Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Cara-cara untuk Mining Bitcoin

Harga Bitcoin kini umpama roket yang baru dilancarkan ke angkasa, dan tanda-tanda menunjukkan perjalanannya masih jauh. Harga Bitcoin di pasaran sewaktu penulisan kini hampir USD$4,100, memecah rekod USD$4,000 awal pagi Ahad. Pakar penyelidik, Ronnie Moas dari Standpoint Research telah membuat spekulasi harga Bitcoin akan mencapai USD$5,000 tidak lama lagi.

Kita semua tahu Bitcoin menggunakan teknologi rangkaian peer-to-peer untuk beroperasi tanpa mengguna kuasa pusat (decentralized), dimana pengurusan transaksi dan pengeluaran Bitcoins dijalankan secara bersama oleh rangkaian. Itulah asas bagaimana Bitcoin beroperasi, namun bagaimana cara untuk mendapatkan Bitcoin? Secara umum, Bitcoin dapat diperoleh melalui tiga cara iaitu mining, platform jual beli Bitcoin atau faucet. Namun artikel ini memberi tumpuan kepada kaedah Mining atau perlombongan.

Dengan menggunakan komputer yang canggih, anda dapat melombong Bitcoin. Setiap kali anda berjaya untuk menyelesaikan hash function matematik untuk memproses transaksi Bitcoin, anda akan mendapat ganjaran Bitcoin (kini 12.5BTC) dari sistem. Mining adalah penting dalam memastikan keselamatan blokchain kerana ia akan memastikan kesahihan urus niaga berdasarkan rekod sebelumnya, dan urus niaga yang diluluskan akan diletakan dalam blockchain. Sesiapa sahaja boleh melombong Bitcoin, dan artikel ini akan menerangkan bagaimana untuk melombongnya.

Apa yang anda perlukan dan apakah langkah- langkah untuk memulakan perlombongan Bitcoin (Bitcoin mining) ?

Hardware

Pertama sekali, dapatkan mining hardware yang terbaik. Pada waktu ketika populariti Bitcoin dan mining tidak tinggi, perlombongan Bitcoin boleh dilakukan menggunakan komputer dan CPU yang biasa. Namun apabila popularitinya meningkat, algorithm matematik Blockchain menjadi semakin rumit. Hal ini menyebabkan, mining mengunakan komputer dan CPU akan menghasilkan jumlah Bitcoin yang sedikit, kerana ia mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan algorithm matematik tersebut.

Kemudian para miners telah menggunakan Graphic Cards (GPU) yang boleh dirujuk dalam rajah 1.1. Hardware ini memberi prestasi yang bagus dan dapat menyelesaikan algorithm mayematik dengan lebih pantas, tetapi ia mengunakan kuasa elektik yang banyak. Kini, Custom Bitcoin ASIC chips yang boleh dirujuk dalam rajah 1.2, menawarkan prestasi yang lebih tinggi dari keupayaan sistem lama dengan penggunaan kuasa elektrik yang rendah dan telah menguasai industri perlombongan Bitcoin.

                  

Rajah 1.1                                                    Rajah 1.2

Bitcoin Wallet

Seterusnya, dapatkan Bitcoin Wallet kepunyaan sendiri atau gunakan wallet yang sedia ada untuk menerima Bitcoins yang telah berjaya dilombong. Bitcoins akan dihantar ke wallet dengan menggunakan alamat unik yang telah dijana. Blockchain.info adalah antara laman web dimana Bitcoin Wallet boleh didapatkan. Untuk mendapatkan wallet tersendiri di laman web blockchain.info terdapat bahagian untuk sign up, bagi pengguna yang baru dan login bagi mereka yang sudah mempunyai wallet, seperti dalam rajah 2.1. Wallet ini memerlukan anda untuk mengaktifkan pengesahan dua factor, ia merupakan langkah yang penting untuk mengelak orang lain daripada mendapat akses pada wallet anda.

Rajah 2.1

Kaedah mining

Langkah yang selanjutnya adalah memilih samada ingin melombong secara berkumpulan atau dikenali sebagai pool mining, atau solo mining. Pool mining membolehkan perkongsian sumber dan membahagikan ganjaran, dimana ia dapat membawa kepada pulangan yang lebih cepat.

Penghasilan Bitcoin adalah lebih sukar jika perlombongan dilakukan secara bersendirian. Hal in kerana, perlombongan kini mempunyai persaingan yang amat tinggi, akan tetapi hasil Bitcoin yang diperolehi tidak perlu untuk dibahagikan dengan miners lain. P2pool adalah antara platform yang disyorkan untuk melombong secara berkumpulan (pool mining).

Software

Langkah seterusnya adalah memuat turun perisian perlombongan Bitcoin. Kebanyakan program ini merupakan sumber terbuka dan tersedia secara percuma. Antara perisian perlombongan Bitcoin yang sering digunakan adalah CGminer dan BFGminer. Setelah program ini berjaya dimuat turunkan, dan telah dikonfigurasikan, operasi untuk melombong boleh dimulakan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, bagi mereka yang gemar untuk menghasilkan Bitcoin secara berseorangan, boleh cuba untuk melombong Bitcoin. Langkah–langkah untuk melombong tidak susah, ianya hanya memerlukan perkakasan dan program perisian yang sesuai. Memandangkan harga Bitcoin kini sudah mencecah lebih RM17,000, pelaburan awal dalam membeli hardware mining sudah pasti dikembalikan berlipat kali ganda. Apa pendapat anda?

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.