Default – Above Header Ads

Kecurian USD$3.3 juta dari wallet Bitcoin Gold – Anda masih mahu Mendapatkannya?

Dalam kekecohan tentang harga Bitcoin yang sudah mencecah lebih USD$10,000, banyak berita tentang altcoin yang lain yang tidak mendapat spotlight. Contohnya, berita tentang Bitcoin Gold. Disebalik berita tentang Bitcoin Gold disenaraikan di tangga ke-5 teratas dalam coinmarketcap.com, kecurian matawang kripto pengguna yang berlaku sejurus selepas itu menyebabkan harga Bitcoin Gold jatuh, dari lebih USD$380 kepada harga terkini, iaitu USD$313. Pada masa yang sama, kedudukan Bitcoin Gold kini di tangga ke-6 selepas Litecoin.

Apa yang berlaku?

Pada 23 November yang lalu, pengguna mendapati bahawa laman web mybtgwallet.com adalah laman web yang palsu. Laman web itu memerlukan pengguna memasukkan private keys atau frasa recovery seeds mereka ke dalam laman web tersebut untuk mendapatkan wallet Bitcoin Gold. Tidak lama selepas pengguna memasukkan data mereka, matawang kripto yang mereka miliki telah dihantar ke alamat lain.

Dalam kecurian itu, Ether (USD$30,000), Litecoin (USD$72,000), Bitcoin (USD$3 juta) dan Bitcoin Gold (USD$107,000) telah dicuri.

Kritikan utama terhadap Bitcoin Gold adalah link laman web tersebut yang telah diiklankan di laman web Bitcoin Gold sendiri, dan juga promosi melalui Twitter yang menyebabkan pengguna merasa yakin dengan perkhidmatan tersebut. Isu ini juga telah menunjukkan kepentingan developers memeriksa sumber kod wallet dari pihak ketiga sebelum mengiklankannya. Ini adalah kerana rata-rata pengguna tidak mempunyai latar belakang untuk memastikan keselamatan sesuatu wallet, dan mereka bergantung sepenuhnya kepada developers matawang kripto tersebut.

Adakah wallet Bitcoin Gold lain tidak selamat?

Tidak sama sekali. Kejadian di atas adalah satu kes penipuan yang disengajakan oleh pemilik mybtgwallet.com, bukannya isu dalam kod wallet itu sendiri. Dan juga kecuaian pengguna yang menyerahkan private keys mereka kepada orang lain. Ingat! Jangan sekali-kali memberi private keys anda kepada orang lain, kerana ia umpama kunci kepada akaun anda.

Jika anda sudah menyimpan matawang kripto di wallet lain yang anda yakin akan tahap keselamatannya, anda masih boleh mendapatkan Bitcoin Gold anda. Yang terkini antara wallet yang menyokong Bitcoin Gold adalah Ledger Nano S, Trezor, Mycelium, Jaxx dan Coinomi dan mana-mana wallet yang menyokong jenis kunci BIP44. Anda boleh membuat pencarian Google sama ada wallet anda termasuk dalam senarai tersebut.

Dalam post seterusnya penulis akan menunjukkan cara-cara untuk mendapatkan Bitcoin Gold anda. Nantikan post seterusnya!

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads