Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Harga Bitcoin Cash Naik – Apa Lagi Berita Terbaru?

Sudah lama kita tidak mendengar tentang Bitcoin Cash. Apa berita terbaru tentang matawang krypto itu? Untuk pengetahuan anda, Bitcoin Cash masih lagi mengekalkan posisinya di tempat ketiga dalam pasaran selepas Bitcoin dan Ether. Harga Bitcoin Cash meningkat dari USD$300 ke lebih USD$560 sebelum jatuh ke USD$498.86 sewaktu penulisan.

Sumber: coinmarketcap.com

Baru-baru ini pada 16 Ogos, mining pool Bitclub Network telah memproses blok saiz 8MB yang pertama dalam rangkaian Bitcoin Cash. Blok yang bernombor #479469 itu mempunyai sebanyak 37,000 transaksi, menjadikan ia blok terbesar yang telah diproses. Dan beberapa jam kemudian satu lagi blok bersaiz 4MB telah diproses dalam rangkaian tersebut.

Sumber: https://blockchair.com/bitcoin-cash/block/479469

Kebimbangan terhadap 51% attack dalam rangkaian Bitcoin Cash

Sejak rangkaian Bitcoin Cash dilancarkan, seorang atau sekumpulan individu telah mine blok Bitcoin Cash tanpa menyertai mana-mana mining pool. Mereka menguasai keseluruhan jumlah besar hashrate Bitcoin Cash dan telah memproses lebih 90 peratus daripada blok-blok dalam rangkaian Bitcoin Cash. Identiti mereka ini tidak diketahui sesiapa pun.

Penulis telah menerangkan tentang 51% attack di post ini. Sesiapa yang menguasai aktiviti mining dalam rangkaian ini berkemungkinan besar boleh manipulasi lejar blockchain Bitcoin Cash. Walaupun masih awal untuk menjangka sesuatu seperti ini berlaku, ia tidak mustahil. Memandangkan ada beberapa mining pool yang menyokong mining Bitcoin Cash seperti ViaBTC dan BitClub Networkagak pelik mengapa individu/kumpulan ini enggan menyertai mining pool lain.

Dalam masa beberapa hari tahap kesukaran mining Bitcoin Cash akan diselenggara menjadi tiga kali lebih mudah daripada sekarang. Tahap kesukaran mining Bitcoin Cash kini adalah 13% daripada tahap kesukaran mining Bitcoin. Seperti yang kita tahu, peningkatan tahap kesukaran mining akan menyebabkan kadar memproses blok jatuh kerana hashrate yang diperlukan lebih besar.

Penyelenggaraan tahap kesukaran ini penting untuk memastikan ekosistem Bitcoin Cash sihat dan efisien. Jika tahap kesukaran diturunkan, lebih ramai miners akan berminat untuk mining Bitcoin Cash. Mining pool besar BTC.TOP yang berpusat di China telah membuat perancangan untuk membenarkan miners mereka mula mining Bitcoin Cash sekiranya aktiviti itu mula menampakkan keuntungan.

Persoalan samada mining Bitcoin Cash menguntungkan masih lagi belum terjawab. Harga Bitcoin Cash lebih kurang 11% daripada harga Bitcoin, dan mining Bitcoin masih lagi dianggap sebagai lebih menguntungkan, lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga Bitcoin. Dari segi ini, Bitcoin Cash masih lagi mempunyai banyak cabaran untuk menarik minat miners ke rangkaian Bitcoin Cash.

Apa yang penting, golongan miners tidak akan meraih keuntungan tanpa pengguna yang membuat transaksi dalam Bitcoin Cash. Risiko harga Bitcoin Cash untuk jatuh masih tinggi, lebih-lebih lagi apabila pemilik Bitcoin Cash mula mencairkan Bitcoin Cash dalam jumlah yang banyak. Seperti Bitcoin, kenaikan Bitcoin Cash juga bergantung kepada kadar penggunaan matawang krypto itu.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.