Default – Above Header Ads

Ekspo Bloconomic Menghubungkan Kerajaan Malaysia dengan Pelabur Global

11 Julai, Kuala Lumpur: Ekspo Bloconomic 2019 dijangka akan menjadi acara blockchain terbesar di Malaysia dengan lebih 3000 pelawat dari seluruh dunia termasuk pelabur, venture capitalist dan peminat teknologi. Acara Bloconomic tahun ini akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Kehadiran beliau adalah bukti sokongan dan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pengiktirafan perniagaan berdasarkan teknologi Blockchain.

Kementerian Pembangunan Usahawan bermatlamat untuk menubuh dan membangun Usahawan Berdaya Maju yang mengimplementasi rangka kerja keusahawanan eksponen; untuk mencapai perkembangan yang pantas, mengimplementasi trend teknologi terkini (Big Data, IoT dan AI), peralatan psikologi pasaran (model perniagaan yang inovatif) dan menarik kuasa orang ramai (crowdfunding, pembinaan komuniti, etc).

Bloconomic telah menerima sokongan padu dari penutur antarabangsa yang tidak sabar untuk memasuki pasaran Malaysia. Acara ini akan membawa penutur dari seluruh Asia dan juga dari Eropah, Amerika Syarikat dan Rusia. Beberapa delegasi yang terkenal dalam komuniti Blockchain termasuk dari Onchain Custodian, Poseidon Network, ECXX, Jetcoin, DASH dan LATOKEN. Mereka datang dari pelbagai latar belakang seperti firma undang-undang, institut penyelidikan, perkhidmatan kewangan, programmer, pelabur hartanah, penasihat dana dan banyak lagi.

Dengari keynote dari pakar perniagaan dan perbincangan panel penuh dengan ilmu berguna berkenaan trend terkini dalam industri blockchain dan juga pasaran kripto. Antara topik yang akan dibincangkan di persidangan itu adalah Revolusi Industri 4.0. Ia adalah salah satu usaha untuk menarik perhatian kerajaan untuk meneroka bagaimana industri tersebut akan membawa kebaikan kepada ekonomi.

Malaysia adalah salah satu negara yang semakin serius untuk implementasi dan membangun teknologi blockchain ke dalam negara ini, dan menarik pelabur global masuk ke dalam Malaysia. Bloconomic adalah jambatan kepada ekosistem itu sejak 2018 buat banyak entiti yang meneroka pasaran Malaysia. Tambahan lagi, Suruhanjaya Sekuriti juga telah mengiktiraf tiga operator pasaran (RMO) untuk membangun dan mengoperasi bursa pertukaran aset digital (DAX) di Malaysia. Berita ini menunjukkan bahawa kerajaan telah mengiktiraf projek terbaru ini dan mengambil serius terhadapnya.

Ekspo Bloconomic 2019 bakal menjadi lokasi yang akan mengumpulkan pemain global utama dalam industri Blockchain dan kripto di pusat ekonomi Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Daftar sekarang untuk dapatkan pengalaman yang penuh dengan perbincangan berilmiah di laman web bloconomic, www.bloconomic.com atau lawat halaman Facebook mereka www.facebook.com/bloconomic untuk berita terkini.