Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jangan Lepaskan Peluang untuk Hadiri Bloconomic Excellence Award 2019!

-1800Days -13Hours -9Minutes -46Seconds

Bloconomic Excellence Award 2019

Bloconomic kembali pada tahun 2019 dengan Bloconomic Excellence Award 2019 yang akan diadakan pada tanggal 25 April 2019 di Le Meridien, Putrajaya. Hanya tinggal 17 hari lagi sebelum Bloconomic Excellence Award 2019, jadi jangan ketinggalan menghadiri acara yang dinanti-nantikan ini!

Acara ini akan melibatkan sesi perbincangan panel, business pitch, pencalonan anugerah dan pelancaran kempen pengundian. Selepas 25 April 2019, kempen pengundian akan dijalankan bermula tarikh itu sehingga 14 Ogos 2019, di mana upacara anugerah akan diadakan di Bloconomic Expo pada 15-16 Ogos 2019. Peserta akan merasa teruja sepanjang tempoh pengundian dan anugerah blockchain yang akan diadakan.

Ini adalah antara sebab mengapa anda patut menyertai Bloconomic 2019 dan tidak ketinggalan mengetahui apa yang sedang berlaku dalam industri blockchain.

Apa yang akan berlaku di Bloconomic Excellence Award?

  • Perbincangan panel
  • Upacara MOU bersama-sama universiti tempatan (MSU)
  • Kempen pencalonan anugerah melalui sistem undian dan penghakiman
  • Business & Nomination pitch
  • Sesi networking
  • Acara after-party

Jangan lepaskan peluang ini!

Kami pihak coin.my ingin menawarkan tiket percuma terhad kepada komuniti coin.my. Siapa cepat dia dapat! Untuk peluang memenangi tiket percuma ke Bloconomic Excellence Award 2019 sila kongsi (“share”) post ini di akaun Facebook peribadi anda dan tag lima rakan anda. (Sila share dan tag dari halaman FB coin.my. Sebarang perkongsian daripada halaman ini tidak akan dilayan).

Kami akan hubungi anda melalui Facebook dengan maklumat lanjut sekiranya anda antara pemenang yang bertuah.

Selamat berjaya!

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.