Default – Above Header Ads

Lagi-lagi tentang Harga Bitcoin

Bitcoin pada hari ini sudah mencecah lebih USD$4,000. Harga Bitcoin telah meningkat secara mendadak sejak 12 Ogos yang lalu. Dalam minggu yang lalu sahaja Bitcoin sudah menambah USD$15 bilion dalam jumlah modal pasaran matawang krypto.

Di bawah adalah gambar rajah kenaikan harga Bitcoin dalam masa 7 hari:

Sumber: coinmarketcap.com

Dalam masa seminggu sahaja nilai Bitcoin naik sebanyak 24% daripada USD$3200 ke lebih USD$4,400. Namun seperti biasa, kadar naik turun Bitcoin yang tidak stabil menyebabkan harga Bitcoin pada hari ini jatuh lebih USD$500 dan sewaktu penulisan, harga Bitcoin adalah USD$4,100. Banyak spekulasi dari sumber berita utama tentang Bitcoin menyatakan trajektori Bitcoin yang naik ini akan berterusan, tetapi melihat kepada carta harga Bitcoin, sukar untuk mengesahkan anggaran ini.

Mari kita ketepikan spekulasi tentang harga Bitcoin buat masa ini dan rungkaikan kenaikan harga Bitcoin. Jika sebelum ini peristiwa penting seperti krisis SegWit2x menyebabkan harga Bitcoin melonjak naik, kali ini kebanyakan sumber berita utama mengaitkan kenaikan harga Bitcoin kepada 4 faktor:

Penerimaan institusi dan entiti

Penerimaan entiti besar serta institusi seluruh dunia merupakan suatu yang besar bagi Bitcoin. Pengiktirafan dan seterusnya penggunaan Bitcoin oleh golongan ini sudah pasti menguatkan status Bitcoin sebagai matawang alternatif.

Antara institusi kewangan yang sudah mula membuat penyelidikan tentang Bitcoin (dan teknologi blockchain) termasuk BNP Paribas, Société Générale (SocGen), Citi Bank dan Barclays. Dan baru-baru ini Goldman Sachs telah membuat kenyataan tentang status Bitcoin yang tidak boleh diendahkan oleh institusi lain.

Penerimaan orang ramai

Mass adoption, atau penerimaan orang ramai, adalah satu matlamat besar bagi Bitcoin dan juga matawang krypto yang lain. Pengiktirafan daripada kerajaan seperti Jepun dan Rusia banyak memberi pengaruh kepada minat orang ramai tentang Bitcoin. Seperti yang kita tahu, jika permintaan Bitcoin semakin meningkat, sudah tentu harga Bitcoin juga meningkat.

Sumber: www.marketwatch.com 

Jika kita lihat carta di atas, pencarian Google untuk Bitcoin berkait rapat dengan peristiwa harga Bitcoin naik mendadak. Kemungkinan besar ini adalah kerana berita tentang kenaikan ini akan muncul di mainstream news dan bukan hanya di sumber berita matawang krypto sahaja.

Pada masa yang sama, penerimaan orang ramai juga berkait rapat dengan keadaan kewangan sesebuah negara. Contohnya seperti krisis kewangan di India dahulu yang menyebabkan orang ramai membeli dan menyimpan Bitcoin yang dianggap lebih selamat dan stabil daripada matawang mereka sendiri. Menurut aplikasi kewangan Wirex, terdapat kenaikan pengguna dari Korea Selatan yang membeli Bitcoin kerana mereka menjangka ketegangan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara akan memberi impak kepada Korea Selatan.

Permintaan Jepun semakin meningkat

Sejak kerajaan Jepun mengiktiraf Bitcoin sebagai matawang yang sah, permintaan Bitcoin dalam negara itu telah meningkat secara mendadak. Permintaan Jepun meliputi sebanyak 42 peratus daripada keseluruhan permintaan Bitcoin seluruh dunia.

Peruncit-peruncit besar di Jepun seperti Marui juga sudah mula meneroka penggunaan Bitcoin sebagai kaedah bayaran di lokasi-lokasi tertentu. Ditambah lagi dengan penerimaan pemilik online store, permintaan di Jepun dijangka akan meningkat lebih 70 peratus menjelang akhir tahun ini.

Upgrade ke SegWit2x

Dan faktor paling penting kenaikan harga Bitcoin sudah tentu upgrade ke SegWit2x. Seperti yang penulis sudah bincangkan sebelum ini, upgrade ini akan menambah saiz blok untuk menerima lebih banyak transaksi. SegWit2x juga merupakan salah satu cadangan untuk menyelesaikan isu scalabitlity Bitcoin yang diterima oleh developers, miners dan pengguna Bitcoin.

Banyak lagi faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi harga Bitcoin sebenarnya. Tetapi apa yang dapat kita pelajari adalah harga Bitcoin ini sangat berkait rapat dengan nilai yang diletakkan oleh manusia. Oleh sebab itu, harga Bitcoin atau matawang krypto sangat sensitif terhadap perubahan dalam penerimaan dan penggunaan manusia.

Ramai bertanya penulis samada membeli Bitcoin adalah berbaloi atau tidak. Sebenarnya tiada jawapan betul atau salah, hanya ilmu anda tentang matawang krypto yang akan membantu anda membuat keputusan.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads