Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Empat fakta mengenai wallet Bitcoin yang anda mesti tahu!

Kita semua tahu wallet Bitcoin adalah bahagian asas kepada dunia matawang krypto. Di dunia maya, Bitcoin tidak boleh dibawa di dalam poket, jadi wallet adalah satu keperluan. Walau bagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang perkara digital ini. Jadi, dalam post ini, penulis akan menjelaskan empat fakta menarik tentang wallet Bitcoin.

Fakta 1: Wallet lama dan isinya boleh didapatkan semula

Anda tahu atau tidak, mengubah kata laluan wallet anda digambarkan sebagai satu kelemahan berdasarkan sumber Wiki Bitcoin. Menurut Bitcoin Wiki, “salinan lama wallet dengan kata laluan lamanya mudah untuk diperolehi melalui kemudahan backup sedia ada (terutamanya Apple Time-Machine)” mendapatkan wallet lama dengan kata laluan lama, akan membolehkan kita untuk mendapatkan dompet semasa bersama kata laluannya.

Ini menunjukkan pengubahan kata laluan yang kerap tidak menjanjikan keselematan wallet yang lebih. Ini juga bertentangan dengan jangkaan pengguna yang bukan teknikal dimana mereka mengatakan “mengubah kata laluan di dompet anda bermakna kata laluan tidak akan dikompromi “. Jadi, apa yang anda perlu buat jika anda ingin membuat dompet baru: pastikan menghantar kesemua jumlah Bitcoin anda ke akaun baru dengan kata laluan baru.

Fakta 2: Dompet disimpan secara unencrypted pada asalnya

Pengguna awal Bitcoin dan pakar-pakar teknologi sudah tahu, pada masa ini, bahawa wallet memerlukan encryption supaya selamat. Tetapi ramai pengguna baru berkemungkinan tidak mengambil langkah seperti ini, terutamanya kerana mereka tidak begitu mengenali dunia Bitcoin atau kerana mereka tidak mempunyai kemahiran semacam ini. Walau bagaimanapun, apabila lebih ramai orang melabur dalam Bitcoin, encrypted wallet akan lebih digiatkan. Malangnya, ini tidak bermakna orang akan mula melakukannya (encryption) dengan lebih kerap.

Fakta 3: Kecurian Bitcoin telah berlaku

Fakta ini adalah bersifat lebih kepada peringatan daripada fakta, kerana hampir semua orang yang memiliki Bitcoins mengetahui akan musibah ini. Dompet tidaklah selamat sepenuhnya dan ada laporan mengenai kecurian sebelum ini. Pada bulan Jun 2011, seorang pengguna mendakwa dalam forum Bitcoin bahawa seseorang telah mencuri 25,000 Bitcoins daripadanya, bersamaan dengan $ 375,000. Coin.my juga telah mengeluarkan beberapa artikel tentang kecurian Bitcoin yang berlaku, kebanyakannya kerana akaun digodam.

Fakta 4: Masalah berkaitan Bitcoin boleh datang pada bila-bila masa tanpa disangka-sangka

Terdapat satu petikan di Wiki Bitcoin yang membuat semua orang berfikir tentang siapa yang berurusan dengan wang kita: “tidak ada jaminan bahawa mana-mana perkhidmatan eWallet tidak akan mengambil semua bitcoins anda dan hilang suatu hari nanti”. Ramai orang tidak berfikir tentang perkara ini, tetapi ia adalah kebenaran. Apakah jenis undang-undang atau keperibadian yang akan menghentikan platform seperti ini? Buat masa ini masalah yang berkaitan dengan Bitcoin sukar untuk diambil tindakan undang-undang kerana ianya tidak dikawal selia.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.