Trend Baru dalam Dunia Matawang Kripto: Airdrop

Kalau anda mengikuti artikel-artikel kami di coin.my, anda tentunya sudah hampir pakar dalam perihal matawang kripto dan teknologi Blockchain. Sekurang-kurangnya anda sudah tahu bagaimana teknologi di belakang Bitcoin, teknologi Blockchain berfungsi.

Memandangkan teknologi ini masih lagi dalam tahap permulaan dan berkembang begitu cepat, pasti akan ada istilah-istilah baru dan teknikal yang muncul dari hari ke sehari dalam dunia matawang kripto ini. Dan trend yang terbaru adalah “Airdrop”.

Apa itu Airdrop?

Perkara yang paling penting anda perlu tahu adalah “Airdrop” tiada kaitan dengan pemindahan fail atau dokumen antara produk Apple. Ramai yang beranggapan bahawa melalui “Airdrop”, token boleh dipindahkan secara langsung melalui bluetooth. Kalau itu bukan “Airdrop”, apa makna istilah itu?

“Airdrop” ini adalah salah satu kaedah mengagihkan token atau coin. Sama seperti ICO atau token swap. Dalam kes ICO atau token swap, sebuah syarikat akan mengeluarkan jumlah token atau coin yang terhad kepada pembeli atau pelabur awal dengan tujuan mengumpul dana untuk memulakan projek.

Kini, terdapat banyak negara yang melarang ICO ataupun memberi amaran tentang ICO dan menyebabkan penduduk negara itu tidak dapat menyertai ICO. Dalam keadaan itu, bagaimana sesebuah syarikat ingin menarik minat orang ramai? Melalui “Airdrop”, satu jumlah token atau coin akan diberikan secara percuma, lebih-lebih lagi kepada pelabur yang menetap di negara-negara yang melarang ICO. Ini adalah antara loophole bagi syarikat-syarikat ini untuk mendapatkan pengguna.

Ya, percuma. Melalui “Airdrop”, token akan diberikan terus kepada pengguna tanpa perlu melaburkan duit. Antara perkara yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan token percuma ini kebiasaannya adalah anda perlu memiliki coin tertentu dalam wallet anda. Contohnya dalam kes Byteball, Stellar Lumens dan OmiseGo, pengguna perlu menunjukkan bukti bahawa mereka mempunyai baki Bitcoin atau Ethereum pada waktu tertentu dalam wallet mereka.

Contoh-contoh lain adalah seperti pendaftaran menggunakan emel, Telegram, Twitter dan alamat wallet ke dalam platform untuk mendapatkan token percuma. Ataupun promosi sesebuah projek di laman sosial. Dan terdapat juga projek Blockchain yang menawarkan token percuma dalam denominasi yang kecil melalui faucet.

Betul ke percuma?

Pasti anda tertanya-tanya, adakah betul ianya percuma? Apa kebaikan yang syarikat tersebut peroleh jika token diagihkan secara percuma? Matlamat utama syarikat atau projek Blockchain ini adalah menyebarkan maklumat atau create awareness. Walaupun Bitcoin sudah masuk laman berita utama, matawang kripto lain terpaksa bersaing dengan beratus-ratus matawang kripto lain yang dicipta pada masa yang sama.

Penawaran token percuma melalui “Airdrop” adalah cara yang sangat efektif untuk menarik orang ramai kepada sesuatu yang mereka tidak pernah dengar. Dan memandangkan token/coin yang diberikan boleh dijual beli di pasaran, sama seperti token/coin yang diperoleh melalui ICO, ia boleh menyumbang kepada kenaikan nilai token tersebut, kerana seseorang akan memberi nilai yang lebih tinggi kepada sesuatu barang yang mereka miliki, berbanding jika mereka tidak memilikinya.

Dalam prinsip ekonomi, teori ini dinamakan “Endowment Effect”. Suatu konsep di dalam bidang psikologi dan behavioural economics, teori ini mempunyai hipotesis bahawa orang ramai meletakkan nilai kepada sesuatu hanya kerana mereka memilikinya. Salah satu kesan “Endowment Effect” selain daripada peningkatan nilai adalah pelabur akan merasa lebih selesa untuk melabur lebih banyak dalam sesuatu yang mereka sudah biasa, dan orang sekelilingnya juga akan melihat token/coin tersebut sebagai sesuatu yang bernilai.

Selain daripada create awareness, pengagihan token/coin melalui “Airdrop” adalah satu alat promosi dan pengiklanan yang sangat efektif untuk syarikat. Dalam dunia matawang kripto di mana nombor memainkan peranan yang sangat besar, jumlah token dalam edaran, jumlah modal pasaran dan statistik harga menjadi kayu ukuran yang sangat besar kepada pelabur. Pengagihan token percuma pasti akan menaikkan jumlah token dalam edaran dan modal pasaran, sekaligus melonjakkan token tersebut beberapa tangga ke atas.

Apa kebaikan dan keburukan Airdrop?

 

Penulis rasa risiko ini boleh berlaku di mana-mana sahaja, termasuk “Airdrop”. Seperti melabur dalam ICO, pengguna juga perlu mengkaji latar belakang syarikat yang menawarkan token percuma dan memilih projek-projek yang genuine dan mempunyai potensi. Contohnya dalam kes Byteball, token itu diberikan kepada pemegang Bitcoin setiap bulan. Harga Byteball melonjak lebih USD$1,000 pada bulan Januari yang lalu dan kini bernilai USD$440. OmiseGo pula memberi token percuma kepada pemegang Ether, dan harganya kini adalah USD$18.78.

Banyak lagi token “Airdrop” lain yang bernilai dalam rangka USD$1-$50. Apa yang penting adalah token ini diedarkan secara percuma, dan jika nasib anda baik, anda boleh mendapat keuntungan lebih USD$1,000 dengan mudah daripada sesuatu yang percuma.

Kesimpulan

“Airdrop” adalah trend terbaru dalam dunia matawang kripto dan sesuatu yang memberi kebaikan, baik kepada syarikat mahupun pengguna. Siapa yang tidak mahu membuat keuntungan atas angin, betul bukan? Apa yang pasti, sama seperti pelaburan ICO, buatlah pilihan yang bijak supaya anda tidak buang masa dengan token percuma yang tiada nilai.

Anda boleh melawat laman web ini, AirdropAlert untuk mendapat notifikasi tentang projek-projek “Airdrop” terkini. Sekali lagi, jangan mudah terpedaya kerana sesuatu itu percuma. Ambil masa untuk kaji betul-betul sesuatu projek, dan abaikan laman web yang meminta maklumat wallet anda selain daripada alamatnya.

Selamat berjaya!

Default – Between Post Ads