Default – Above Header Ads

2 Cara Pelik Untuk Mining Bitcoin yang Mesti Anda Cuba

Secara asasnya, proses mining Bitcoin adalah suatu proses di mana algorithm Bitcoin hashing dilaksanakan menggunakan komputer. Tujuan utama Bitcoin mining dilakukan adalah untuk memastikan semua orang yang menggunakan sistem Bitcoin mempunyai akses dan pandangan data yang sama terhadap transaksi yang berlaku di dalam block Bitcoin. Untuk memahami Bitcoin mining secara mendalam, anda mesti memahami algorithm SHA-256, iaitu algorithm yang digunakan oleh sistem Bitcoin untuk menjana Bitcoin hash. Algorithm SHA-256 ini dapat dilakukan dengan pensil dan kertas, dan juga dapat dilakukan dengan menggunakan Microsoft Excel.

1 Sedikit Latar Belakang SHA-256

Sedikit Latar Belakang SHA-256

Sebelum kita cuba menjalankan SHA-256 hashing algorithm ini menggunakan pensil dan kertas, mari kita berkenalan dahulu dengan SHA-256. SHA-256 adalah hashing algorithm yang digunakan oleh Bitcoin. Algorithm ini mengambil input sebanyak 64 bytes dan akan menghasilkan output sebanyak 32 bytes melalui penggabungan dan manipulasi data secara kriptografi. SHA-256 ini akan diulang sebanyak 64 kali untuk memastikan data yang dimanipulasi tersebut benar-benar selamat dan sukar untuk dipecahkan kerana menghasilkan output hash yang tidak dapat diteka dan dijangka dengan mudah.

Di bawah ini adalah satu ulangan SHA-256 hashing algorithm.

A hingga H adalah data sebanyak 256 bit (32 bytes) di mana satu huruf mewakili 4 bytes. Data yang diwakili oleh A hingga H di bahagian atas rajah akan melalui operasi (yang diwakili oleh kotak biru dalam rajah) persamaan Boolean algebra di bawah.

Manakala petak bewarna merah  pula mewakili penambahan 32 bit.

Proses ini akan diulang sebanyak 64 kali untuk memenuhi syarat SHA-256 hashing algorithm. SHA-256 hashing algorithm ini kelihatan kompleks pada pandangan pertama, namun bagi orang yang biasa dengan elektronik dan Boolean algebra mungkin sudah dapat membayangkan litar elektronik berdasarkan rajah diatas, dan mungkin dapat melakukan lakaran kasar litar elektronik yang dapat melakukan SHA-256 hashing algorithm.

2 Mining Menggunakan Pensil dan Kertas

Jom kita cuba melakukan proses mining bitcoin denga melakukan pengiraan SHA-256 hashing algorithm dengan mengikut video tutorial di bawah ini. Dan ini hanya dilakukan menggunakan pensil dan kertas.

Untuk pengetahuan pembaca, proses melakukan satu pusingan SHA-256 hashing algorithm mengambil masa lebih kurang 15 minit berdasarkan masa di dalam video diatas. Maka untuk melakukan 64 pusingan, memerlukan masa sebanyak 16 jam, dan untuk melakukan hashing satu block Bitcoin memerlukan 1.33 hari, dengan hashrate bersamaan lebih kurang 0.75 hashrate sehari atau 8.7 microhash/saat.

Kelajuan menghasilkan SHA-256 hashing algorithm menggunakan pensil dan kertas adalah sangat lambat. Sebagai perbandingan, kelajuan SHA-256 hashing algorithm menggunakan Bitfury ASIC Chip menghasilkan 2-3 Gigahash/saat atau bersamaan 172,800 – 259,200 Gigahash sehari. Ini menunjukkan kelajuan menggunakan ASIC chip adalah sangat efisien dalam menjalankan SHA-256 hashing algorithm.

3 Mining Menggunakan Excel Spreadsheet

Para pembaca juga mesti mencuba proses menghasilkan SHA-256 hashing algorithm menggunakan Microsoft Excel. Jom kita layan video tutorial di bawah ini untuk melakukan proses SHA-256 hashing algorithm. Excel Spreadsheet dapat diperolehi di bahagian description video.

Proses mining menggunakan Excel adalah lebih efisien berbanding menggunakan pensil dan kertas, namun ianya masih tidak dapat menewaskan kelajuan menggunakan ASIC chip yang memang dibina khas untuk melakukan proses SHA-256 mining algorithm.

4 Kesimpulan

Berdasarkan dua contoh cara mining di atas, dapatlah dirumuskan bahawa proses Bitcoin mining sebenarnya adalah proses SHA-256 hashing algorithm dalam mengubah data sistem Bitcoin. Dan proses SHA-256 hashing algorithm ini sebenarnya adalah mudah dan ringkas, namun untuk melakukannya dengan pantas, efisien dan bebas dari kesilapan memerlukan perkakasan yang sesuai seperti ASIC chip.

Selamat mencuba!

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.