Bitcoin sudah berpecah, tetapi Apa yang Berbeza?
Jam 8.20 pm malam semalam menandakan peristiwa Bitcoin berpecah kepada Bitcoin Cash (BCH) dan Bitcoin (BTC). Bitcoin Magazine telah membuat pengumuman tentang perpecahan tersebut dalam liveblog mereka, berbunyi: “Satu blok Bitcoin telah dijumpai dalam rangkaian yang tidak diterima oleh node Bitcoin Cash! Ini bermakna blockchain Bitcoin telah terbahagi kepada dua. Bitcash Cash ketinggalan satu blok di belakang.” Maklumat terkini dari btcforkmonitor.info juga mengesahkan kenyataan tersebut.
Urusan seperti biasa buat Bitcoin
Di sebalik peristiwa yang dianggap penting itu, harga Bitcoin dilihat konsisten di pasaran. Satu jam sebelum “hard fork” tersebut, Bitcoin masih lagi bernilai USD$2781 di pasaran. Dan selang beberapa minit selepas itu, Bitcoin jatuh sebanyak 4.15%, peratus yang tidaklah begitu signifikan dalam sejarah matawang itu.
Bagi Bitcoin Cash pula, ianya permulaan yang agak perlahan bagi matawang itu. Walaupun rangkaian Bitcoin berpecah dalam waktu yang telah ditetapkan, blok pertama yang melalui rangkaian BCC hanya berlaku selepas 6 jam.
Menurut spekulasi, ini mungkin kerana kekurangan miners yang menyokong Bitcoin Cash. Ada juga spekulasi yang menyatakan bahawa orang ramai terlalu berlebihan dalam menjangka sokongan terhadap BCH oleh golongan miners, menyebabkan blok transaksi mengambil masa yang lebih lama daripada dijangkakan untuk diproses.
Apa kesan pada anda?
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, kesan ‘hard fork’ ini bergantung kepada di mana anda menyimpan Bitcoin anda. Jika anda memiliki private keys kepada Bitcoin anda, anda boleh menggunakannya sebagai kedua-dua matawang. Tetapi jika sebaliknya, ia bergantung kepada sama ada tempat anda menyimpan Bitcoin anda menerima Bitcoin Cash ataupun tidak.
Tempat pertukaran matawang krypto terbesar, Coinbase, telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menerima Bitcoin Cash. Manakala syarikat mining pool besar di China, ViaBTC akan menawarkan servis pertukaran Bitcoin Cash. Di bawah adalah senarai servis pertukaran dan wallet yang menerima Bitcoin Cash sewaktu penulisan (senarai tidak muktamad dan boleh berubah bila-bila masa sahaja).
Senarai servis pertukaran yang menerima Bitcoin Cash:
Senarai Wallet yang menerima Bitcoin Cash:
Harga Bitcoin Cash melonjak naik pada hari ini lebih 111% dalam masa beberapa jam dan nilainya adalah USD$594.23 (sejam yang lalu ianya USD$469.09). Melihat kepada trajektori matawang krypto lain, harga Bitcoin Cash ini dijangka akan naik lebih tinggi. Jika anda minat melabur dalam matawang krypto, inilah peluang anda!