Pemain Utama Blockchain Berkumpul di Bloconomic Expo 2019

Bloconomic kembali pada tahun 2019 dengan pameran blockchain terbesar di Malaysia. Dalam kehangatan pasaran pelaburan dan perdagangan di Malaysia, Bloconomic Expo akan menjadikannya lebih hangat dengan membawa lebih banyak pelabur dari seluruh dunia ke Malaysia. Bloconomic 2019 berbincang tentang real use case dan prospek masa depan Blockchain dalam realiti baru lanskap blockchain pada masa sama menjawab persoalan tentang peluang dan cabaran yang bakal dihadapi. Matlamat utama Bloconomic adalah untuk mencipta rangkaian Ketua Blockchain yang besar dalam ekonomi Blockchain baru ini, untuk meneroka model perniagaan baru dan peluang yang masih belum disedari dalam dunia Blockchain dan mencipta platform yang akan membawa ketua industri blockchain ke dalam pusat Asia Tenggara, Kuala Lumpur.

Diadakan pada 15-16 Ogos 2019, Bloconomic meliputi persidangan, pitch perniagaan, sesi keynote, pameran, upacara penyampaian anugerah dan majlis makan malam yang akan memberikan anda peluang untuk membuat networking, pendedahan kepada jenama, pitch projek dan sesi sembang semasa acara itu. Selain daripada itu, dapatkan pengetahuan tentang pelbagai peluang pelaburan dalam teknologi Blockchain yang disediakan oleh Bloconomic Expo.

Tahun lalu, Bloconomic Economic Summit berjaya menarik 3000 pelawat, 150 rakan media, 30 ahli persatuan, 10 akademi dan universiti, dan kerajaan dari seluruh dunia. Mereka adalah delegasi kerajaan, peserta pameran, penguatkuasa, institusi penyelidikan, institusi kewangan dan juga syarikat fintech dan kewangan Internet, syarikat aplikasi industri dan teknologi Blockchain, matawang kripto dan syarikat berkaitan aset digital.

Tahun ini, Bloconomic fokus kepada membawa lebih banyak pelabur, komuniti ekosistem dan venture capitalist ke Malaysia, dan juga pemain utama industri dan memberi pendedahan kepada agensi kerajaan dan komuniti di samping Revolusi Industri ke-4 yang berkembang kini. Bloconomic akan membincangkan tentang ICO/STO, keselamatan, kawal selia, AI dan banyak lagi.

Nantikan Bloconomic 2019 yang berbeza dari tahun yang lalu kerana Bloconomic adalah yang pertama yang akan menganjurkan anugerah blockchain di Malaysia. Bloconomic telah menerima maklum balas yang sangat baik dalam penyertaan anugerah itu. Pelancaran telah dijalankan pada 25 April 2019 dan undian akan berterusan sehingga 15 Julai 2019 sebelum permohonan ditutup. Upacara penyampaian anugerah akan diadakan semasa Bloconomic Expo pada 15-16 Ogos 2019.

Untuk pengemukaan anugerah, pakej penajaan dan maklumat lanjut tentang Bloconomic Expo 2019, lawat https://bloconomic.com/.

Facebook: https://www.facebook.com/bloconomic/

Telegram: https://t.me/Bloconomic

Twitter: www.twitter.com/bloconomic

Untuk kerjasama dan pertanyaan sila hubungi [email protected]

Default – Between Post Ads