Default – Above Header Ads

7 Laman Web Anda perlu Tahu Dalam Dunia Matawang Kripto

Jika anda sudah lama berada dalam dunia matawang kripto, anda pasti sudah mempunyai kesemua atau hampir semua laman web ini dalam Favourite Tab anda, ataupun shortcut untuk akses dengan cepat. Tetapi jika anda pendatang baru, 7 laman web di bawah adalah antara yang dapat membantu anda, lebih-lebih lagi jika anda seorang pelabur.

1. coinmarketcap.com

Penulis rasa laman web/aplikasi ini adalah sangat penting, lagi-lagi jika anda mempunyai banyak simpanan matawang kripto yang berbeza. Coinmarketcap.com sangat berguna untuk melihat ranking matawang kripto dan juga nilai terkini matawang kripto anda.

 

 

 

 

 

 

    1. Selain itu, anda boleh terus pergi kepada laman web matawang kripto tanpa perlu mencari di Google. Terdapat banyak maklumat penting yang anda boleh lihat di coinmarketcap.com.

2. Kalkulator matawang kripto

Kalkulator untuk menukar matawang kripto ke matawang fiat dan sebaliknya adalah penting jika anda ingin membuat pembelian mahupun penjualan. Kalkulator yang selalu penulis gunakan dalam desktop adalah kalkulator coinmarketcap atau kalkulator cryptonator.

3. countmycrypto.com

Jika anda mempunyai banyak simpanan matawang kripto yang berbeza, laman web ini adalah untuk anda. Dalam laman web ini, anda boleh menyenaraikan kesemua matawang kripto yang anda ada, dan lihat jumlah simpanan anda dalam nilai terkini. Anda juga boleh memilih sama ada ingin menggunakan unit matawang fiat seperti RM, USD atau matawang kripto seperti BTC.

Namun begitu, laman web ini hanya akan memaparkan simpanan anda dalam harga terkini pasaran. Ia tidak boleh membuat pegiraan untung anda daripada harga anda membeli dan dengan harga terkini jika anda menjualnya. Jadi, anda perlu akses rekod pembelian matawang kripto anda untuk mendapatkan perbezaan harga terkini dan harga sewaktu membeli.

 

4. Alamat laman web platform pertukaran

Seterusnya adalah shortcut untuk laman web platform pertukaran yang anda gunakan. Contohnya seperti Bittrex, Coinexy, Luno, Shapeshift dan sebagainya. Jika anda seorang trader atau selalu jual beli matawang kripto, sudah pasti anda akan membuka laman web platform pertukaran setiap hari.

Selain daripada itu, anda juga boleh meletakkan alamat wallet anda dalam Favourite Tab anda. Seperti yang penulis pernah tulis sebelum ini, jika anda mempunyai baki besar dalam platform pertukaran, lebih baik anda keluarkan dan simpan dalam wallet di mana anda menyimpan private key. Ini adalah kerana jika platform pertukaran yang anda gunakan digodam dan simpanan dicuri, anda mungkin tidak akan mendapat kembali simpanan anda sampai bila-bila.

5. Laman web berkenaan yuran transaksi

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa transaksi anda mengambil masa yang sangat lama? Atau bingung ingin meletakkan berapa jumlah yuran transaksi untuk membolehkan transaksi anda diproses dengan cepat.

Bagi Bitcoin, anda boleh melayari dua laman web ini: https://bitcoinfees.info/ atau https://bitcoinfees.earn.com/.

Dan untuk Ethereum dan juga token ERC20 yang lain pula anda boleh layari laman web ini: https://ethgasstation.info/. Jika anda memiliki matawang kripto yang mempunyai yuran transaksi, anda boleh mencari laman web yuran transaksi dan menyimpannya sebagai Favourite Tab anda.

5. Laman web Blockchain matawang kripto

Kadang-kadang kita ada mendengar tentang berita hard fork yang bakal berlaku pada blok sekian. Ataupun kita membuat transaksi yang kita ingin jejaki pengesahannya. Kita boleh melihat semua maklumat berkaitan transaksi yang dibuat dalam laman web Blockchain matawang kripto.

Contohnya, untuk Bitcoin anda boleh pergi ke laman web https://blockchain.info/ atau https://blockexplorer.com/. Manakala Ethereum dan token ERC20, anda boleh melayari laman web https://etherscan.io/. Matawang kripto lain seperti Litecoin (https://live.blockcypher.com/ltc/) atau Ripple (https://xrpcharts.ripple.com/#/transactions) atau lain-lain akan mempunyai Blockchain Explorer sendiri.

6. Coinwarz

Jika anda seorang miner atau merancang untuk mula mining matawang kripto, anda boleh rujuk laman web coinwarz untuk melihat keuntungan yang boleh dijana apabila dibandingkan dengan aktiviti mining Bitcoin.

7. BONUS: coin.my

Pastikan anda meletakkan laman web coin.my sebagai homepage anda dan ikutilah halaman Facebook kami! Laman web kami mempunyai pelbagai maklumat dan rujukan mengenai Bitcoin dan Blockchain teknologi. Tidak kira sama ada anda pendatang yang baru belajar tentang Bitcoin atau pelabur yang sudah lama berkecimpung dalam dunia matawang kripto, anda pasti akan menemui artikel-artikel yang berguna untuk anda.

Penulis pasti banyak lagi laman web yang berguna buat pengguna matawang kripto. Jika anda ingin berkongsi laman web/aplikasi yang selalu anda gunakan, tinggalkan komen di bawah atau di halaman Facebook kami. Jom kita berkongsi ilmu pengetahuan yang kita ada!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.