoin berlaku. Pelombong akan mengambil maklumat yang terdapat dalam blok transaksi ini dan menggunakan formula matematik untuk mengubah maklumat tersebut. Maklumat baru itu terdiri daripada urutan nombor dan huruf secara rawak yang dikenali sebagai hash. Hash ini akan disertakan bersama blok transaksi tadi, di hujung blockchain pada tempoh itu.

Hash mempunyai ciri-ciri yang agak unik dan menarik. Ianya mudah untuk membentuk hash daripada maklumat yang terdapat dalam blok bitcoin, namun sebaliknya, ianya mustahil untuk mengetahui maklumat yang tersimpan dalam blok bitcoin dari hash itu sendiri. Tambahan pula, walaupun hash boleh dibentuk dengan mudah, setiap hash adalah unik dan berbeza dari hash lain. Jika satu nombor atau huruf dalam hash diubah, kesulurahan hash akan diubah dan menyebabkan blok transaksi ditolak.

Ini adalah kerana antara maklumat yang diambil untuk membentuk hash dalam blok seterusnya adalah maklumat yang terdapat dalam hash yang sebelumnya. Ini adalah bukti setiap blok dalam blockchain adalah sah. Jika ade sesiapa yang cuba mengubah walau satu blok pun, keseuruhan blockchain akan runtuh dan semua transaksi bitcoin dalam blok tu akan gagal.

3 Bersaing Untuk Bitcoin

Jadi kita sudah tahu bagaimana pelombong memastikan transaksi bitcoin adalah sah. Sekarang kita akan belajar bagaimana pelombong mendapatkan bitcoin. Setiap pelombong akan berlumba untuk membentuk hash menggunakan software khusus dan jika mereka berjaya, pelombong ini akan dihadiahkan 12.5 bitcoin untuk satu hash. Blockchain akan dikemaskini dan kejayaan ini akan disiarkan dalam rangkaian bitcoin untuk dijadikan insentif bagi pelombong lain.

Memandangkan ia amat mudah untuk membentuk hash menggunakan komputer, sudah pasti hash akan dibentuk setiap saat dan semua bitcoin akan dilombong dalam sekelip mata. Oleh itu, protokol bitcoin dicipta untuk menjadikan proses ini lebih sukar. Protokol ini dinamakan “proof-of-work”.

Dalam protokol ini, hash yang dibentuk mesti memenuhi syarat-syarat tertentu. Setiap hash perlu mempunyai urutan nombor kosong tertentu di hadapan. Protokol ini membuatkan pembentukan hash lebih sukar kerana pelombong tidak akan tahu urutan nombor dan huruf dalam hash mereka selagi ia tidak lengkap keseluruhannya dan jika mereka cuba meletakkan nombor kosong sendiri, hash itu sendiri akan berubah.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pelombong akan menggunakan satu data rawak yang dipanggil “nonce”. “Nonce” digunakan bersama maklumat transaksi untuk membentuk hash. Andai kata hash tersebut tidak menepati ciri-ciri yand ditentukan protokol tadi, “nonce” akan berubah dan proses membentuk hash akan bermula sekali lagi.

Proses mencari “nonce” yang boleh digunakan boleh mengambil percubaan yang banyak, dan setiap pelombong akan melakukan percubaan berkali-kali dalam masa yang sama. Inilah cara memperoleh bitcoin melalui aktiviti “mining”. Memang sukar, tetapi ganjarannya adalah amat lumayan. Bayangkan berapa nilai 12.5 bitcoin jika 1 bitcoin kini bernilai hampir RM9,000?

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads