Default – Above Header Ads

4 Matawang Kripto Anda boleh Lombong di Komputer Peribadi Anda

Sehingga hari ini, aktiviti mining adalah sesuatu yang diperlukan untuk memastikan ekosistem matawang kripto berjalan dengan lancar. Dan setiap hari jumlah orang yang menyertai aktiviti mining, tidak kira melalui mining pool, cloud mining ataupun persendirian semakin meningkat.

Tidak dinafikan bahawa mining matawang kripto menguntungkan, terutama matawang kripto besar seperti Bitcoin, Ether, Litecoin dan sebagainya. Tetapi pada masa yang sama, semakin ramai miner semakin sukar untuk mining menggunakan komputer berkuasa CPU, dan kini mining Bitcoin sudah terhad kepada operasi berskala besar yang menggunakan ASIC sahaja. Begitu juga dengan matawang kripto lain yang sudah lama wujud.

Jadi, apa pilihan anda? Adakah masih ada lagi matawang kripto yang boleh dilombong hanya dengan menggunakan komputer biasa berkuasa CPU atau GPU yang tidak mahal? Dalam artikel ini, penulis akan memperkenalkan 5 matawang kripto yang anda boleh lombong menggunakan komputer anda.

[Peringatan: Anda patut tahu bahawa aktiviti mining adalah lebih sesuai untuk operasi berskala besar. Jumlah yang mungkin anda peroleh jika anda mining di rumah sangat kecil (beberapa sen sehari) dan mungkin tidak menguntungkan, lebih-lebih lagi jika anda perlu membayar kos elektrik yang tinggi. Mungkin sebagai permulaan untuk merasa apa itu mining ataupun hobi, tetapi jika objektif anda adalah sebagai pendapatan tambahan, lebih baik anda beli matawang kripto dan menyimpannya.]

Monero (15/3/2018 – RM817.18)

Matawang kripto ini direka bentuk untuk menjadi ASIC-resistant, bermakna cip khas untuk mining Monero tidak boleh dicipta seperti Bitcoin. Jadi, ianya sesuai untuk dilombong menggunakan CPU atau GPU. Prosesnya adalah seperti di bawah:

  1. Download dan install wallet daripada laman web Monero.
  2. Download mining software yang boleh digunakan untuk mining Monero, seperti MultiMiner atau guiminer.
  3. Selepas anda install software tersebut, ia akan mula menggunakan CPU komputer anda untuk mining Monero.

Dogecoin (15/3/2018 – RM 0.0136)

Harga matawang kripto ini mungkin terlalu kecil jika dibandingkan dengan matawang kripto lain, tetapi memandangkan Dogecoin mempunyai komuniti yang kuat dan stabil, ianya antara matawang kripto yang dijangka akan kekal lama. Tambahan lagi, matawang kripto ini direka bentuk untuk bertambah setiap tahun, menjadikan bekalannya tiada had. Ini adalah sesuatu yang menambah insentif bagi mereka yang ingin mining Dogecoin.

  1. Download dan install Dogecoin core wallet
  2. Untuk mining menggunakan CPU, download dan install software  CPU minerMining menggunakan cara ini agak perlahan.
  3. Untuk mining menggunakan GPU seperti AMD atau Nvidia, anda boleh gunakan software cgminer atau cudaminer.
  4. Komputer anda akan memulakan proses mining Dogecoin tanpa memperlahankan komputer anda, kerana prosesnya berjalan di latar belakang, lebih-lebih lagi jika anda tidak menggunakan komputer anda ketika itu.

ZenCash (15/3/18 – RM 70.77)

Matawang kripto ini adalah salah satu matawang kripto yang dicipta berdasarkan protokol zk-snark Zcash. Protokol ini terkenal kerana menjadikan transaksi yang berlaku anonymous sepenuhnya.

  1. Download dan install wallet daripada laman web Github ZenCash.
  2. Download dan install mining software yang boleh digunakan untuk mining Monero, seperti Nicehash (Windows), Claymore (AMD) atau EBWF (Nvidia)

Vertcoin (15/3/2018 – RM 8.41)

Matawang kripto ini direka bentuk khusus untuk operasi mining berskala kecil. Seperti Monero, ianya juga ASIC-resistant, kerana objektif penciptaannya adalah untuk memberi peluang kepada miner CPU dan GPU untuk memperoleh keuntungan. Pada masa yang sama supaya operasi mining tidak didominasi oleh satu kumpulan sahaja.

  1. Terdapat pelbagai pilihan wallet untuk Vertcoin, dan anda boleh pilih di laman web Vertcoin.
  2. Download dan install mining software yang boleh digunakan untuk mining Vertcoin, miner.
  3. Pilih mining pool yang sesuai berdasarkan jenis dan kuasa komputer anda. Anda hanya boleh mining Vertcoin menggunakan kad grafik AMD atau Nvidia.
  4. Anda juga boleh rujuk setup guide Vertcoin untuk mula mining.

 

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.