Aset atau sekuriti adalah klasifikasi baru untuk matawang krypto oleh badan penguatkuasa. Sekuriti, seperti komoditi adalah alat kewangan (financial instrument) yang mempunyai nilai yang boleh berubah-ubah dan digunakan sebagai pelaburan. Ia boleh mewakili kedudukan ownership dalam syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham, pemilik bon kerajaan atau hak untuk ownership dalam bentuk option.
Antara negara yang mengklasifikasi matawang krypto sebagai sekuriti adalah Amerika Syarikat (Securities and Exchange Commission), Singapura (Monetary Authority Singapore) dan baru-baru ini, Kanada (Canadian Securities Administrators). Klasifikasi ini adalah langkah badan-badan penguatkuasa untuk mengawal selia penjualan token dalam ICO di negara-negara ini.
Setiap token akan melalui analisa oleh penguatkuasa untuk memastikan ianya boleh dikategorikan sebagai sekuriti. Antara kriteria yang perlu ada untuk menjadi sekuriti termasuk:
- Suatu pelaburan yang melibatkan matawang
- di dalam sebuah syarikat
- dengan jangkaan akan memperoleh keuntungan di masa akan datang
- dan diperoleh daripada usaha orang lain
Token-token yang memenuhi kriteria di atas perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa sebelum ditawarkan dalam ICO. Penjual token ini juga perlu menyediakan prospektus dan mengikut peraturan yang sudah ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan securities trading.
Kesimpulan
Matawang krypto termasuk Bitcoin boleh diklasifikasikan dalam ketiga-tiga kategori buat masa kini dan ini adalah isu utama yang dihadapi banyak negara dalam mengawal selia matawang krypto. Penyelidikan dalam teknologi Blockchain khususnya matawang krypto masih lagi diteruskan untuk meletakkan matawang krypto dalam kategori yang boleh dikawal selia kerajaan. Sama ada ini adalah tanda kerajaan ingin mengawal kesuluruhan pasaran matawang krypto, dan adakah mereka akan berjaya, hanya masa yang boleh menentukan.