Default – Above Header Ads

Sila Lari Ethereum & EOS, TRON Bakal Menaiki Takhta

Dunia matawang kripto adalah satu persaingan. Jika pada awalnya Bitcoin mendominasi pasaran kripto sejak 2008, kini kita sudah di ambang generasi 3.0 blockchain. Maka tidak hairanlah jika daripada Bitcoin, muncul aset-aset digital yang lebih banyak fungsi dan lebih canggih.

Seperti Bitcoin, Ethereum juga telah bertakhta buat sekian lama sebagai platform untuk mencipta dan melancarkan aplikasi desentralisasi (dApps) dan juga smart contract. Terdapat lebih 1880 aplikasi desentralisasi yang telah dibina di atas blockchain Ethereum. Malah, daripada 100 token teratas mengikut modal pasaran, 94 peratus dibina di atas Ethereum.

Tidak hairanlah jika ada matawang kripto lain yang ingin cuba bersaing dengan Ethereum. Pada hari ini, terdapat beberapa platform yang ingin mengalahkan Ethereum termasuk EOS, Stellar, NEO, dan Cardano. Namun begitu, satu matawang digital yang dikatakan bakal mengambil takhta Ethereum adalah TRON.

Sebelum ini coin.my sudah menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang TRON sebagai platform hiburan tanpa penapisan. Dalam kata-kata pembangun TRON sendiri, “TRON adalah protokol desentralisasi berdasarkan blockchain yang bertujuan untuk membina sistem hiburan content bebas seluruh dunia dengan teknologi blockchain dan teknologi penyimpanan teragih.”

Sistem hiburan? Apa kaitannya dengan platform seperti EOS dan Ethereum?

Protokol TRON adalah seni bina sistem operasi berdasarkan blockchain yang membolehkan pembangun mencipta smart contract dan aplikasi desentralisasi, bebas menerbitkan, memiliki dan menyimpan data dan juga content lain. Menurut TRON Foundation, ekosistem rangkaian ini menawarkan penskalaan yang sangat besar dan juga kebolehan untuk memproses transaksi pada kadar yang tinggi.

Apa kelebihan TRON?

Pada bulan June 2018, TRON telah melancarkan mainnet dan hari itu juga dikenali sebagai Hari Kemerdekaan TRON. Ini adalah kerana pada awalnya TRON dibina sebagai token ERC20 atas blockchain Ethereum tetapi selepas pelancaran mainnet TRON, ia telah berpindah kepada blockchain sendiri.

Justin Sun, pengasas TRON berulang kali mengatakan bahawa blockchain TRON lebih pantas daripada Ethereum, sehingga 80 kali ganda lebih laju. Disebabkan itu, menurut Justin, TRON mampu memproses lebih 2000 transaksi setiap saat. Tambahan lagi, berbanding Ethereum, transaksi TRON tidak dikenakan apa-apa yuran transaksi.

Apa yang menyebabkan banyak pembangun tertarik dengan TRON adalah kerana ianya menyokong penciptaan smart contract dan juga kontrak biasa dalam Java. Penggunaan programming language yang popular seperti Java adalah lebih mudah dan senang daripada mempelajari programming language baru, iaitu Solidity.

Pada bulan Oktober 2018, Tron telah mengaktifkan Tron Virtual Machine (TVM) dan sejak itu, jumlah smart contract di platform itu telah meningkat dengan begitu cepat. Pada awal tahun 2019, sebanyak 3,856 smart contract telah dilaporkan live dalam blockchain itu dan telah digunakan sebanyak 134.2 juta kali, satu pencapaian yang baik untuk matawang digital itu.

Apa yang membuatkan TRON begitu popular?

Salah satu faktor kejayaan TRON adalah kerana pengasasnya, Justin Sun, yang sangat aktif dalam pemasaran platform itu. Sebelum penubuhan TRON, Justin Sun telah terlibat dengan Ripple sebagai ketua wakil untuk rantau Greater China (Tanah Besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan).

Justin Sun mempunyai reputasi yang tidak boleh disangkal dalam dunia perniagaan, di mana dia telah disenaraikan sebanyak dua kali dalam “Forbes 30 under 30” (2015 dan 2017). Dia juga telah mengasaskan Peiwo, iaitu satu platform media sosial di China yang mempunyai lebih 10 juta pengguna.

Selain daripada itu, TRON telah membina kerjasama dengan ibu syarikat Peiwo, Baofeng dan Obie dan pengkalan data pengguna syarikat-syarikat ini telah memberi TRON lebih 200 juta pengguna. Ibu syarikat Peiwo juga pernah dikenal pasti sebagai salah satu keusahawanan high-tech yang diiktiraf kerajaan China pada tahun 2017.

Tetapi pencapaian TRON yang paling besar mungkin adalah pemerolehan platform P2P Bittorrent. Walaupun token TRX tidak digunakan dalam Bittorrent, dan token baru BTT yang mendapat hype kerana berjaya mengutip lebih $7 juta dalam ICO dalam beberapa minit, ia tetap membuktikan populariti TRON sebagai platform untuk aplikasi desentralisasi.

TRON mengatasi Ethereum dan EOS

Laman web untuk melihat aktiviti aplikasi desentralisasi, dappradar.com baru-baru ini menunjukkan statistik yang menarik tentang TRON, EOS dan Ethereum. Setiap aplikasi desentralisasi dalam senarai teratas dappradar adalah protokol TRON ataupun EOS menunjukkan Ethereum semakin ketinggalan.

Jika melihat kepada jumlah transaksi, TRON mengatasi EOS walaupun jumlah penggunanya lebih kecil. Malah dApps tertinggi Ethereum adalah di kedudukan ke-16. Tambahan lagi, baru-baru ini TRON mencapai satu lagi milestone dengan lebih 200 dApp di atas blockchain itu. Ini menandakan tahap populariti TRON yang semakin meningkat berbanding EOS dan Ethereum.

Statistik TRON

Harga TRON $0.023155 USD
TRON ROI 1,028.81%
Kedudukan Pasaran #11
Modal Pasaran $1,543,994,789 USD
Jumlah Perdagangan 24 Hour $217,455,947 USD
Bekalan dalam Edaran 66,682,072,191 TRX
Jumlah Bekalan 99,281,283,754 TRX
All Time High $0.300363 USD 
(Jan 05, 2018)
All Time Low $0.001091 USD 
(Sep 15, 2017)
52 Week High / Low $0.101197 USD /
$0.010890 USD
90 Day High / Low $0.034225 USD /
$0.018147 USD
30 Day High / Low $0.024680 USD /
$0.021043 USD

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads