Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Skandal BTC-e Melibatkan Saman USD$110 juta

 


Pada 25 Julai 2017, pelawat yang ingin berjual beli di platform BTC-e akan mendapati laman web tersebut offline dan tidak dapat diakses. Di ruangan twitter, BTC-e hanya memberi kenyataan pendek mengenai sistem mereka yang sedang di bawah penyelenggaraan.

Sumber: https://twitter.com/btcecom/status/889918430228492289

Keesokan harinya, berita tentang penangkapan seorang lelaki yang didakwa adalah salah seorang daripada kakitangan BTC-e, Alexander Vinnik, di Greece mula tersebar. Menurut pihak berkuasa, Alexander disyaki telah terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram (money laundering) sebanyak USD$4 juta melalui platform pertukaran Bitcoin.

Latar belakang BTC-e

BTC-e adalah sebuah platform pertukaran matawang krypto di bawah syarijat ALWAYS EFFICIENT LLP yang berpusat di Rusia. BTC-e mula beroperasi pada bulan Julai 2011 dan pada mulanya hanya mengendalikan beberapa pasangan matawang, termasuk BTC/USD dan IOCoin/BTC. Sebelum kejadian terbaru ini, BTC-e pernah menghadapi serangan Distributed Denial of Service (DDoS) pada tahun 2013 dan 2014.

Penangkapan Alexander Vinnik

Menurut pelbagai sumber, Alexander Vinnik telah ditahan atas dakwaan money laundering, aktiviti konspirasi dan transaksi wang daripada sumber haram. Pihak berkuasa US akan mengeluarkan (extradite) Alexander daripada Greece melalui waran yang dikeluarkan di California.

Berikutan berita penangkapan Alexander Vinnik, pada 28 Julai 2017, pihak FBI telah bertindak merampas domain BTC-e dan pihak berkuasa, Financial Crimes Enforcement Network (FinCEN) telah menyaman platform itu lebih USD$110 juta atas dakwaan tidak menepati peraturan berkaitan Anti-Money Laundering (AML). Sehingga hari ini, laman web tersebut masih lagi dalam di bawah pengawalan FBI.

Sumber: https://btc-e.com/index.html

Perkembangan dari BTC-e

Beberapa hari selepas penangkapan Alexander Vinnik, BTC-e mengeluarkan kenyataan (diterjemahkan) di forum Bitcointalk berbahasa Rusia.

Perkembangan terbaru akan dikemaskini termasuk alternatif yang ada untuk memulihkan servis kami dan juga mendapatkan kembali simpanan BTC-e. Buat masa ini, FBI telah mengambil alih semua wallet BTC-e sejak 25 Julai 2017. Jika BTC-e tidak kembali beroperasi menjelang akhir Ogos, kami akan mula mengembalikan wang pelanggan pada 1 September.

Pada 4 Ogos 2017, BTC-e mendakwa mereka telah mendapat kembali akses kepada 55% daripada keseluruhan simpanan mereka, manakala 45% (matawang fiat) masih lagi di bawah siasatan pihak berkuasa. Menurut mereka lagi, kemungkinan besar BTC-e akan kembali beroperasi di bawah nama yang baru dan mengedarkan token untuk mengembalikan dana pengguna platform tersebut.

Sumber yang tidak dikenali dari platform itu mengatakan bahawa BTC-e sedang dalam proses perbincangan bersama satu syarikay pelaburan yang tidak ternama untuk memulihkan domain BTC-e dan mengubah brand mereka atas sebab “isu yang tidak boleh diselesaikan antara BTC-e dan Office of Financial Crimes of the US Treasury“. Token yang dinamakan sebagai BTE akan digunakan untuk mengembalikan dana pelanggan mereka, satu langkah yang mengikuti langkah Bitfinex memulangkan dana sebanyak USD$60 juta kepada pelanggan mereka.

Kenyataan (diterjemahkan) yang diberi kakitangan BTC-e di forum Bitcointalk adalah:

“Semua liabiliti untuk matawang fiat (USD, EUR, RUR) akan dipindahkan kepada token BTE (1 BTE ke 1 USD) pada hari pertukaran. Kemungkinan besar, bagi menjalankan operasi penutupan promissory notes, ICO akan dijalankan menggunakan token BTE. Jika anda mempunyai baki dalam bentuk matawang krypto, baki anda akan ditolak sebanyak 45%, dan anda akan dikredit dengan token BTE, 45% daripada baki anda menggunakan kadar pertukaran semasa pada hari pertukaran”.

Tambah BTC-e lagi, syarikat pelaburan tersebut menetapi protokol KYC dan AML dan juga mempunyai lesen yang ditetapkan, jadi pengguna perlu membuat pengesahan ID untuk mendapatkan kembali dana mereka (BTC-e tidak mengambil maklumat pengguna mereka).

Apa pendapat anda tentang skandal BTC-e ini? Adakah wajar mereka mengembalikan dana pengguna mereka melalui pemberian token baru?

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.