Default – Above Header Ads

Perkembangan terbaru Bitcoin Gold – Mampukah ia Bertahan?

Tepat jam 0120 UST, Bitcoin telah mencapai blok bernombor 491407 dan pada ketika itu hard fork Bitcoin Gold berlaku. Tidak lama selepas itu laman web Bitcoin Gold mendapat serangan DDoS dan tidak dapat dibuka sehinggalah beberapa jam yang lalu.

Mengulang kembali post di Facebook coin.my semalam, beberapa organisasi telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang Bitcoin Gold. Platform pertukaran Bitfinex sudah pun implementasi Chain Split Token (memisahkan BTC dan BTG) dan sudah mula kredit akaun pengguna dengan BTG. Manakala organisasi lain seperti Trezor, Ledger, dan Poloniex, telah mengeluarkan kenyataan mereka tidak akan menyokong BTG sehingga software yang digunakan dikeluarkan untuk pemeriksaan.

UPDATE terbaru tentang hard fork Bitcoin Gold

Graf di bawah menunjukkan harga Bitcoin Gold yang pada awalnya mencecah USD$500, tetapi dalam masa beberapa jam sahaja jatuh hampir 70 peratus ke USD$141.21. Pasaran Bitcoin Gold paling aktif adalah Bitfinex, memandangkan Bitfinex antara yang terawal memberi Bitcoin Gold kepada pengguna mereka.

Baru-baru ini platform pertukaran terbesar di Amerika Syarikat, Coinbase, telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan Bitcoin Gold, mengatakan mereka hanya akan menyokong Bitcoin Gold selepas penilaian tentang keselamatan dan potensi blockchain tersebut.
 
Anda boleh mendapatkan senarai penuh wallet, platform pertukaran dan mining pool yang menyokong Bitcoin Gold dengan melawat laman web Bitcoin Gold (https://btcgpu.org/).
Bagi pengguna perkhidmatan yang tidak menyokong Bitcoin Gold, nampaknya perlu menunggu agak lama memandangkan kebanyakan wallet dan platform pertukaran yang tidak menyokong Bitcoin Gold merasa ianya hanya taktik ‘pump and dump’ seperti banyak matawang kripto lain.
 
Bitcoin Gold perlu membuktikan ianya matawang kripto yang bernilai dan development team di belakang projek itu mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk Bitcoin Gold, dan bukan hanya mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan daripada matawang kripto yang ‘meminjam’ nama Bitcoin. Terdapat banyak isu yang diketengahkan oleh komuniti matawang kripto dan yang utama ialah jumlah Bitcoin Gold (16,000 blok bersamaan 100,000 Bitcoin Gold) yang sudah di pre-mined oleh development team Bitcoin Gold. 
Isu tentang “replay protection” untuk mengelak pengguna daripada menghantar Bitcoin secara tidak sengaja apabila mereka menghantar Bitcoin Gold, dan sebaliknya. Protokol ini telah di implementasi oleh Bitcoin Cash sewaktu hard fork yang berlaku pada 1 Ogos yang lalu. Menurut laman web Bitcoin Gold, protokol “replay protection” sudah pun di implementasi sebelum hard fork berlaku tetapi pengguna yang memeriksa kod Github Bitcoin Gold mengatakan ianya belum di implementasi. Malah, beberapa hari sebelum hard fork Bitcoin Gold, development team Bitcoin Gold telah menawarkan 250 BTG (dan bonus 50 BTG) untuk sesiapa yang boleh menulis kod untuk protokol tersebut sebelum hard fork berlaku. 4 jam yang lalu, seorang pengguna di Github telah memasukkan kod “replay protection” yang ditulis, tetapi sama ada ianya akan diterima masih boleh diketahui.
Nampaknya masih banyak kekeliruan dan kekaburan yang masih belum dijelaskan oleh pihak Bitcoin Gold. Apa yang pasti platform pertukaran yang sudah pun menyenaraikan Bitcoin Gold dalam pasaran mereka ingin mengaut keuntungan daripada Bitcoin Gold selagi yang termampu sebelum harga Bitcoin Gold jatuh lebih teruk. Adakah Bitcoin Gold boleh kekal dalam masa akan datang, kita tunggu sahaja dan lihat.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.