Default – Above Header Ads

Pasaran Matawang Kripto Jatuh kerana Pembetulan Pasaran?

Dalam mana-mana pasaran pun, kitaran harga yang naik dan turun adalah perkara biasa. Mustahil sesuatu nilai aset akan sentiasa naik dan ia juga tidak akan kekal di bawah melainkan kepercayaan terhadap nilai aset itu telah hilang.

Tahun 2018 menandakan keadaan pasaran kripto yang “bearish” sehinggakan ia dipanggil musim sejuk matawang kripto. Jika kita lihat carta coinmarketcap pada tahun 2018, hanya terdapat dua kali peningkatan dalam pasaran yang kita boleh anggap “bull trap” iaitu apabila kenaikan dalam pasaran tidak berpanjangan.

Apakah yang berlaku? Ramai yang tertanya-tanya adakah ini bermakna cryptocurrency bubble sudah pecah memandangkan permulaan kejatuhan harga kripto adalah selepas all-time high pada bulan Disember 2017. Jawapannya tidak.

Malah, harga Bitcoin kekal dalam lingkungan USD$6,000-USD$7,000 sebelum ia jatuh ke bawah USD$5,000, dan ini membuktikan matawang kripto masih lagi bernilai, khususnya matawang kripto yang menduduki tangga teratas dalam pasaran kripto.

Kenapa harga kripto naik turun?

Seperti dalam pasaran saham, ia adalah proses pembetulan pasaran (market correction) yang berlaku mengikut kitaran tertentu. Pada bulan September 2018, keseluruhan pasaran matawang kripto melalui proses pembetulan sebanyak 18%, menyebabkan jumlah modal pasaran matawang kripto jatuh sebanyak USD$42 bilion dari USD$236 bilion ke USD$194 bilion. Jumlah ini naik kembali ke USD$209 bilion beberapa hari selepas itu.

EXMO affiliate program

Dan jika kita lihat pada graf pasaran matawang kripto, pergerakan harga agak organik menunjukkan tiada anasir luar yang mempengaruhi harga di pasaran. Namun begitu, kita boleh lihat pasaran matawang kripto kekal dalam “bearish market” sehingga awal tahun 2019.

Jadi, apakah itu pembetulan pasaran dan apa impaknya kepada matawang kripto? Ini adalah persoalan yang penulis akan cuba rungkaikan pada hari ini.

Market correction adalah sesuatu yang pasti berlaku

Istilah market correction atau pembetulan pasaran ini berasal dari pasaran saham, di mana pasaran saham akan jatuh sebanyak 10 peratus selepas kenaikan selama 52 minggu. Pergerakan ini penting kerana ia membolehkan saham yang tidak memberi impak kepada perubahan saham-saham lain untuk disatukan, sebelum pasaran saham kembali naik. Proses penyatuan saham ini dipanggil market consolidation.

Apa sebab utama berlakunya pembetulan pasaran? Kebiasaannya ia adalah sesuatu peristiwa yang menyebabkan pelabur mula menjual saham mereka dalam keadaan panik. Apabila jumlah pelabur yang menjual saham meningkat dengan mendadak, ia menyebabkan berlakunya ripple effect dan akhirnya pasaran saham akan jatuh.

Dalam situasi ini, kebanyakan pelabur yang berpengelaman sudah bersedia untuk menghadapi keadaan huru-hara ini. Ini adalah kerana proses pembetulan pasaran ini tidak boleh dielakkan. Apabila pasaran saham meningkat, ramai pelabur yang melihat potensi keuntungan ini dan mula menyertai pasaran saham. Harga saham meningkat melebihi nilai asas saham tersebut dan pembetulan berlaku untuk mengembalikan harga saham kepada harga yang lebih masuk akal.

Impak market correction dalam pasaran matawang kripto

Sama sahaja dengan pasaran matawang kripto, proses pembetulan pasaran sudah berlaku beberapa kali. Bezanya proses ini berlaku dengan lebih kerap kerana perubahan harga matawang krypto yang tidak konsisten. Dalam carta-carta di bawah, anda boleh lihat sendiri di mana proses pembetulan pasaran berlaku sebelum pasaran matawang krypto kembali pulih dan meningkat semula.

Jumlah pasaran matawang kripto awal tahun 2013 sehingga hujung tahun 2014
Jumlah pasaran matawang kripto Ogos 2014 – Julai 2016
Jumlah pasaran matawang kripto awal tahun 2016 sehingga awal tahun 2017
Jumlah pasaran matawang kripto pada awal tahun 2017 sehingga akhir tahun 2017
Jumlah pasaran matawang kripto pada bulan Oktober tahun 2017 sehingga Oktober 2018
Jumlah pasaran matawang kripto pada bulan Oktober tahun 2019 sehingga April 2019

Jika kita tengok graf di atas, kejatuhan pasaran paling teruk adalah pada Januari 2018, dan pasaran matawang kripto berterusan menurun sehingga hari ini. Secara keseluruhannya pasaran matawang kripto telah kehilangan lebih USD$600 bilion.

Namun begitu, menurut beberapa penganalisa pembetulan pasaran 2018 bukanlah yang paling teruk jika dibandingkan dengan pembetulan pada tahun 2014 atau 2016.

Jadi, apa yang perlu kita buat sebagai pemegang matawang kripto?

Yang paling penting, jangan sertai perlumbaan untuk keluar dari pasaran matawang kripto (baca: jual segala aset matawang kripto anda). Ini adalah perkara paling merugikan yang anda boleh buat. Walau anda seorang daily trader sekalipun, kemungkinan besar anda tidak sempat membeli kembali aset anda sebelum harga naik kembali.

Untuk pengetahuan anda, pencairan (baca: penjualan) matawang kripto secara mendadak, menyebabkan keseluruhan pasaran akan jatuh dan memasuki fasa “bearish market“, di mana akan berlaku kejatuhan harga yang berpanjangan sehingga menyebabkan market crash yang teruk. Ini adalah satu-satunya perkara yang kita ingin elakkan berkekalan dalam pasaran matawang kripto ini.

Langkah yang paling bijak sebagai pemegang matawang kripto adalah untuk memperbanyakkan portfolio pelaburan anda. Ini adalah untuk memastikan risiko yang dihadapi seimbang selagi anda dapat menguruskan portfolio anda dengan baik. Sewaktu harga jatuhlah anda patut membeli matawang kripto yang anda akan jangkakan naik kembali. Takkan nak beli semasa harga tengah naik, betul tak? Rajin-rajinlah memerhati pergerakan matawang krypto yang anda pegang dan buatlah pilihan yang bijak untuk menambah kepada portfolio itu. Anda boleh membaca post ini sebagai panduan melabur dalam matawang kripto.

Kesimpulan

Proses pembetulan pasaran boleh berlaku secara signifikan ataupun dalam jumlah yang kecil. Ia pasti berlaku. Dalam kes pasaran matawang kripto, impak proses pembetulan adalah lebih besar dan jelas kerana sifat pasaran kripto itu sendiri yang tidak stabil. Apa yang anda perlu tahu tentang pembetulan pasaran? Di sini penulis telah menyenaraikan 6 perkara yang anda perlu tahu tentang pembetulan pasaran untuk menambah ilmu anda.

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.