Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Istilah-istilah Popular yang Wujud dalam Dunia Matawang Kripto

Baru-baru ini definisi “Cryptocurrency”, “Blockchain” dan “ICO” telah dimasukkan ke dalam kamus Bahasa Inggeris popular: Merriam-Webster Dictionary. Menurut pembantu editor kamus itu, perkataan baru yang dimasukkan ke dalam Merriam-Webster adalah berdasarkan penggunaan yang meluas dan juga bermakna. Perkataan-perkataan ini dimasukkan ke dalam kamus tersebut kerana mereka sudah menjadi sesuatu yang tidak asing dalam kalangan pengguna Bahasa Inggeris dan akan digunakan secara konsisten di masa akan datang.

Jadi, jika selama ini terdapat pelbagai definisi “cryptocurrency”, “blockchain”, “ICO” dan “Bitcoin” mengikut intepretasi penggunanya, kini kita sudah ada sumber yang boleh dipercayai dan boleh dipersetujui ramai. Bagi yang berminat ingin tahu definisi istilah-istilah di atas, boleh klik: cryptocurrencyblockchainICO , dan Bitcoin. Penulis juga pernah menerangkan beberapa istilah penting dalam dunia matawang kripto dalam artikel ini: Keliru dengan Istilah dalam Dunia Matawang Kripto?

Dalam artikel ini, penulis ingin memperkenalkan istilah-istilah popular lain, yang tidak ada dalam kamus Merriam-Webster, tetapi mungkin ada dalam urbandictionary. Buat pengguna-pengguna yang rajin melayari laman web reddit atau Bitcointalk atau forum-forum komuniti matawang kripto yang lain pasti akan menemui istilah-istilah di bawah ini:

Istilah Matawang Kripto Umum

Airdrop : Coin/token yang diedarkan secara percuma kepada komuniti matawang kripto untuk membina komuniti bagi matawang kripto itu.

Hardware wallet : Ruang penyimpanan matawang kripto yang wujud sebagai hardware dan disambung ke komputer melalui USB. Cara yang dianggap paling selamat untuk menyimpan matawang kripto. Contoh: Ledger Nano S dan Trezor

Sharding : Salah satu penyelesaian bagi isu skalabiliti Blockchain. Satu kaedah yang membolehkan nod menyimpan hanya sebahagian daripada salinan Blockchain untuk mempercepatkan tempoh masa transaksi

Bitcoin Exchange CEX.IO

Software wallet : Ruang penyimpanan matawang kripto yang wujud sebagai software dalam komputer. Contoh: myetherwallet

Token : Merujuk kepada matawang yang dicipta di atas rangkaian Ethereum

Istilah Perdagangan Matawang Kripto

ATH (All-time-high) : Apabila harga matawang kripto mencapai harga tertinggi yang memecahkan rekod sebelumnya.

Arbitrage : Mengambil kesempatan terhadap perbezaan harga matawang kripto dalam platform pertukaran berbeza untuk memperoleh keuntungan

Bullish : Jangkaan harga akan baik

Bearish : Jangkaan harga akan turun

Limit order / limit sell / limit buy : Pesanan (order) yang diletakkan pengguna untuk membeli atau menjual matawang kripto dalam platform pertukaran

Market order / market buy / market sell : Pembelian atau penjualan dalam platform pertukaran pada harga semasa, atau order yang telah diletakkan oleh pengguna lain.

Margin trading : Kaedah untuk memperoleh keuntungan perdagangan matawang kripto melalui pinjaman untuk menambah simpanan yang sedia ada, boleh dibuat secara short (keuntungan apabila harga jatuh) atau long (keuntungan apabila harga naik). Kaedah paling berisiko dalam jual beli matawang kripto dan sesuai untuk pengguna berpengalaman.

Weak hands : Mereka yang tidak sabar dan menjual dengan kerugian apabila harga pasaran jatuh.

Whale : Seseorang yang memiliki jumlah matawang kripto yang sangat besar

Slang dalam komuniti Matawang Kripto

Bagholder : Seseorang yang masih lagi memegang matawang kripto yang gagal dan harganya sudah jatuh begitu teruk, mungkin kerana tidak mahu menerima kenyataan.

Mooning : Merujuk kepada harga matawang kripto yang tiba-tiba naik beribu-ribu peratus.

FOMOFear of Missing Out. Perasaan yang membuatkan anda ingin menyertai dunia matawang kripto sebelum terlambat, ironinya apabila harga matawang kripto sedang naik mencecah langit.

FUDFear, Uncertainty and Doubt. Sentimen negatif terhadap sesuatu matawang kripto tanpa usul periksa oleh orang yang dengki dengan keuntungan yang diperoleh orang lain.

HODL Hold On For Dear Life. Pemegang matawang kripto yang tidak mahu menjual matawang kripto dalam simpanan kerana menjangka harga naik dengan tinggi.

Pump and dump : Suatu skim untuk cuba menaikkan harga matawang kripto melalui pembelian yang telah diselaraskan, dengan harapan untuk menarik pembeli lain membeli matawang kripto yang dilihat harga semakin meningkat.

Shill : Seseorang yang mengiklankan suatu matawang kripto walaupun tiada kene mengena dengan projek tersebut. Selalunya ingin orang lain membeli matawang kripto itu supaya harga naik.

Shitcoin : Matawang kripto yang dianggap tidak berguna dan tiada nilai oleh komuniti matawang kripto.

TTD Time to Dump. Tiba masanya untuk menjual kesemua matawang kripto itu, selalunya apabila harga semakin jatuh dengan teruk.


Ini adalah antara istilah-istilah yang mungkin telah lama wujud, tetapi digunakan dengan konteks baru dalam dunia matawang kripto. Kalau ada istilah lain yang penulis tertinggal, anda boleh komen

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads