Default – Above Header Ads

TumbleBit: Jubah Halimunan Transaksi Bitcoin

Pengenalan

Apabila kita berbicara berkenaan Bitcoin, sebenarnya banyak projek yang cuba meningkatkan keupayaan teknologi Bitcoin, walaupun bukan secara langsung. Ada projek yang ingin membantu dari segi penskalaan transaksi, tanpa memerlukan garpu keras (hard fork), seperti Lightning Network. Namun artikel ini akan membicarakan berkenaan penambahbaikkan teknologi Bitcoin dari segi privasi dan anonymity. Dalam artikel seperti Apa Sebenarnya Konsep ‘Anonymity’ Dalam Matawang Krypto?ada sedikit sebanyak membincangkan berkenaan Bitcoin, privasi dan anonymity. Sekarang, mari kita bertemu dengan TumbleBit, hab pembayaran yang tidak dapat dikaitkan transaksi penggunanya, yang berjuang untuk meningkatkan privasi dan anonymityBitcoin.

Apakah itu TumbleBit?

Rajah 1: Logo TumbleBit

TumbleBit pada dasarnya adalah pengadun (mixer) yang tidak memerlukan kepercayaan berpusat di mana ia berfungsi dengan protokol bitcoin. Ia berfungsi sebagai platform hab pembayaran yang tidak boleh dikaitkan transaksinya. Platform ini bertujuan untuk membolehkan transaksi tanpa nama menggunakan rantaian luar (off-chain) secara masa nyata.

Selain itu dengan menggunakan rantaian luar, protokol TumbleBit mendakwa ianya dapat berfungsi untuk penskalaan yang cekap. “TumbleBit juga berfungsi untuk meningkatkan keupayaan jumlah dan halaju pembayaran yang disokong bitcoin,” jelas kertas putih TumbleBit. “Hari ini, urus niaga bitcoin di blockchain mengalami latensi selama sepuluh minit. Sementara itu, pembayaran TumbleBit dihantar dari blockchain, melalui Tumbler, dan lengkap dalam beberapa saat.”

Apakah peranan utama TumbleBit?

Privasi dan anonymity adalah asas utama yang penting bagi komuniti Bitcoin. Walau bagaimanapun, pengawasan blockchain telah meningkat dengan banyak, hingga telah wujud permintaan perisian pengesanan transaksi Bitcoin, seperti yang dibangunkan oleh syarikat seperti Elliptic dan Chainalysis. Syarikat-syarikat tersebut juga bekerja secara langsung dengan penguatkuasaan undang-undang dan kerajaan di seluruh dunia yang berusaha untuk belajar bagaimana untuk memantau transaksi cryptocurrency.

Pada masa ini, semua urus niaga di blockchain Bitcoin dapat dijejaki kecuali pengguna menggunakan alat yang menghalang proses tersebut. Menggunakan Tor dan mixer bitcoin adalah satu kaedah yang terkenal untuk mengelirukan amalan pengawasan. Walau bagaimanapun, mixer yang wujud adalah berpusat dan bergantung kepada pihak ketiga untuk membantu mengkaburkan transaksi Bitcoin. Maka di sini wujud peluang untuk pihak ketiga ini untuk mencuri dan membocorkan maklumat sedia ada. Antara pengadun berpusat yang popular dengan cara ini adalah Coinjoin, Joinmarket, dan Coinshuffle.

Maka tujuan utama TumbleBit adalah untuk menjadi pengganti kepada pengadun berpusat ini untuk mengkaburkan transaksi Bitcoin. Apabila transaksi Bitcoin dapat dikaburkan dan tidak dapat dijejaki penghantar dan penerimanya, maka keadaan Bitcoin sekarang ini dapat ditingkatkan keupayaanya supaya Bitcoin lebih menepati visi Satoshi Nakamoto yang ingin mencipta mata wang  kripto yang benar-benar menjaga privasi dan anonymitypenggunanya.

Bagaimanakah TumbleBit berfungsi?

Konsep utama yang digunakan dalam TumbleBit adalah apa yang dinamakan sebagai teka-teki RSA (RSA puzzle). Teka-teki RSA inilah yang akan mengkaburkan hubungkait transaksi antara penghantar dan penerima Bitcoin.

Rajah 2: Contoh Transaksi Bitcoin

Merujuk kepada rajah 2, transaksi Bitcoin adalah sangat ringkas, Bitcoin ditukar milik dari penghantar ke penerima, dan rekod pemilikan tersebut direkodkan di blockchain Bitcoin, beserta dengan alamat penghantar dan penerima Bitcoin tersebut. Di sinilah privasi dan anonymitypengguna Bitcoin dapat didedahkan, kerana rekod ini wujud di blockchain Bitcoin yang dapat dilihat oleh orang awam.

Rajah 3: Transaksi Bitcoin Menggunakan TumbleBit

Jika pengguna Bitcoin menggunakan protokol TumbleBit untuk urusan transaksi mereka, prosesnya adalah seperti di dalam rajah 3. Merujuk kenyataan di atas tadi berkenaan teka-teki RSA, ada dua komponen penting dalam teka-teki RSA. Pertama adalah protokol perjanjian teka-teki RSA (Puzzle-Promise protocol) untuk membolehkan penerima mendapat Bitcoin yang dihantar kepada mereka dan keduanya ialah protokol penyelesai teka-teki RSA (RSA-Puzzle-Solver Protocol) yang membolehkan penghantar menyembunyikan transaksi mereka.

Analogi mudah yang dapat digunakan untuk menerangkan proses TumbleBit adalah seperti berikut:

Penghantar akan menghantar Bitcoin kepada Tumbler, yang dapat diakses jika penguna tersebut menggunakan protokol TumbleBit. Tumbleritu kemudian akan memberikan kunci kepada penghantar tersebut, untuk diserahkan kepada penerima untuk mendapat akses kepada Bitcoin yang dihantar tersebut.

Nampak ringkaskan penyelesaian ini, kerana kunci yang diterima oleh penghantar Bitcoin dan yang diserahkan kepada penerima sebenarnya tidak dikaitkan dengan penghantar dan penerima kerana transaksi tersebut telah dikaburkan oleh protokol TumbleBit. Maka dengan ini privasi dan anonymitydapat dijaga dengan sempurna.

Kalau penjelasan di atas ini masih rumit, ini saya ringkaskan operasi TumbeBit hanya dalam satu ayat sahaja:

Tumblerakan menghantar Bitcoin yang dikunci kepada penerima, dan menjual kunci kepada penghantar.

 

Apakah pembangunan TumbleBit sekarang?

Protokol TumbleBit kini sudah dintegrasikan ke dalam dompet Breeze, yang mana projek ini dilaksanakan oleh Stratis. Kini dompet Breeze ini berada di tahap beta, di mana tahap alpha masih tidak diumukan lagi pelancarannya. Anda dapat mengakses kodnya di sini: BreezeHub.

 

Rujukan

[1] https://news.bitcoin.com/tumblebit-unlinkable-payment-hub/

[2] https://medium.com/@ffwang2/tumblebit-an-untrusted-bitcoin-compatible-anonymous-payment-hub-f0e322a4dce1

[3] https://hackernoon.com/understanding-tumblebit-part-1-making-the-case-823d786113f3

[4] https://hackernoon.com/understanding-tumblebit-part-2-the-endgame-instant-anonymous-scaleable-payment-system-on-top-479e7eb9ca24

[5] https://hackernoon.com/understanding-tumblebit-part-3-not-even-the-tumbler-can-breach-your-privacy-how-8d49d89e3a0d

[6] https://hackernoon.com/understanding-tumblebit-part-4-not-even-the-tumbler-can-steal-your-coins-482e7076ef22

[7] https://hackernoon.com/understanding-tumblebit-part-5-try-it-out-65b7a8d21a96

[8] https://stratisplatform.com/2017/08/10/bitcoin-privacy-tumblebit-integrated-into-breeze/

[9] https://news.bitcoin.com/breeze-wallet-integrates-trustless-payment-hub-tumblebit/

[10] https://eprint.iacr.org/2016/575.pdf

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads