Default – Above Header Ads

Survey: Pendapat Rakyat Malaysia tentang Matawang Krypto

Pada bulan Mei yang lalu, Luno iaitu platform pertukaran popular di Malaysia telah menjalankan satu survey ke atas pengguna mereka tentang bagaimana dan mengapa rakyat Malaysia menggunakan Bitcoin. Keputusan survey itu sangat menarik dan rata-rata menunjukkan penerimaan positif rakyat Malaysia terhadap Bitcoin dan matawang krypto lain.
 
Salah satunya adalah sebab utama Bitcoin dibeli: hampir 60% mengatakan mereka membeli untuk tujuan pelaburan, jual beli dan spekulasi (tidak menghairankan). Tetapi apa yang admin rasa menarik adalah lebih 10 peratus (13.2%) membeli Bitcoin sebagai kaedah pembayaran. Kalau anda nak tahu, banyak je perniagaan yang sudah mula menerima Bitcoin sebagai kaedah pembayaran. Anda boleh tengok senarai yang sudah dibuat oleh Luno di sini: https://www.luno.com/blog/en/post/spend-bitcoin-in-malaysia
Sumber: luno.com
 
Keputusan survey lain yang penulis rasa menarik adalah pendapat rakyat Malaysia tentang Bitcoin vs Emas. Nampaknya ramai yang beranggapan memiliki Bitcoin lebih berharga daripada emas, walaupun majoriti masih lagi tidak pasti.
Bitcoin Exchange CEX.IO
Sumber: luno.com
Penulis pasti mereka yang banyak melabur dalam Bitcoin dan matawang krypto lain akan sentiasa memeriksa harga Bitcoin sepanjang hari. Dan dalam keputusan survey di bawah juga kita dapat lihat lebih 50 peratus pemilik Bitcoin memeriksa harga Bitcoin sepanjang hari. Logik, kerana harga di pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Adakah anda termasuk dalam golongan ini?
 
Tambahan lagi, 89.3% mengatakan bahawa mereka akan membeli Bitcoin jika kerajaan mengiktiraf Bitcoin dari segi undang-undang. Dalam hal ini, penuli tidak merasa hairan kerana ramai yang menganggap jaminan kerajaan itu penting lebih-lebih lagi dengan risiko kehilangan Bitcoin. Penulis rasa itu adalah antara syarat utama yang perlu dipenuhi jika Bitcoin atau matawang krypto lain ingin digunakan secara meluas.
Sumber: luno.com
Apa yang pasti, jangkaan rata-rata rakyat Malaysia tentang harga Bitcoin mungkin agak tersasar, memandangkan kini harga Bitcoin sudah mencecah lebih RM16,000. Malah kita juga Bitcoin pernah setinggi RM20,000 bukan? Jadi, mungkin jangkaan sebilangan kecil rakyat Malaysia bahawa harga Bitcoin boleh mencecah lebih RM30,000 adalah terdiri daripada mereka yang percaya dan melabur dalam Bitcoin dalam jumlah yang besar.
Penulis juga merasakan jangkaan maksimum (RM44,020) akan dapat dipecahkan. Apa pendapat anda? Adakah anda setuju dengan keputusan survey yang dibuat oleh Luno? ataupun rumusannya masih lagi tidak mewakili keseluruhan rakyat Malaysia?

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.