Default – Above Header Ads

BLOCONOMIC EXPO: REVOLUSI IR4.0 DAN SPEKTRUM BLOCKCHAIN

Putrajaya, 26 Ogos 2019: BLOCONOMIC telah berjaya menganjurkan pameran blockchain dengan lebih 1000 orang peserta yang datang dari 30 buah negara untuk acara 2 hari itu. Acara itu telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan, dan dengan sokongannya dalam industri blockchain di Malaysia. Bloconomic telah berjaya menghubungkan agensi kerajaan dengan organisasi dan syarikat blockchain seperti Malaysian Blockchain Association, MaGIC dan TriveAcademy dengan menubuhkan kolaborasi dalam spektrum pendidikan dan latihan. Inisiatif ini dijangka akan melatih dan membangun lebih banyak bakat yang mempunyai minat mendalam dalam industri ini.

YB Datuk Seri Mohd Redzuan telah bercakap tentang kepentingan untuk mara ke hadapan dalam industri blockchain bagi usahawan, dan bersama-sama menuju ke industri revolusi ke-4 untuk tidak ketinggalan di belakang. Ianya sesuatu yang merugikan masyarakat jika kita terlepas dalam persaingan industri digital ini. Beliau juga menyatakan sokongan penuhnya terhadap inisiatif Malaysia Blockchain Association dan MaGIC dalam menubuhkan Blockchain Researcher Lab, satu usahasama yang dirasmikan di Bloconomic melalui penyerahan Memorandum of Understanding (MoU).

Bloconomic kali ini telah mempamerkan pelbagai projek hebat di acara mereka pada 15 dan 16 Ogos yang lalu. Salah satu rakan kerja ekosistem Bloconomic, DASH Next juga telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kerjasama dengan TriveAcademy dan Block Tech Institute. Sewaktu acara berlangsung, TriveAcademi telah melancarkan projek timestamping dokumen di TRVC.App di mana sijil peserta dan panel jemputan boleh dijumpai disitu. Aplikasi TRVC juga membolehkan pengguna untuk menikmati permainan dan mendapatkan coin dengan pendaftaran percuma di link ini.

Bloconomic 2019 telah menganjurkan networking meet up untuk delegasinya dari 14 – 16 Ogos. Sesi ini telah memberi banyak kebaikan kepada peserta Bloconomic dari segi peluang perniagaan seperti pembiayaan pelaburan, kolaborasi dalam ekosistem dan bermacam lagi. Persidangan itu sendiri adalah satu kejayaan besar dengan perbincangan pelbagai topik terkini dalam slot panelis. Lebih 500 peserta telah memberi maklum balas positif dan menyatakan mereka telah mendapat pengetahuan yang baru dari acara itu.

Bloconomic Expo dianjurkan oleh Alphacap Berhad dengan kerjasama Malaysia Blockchain Association yang bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak aktiviti dan pembangunan projek berdasarkan blockchain seperti perkembangan bakat dan pelbagai inovasi baru. Dengan penerokaan lebih banyak ke dalam potensi blockchain kepada masyarakat, dan juga dengan kerjasama pelbagai institusi dan organisasi. Kini, pelbagai organisasi sudah terlibat dalam ekosistem blockchain Malaysia termasuk DASH, MaGIC, MDEC, Vietnam Blockchain Club dan banyak lagi. Bloconomic telah berjaya menjadi sumber blockchain di Malaysia dan akan berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi ASEAN untuk perniagaan berdasarkan Blockchain.

Halaman media sosial:

Facebook: @bloconomic

Twitter: @bloconomic

Instagram: @bloconomic

Telegram: @bloconomic

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads