Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pertempuran antara BTC dan BCH – BTG pun Ingin Mencelah?

9 November yang lalu, komuniti Bitcoin digegarkan dengan berita penangguhan (atau pembatalan) hard fork Segwit2x yang telah direncana sejak awal tahun ini lagi. Hard fork itu yang pada awalnya disokong majoriti dalam komuniti akhirnya ditangguhkan oleh penganjur Segwit2x kerana tidak mencapai konsensus yang diperlukan.

Buat yang masih lagi baru dengan isu ini, SegWit2x adalah cadangan untuk menambah baik rangkaian Bitcoin yang telah dipersetujui dalam mesyuarat antara golongan developers, miners dan pengguna. Seawal bulan September yang lalu, SegWit2x dianggap sebagai penyelesaian kepada isu scalability yang sedang dihadapi Bitcoin.

Segwit2x sebenarnya adalah kompromi kepada cadangan sebelumnya, iaitu SegWit, yang telah memecah belah komuniti Bitcoin kepada dua puak dengan ideologi berbeza. Satu puak ingin menambah saiz blok Bitcoin daripada 1MB kepada 2MB dan satu lagi puak ingin menyelesaikan masalah kesesakan dalam rangkaian Bitcoin dengan cara menggunakan rangkaian kedua untuk mengetepikan maklumat dalam blok Bitcoin, menjadikan saiz setiap transaksi lebih kecil.

Hasil daripada perbalahan ini, cadangan SegWit2x diutarakan untuk memuaskan hati kedua-dua puak. Namun begitu, terdapat juga mereka yang menentang SegWit2x, dan pada 1 Ogos yang lalu, Bitcoin Cash telah dicipta melalui hard fork rangkaian Bitcoin.

1 Kesan penangguhan SegWit2x

Kesan penangguhan SegWit2x

Komuniti Bitcoin diberitahu hard fork SegWit2x akan berlaku dalam pertengahan bulan November. Dan suasana dalam pasaran matawang kripto masih lagi dalam keadaan tenang. Namun begitu, pada 9 November yang lalu, berita tentang penangguhan hard fork SegWit2x diumumkan, dan ramai yang menjangka tiada perubahan drastik akan berlaku.

Apa yang terjadi adalah kejatuhan dramatik dalam pasaran matawang kripto, dan Bitcoin jatuh dengan begitu teruk sekali. Pada masa yang sama, Bitcoin Cash tiba-tiba melonjak naik daripada USD$500 ke lebih USD$1,000. Hari ini, kelihatan harga Bitcoin semakin pulih walaupun masih di bawah USD$7,000 dan Bitcoin Cash pula sudah jatuh daripada setinggi USD$2,400 ke USD$1,278 pada waktu penulisan.

Melihat kepada fork.lol pula, jumlah kuasa mining Bitcoin dilihat sudah mengatasi kuasa mining Bitcoin Cash, berbanding semalam apabila keadaan adalah sebaliknya.

Ada spekulasi mengatakan bahawa penyokong SegWit2x yang kecewa dengan penangguhan hard fork tersebut telah memindahkan duit dan peralatan mining mereka daripada Bitcoin ke Bitcoin Cash. Apa yang pasti, kuasa mining yang sentiasa bertukar antara kedua-dua Blockchain telah menimbulkan kembali isu tentang monopoli kumpulan mining pool dalan rangkaian Bitcoin dan Bitcoin Cash.

2 Bitcoin Gold akhirnya dilancarkan

Bitcoin Gold akhirnya dilancarkan

Dan ini membawa kita kepada berita terkini tentang Bitcoin Gold. Bagi yang masih lagi baru, Bitcoin Gold adalah hasil daripada hard fork Bitcoin yang berlaku awal bulan ini. Bitcoin Gold adalah usaha segolongan komuniti Bitcoin untuk menentang kuasa monopoli di tangan mining pool dalam rangkaian Bitcoin. Bitcoin Gold dicipta dengan tujuan untuk membolehkan orang ramai mining Bitcoin Gold tanpa memerlukan processing power yang tinggi.

Bitcoin Gold dicipta supaya ASIC-resistant, bermakna miners boleh mendapatkan Bitcoin Gold dengan hanya menggunakan cip GPU (komputer biasa). 10 jam yang lalu, akaun Twitter Bitcoin Gold telah mengumumkan matawang kripto itu telah pun dilancarkan.

Harga Bitcoin Gold menurut coinmarketcap.com kini adalah USD$240.89 dan menurut laman web Bitcoin Gold, mainnet dan block explorer masih lagi diselenggara dan akan stabil tidak lama lagi. Anda juga boleh memeriksa baki Bitcoin Gold anda di sini: http://bitcoingold.org/#ecosystem

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.