Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

5 Impak Kenyataan Trump Terhadap Bitcoin

Siapa yang membaca tweet Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, tentang Bitcoin baru-baru ini? Jika anda tidak melihatnya, boleh rujuk gambar di bawah ini.

Melihat kepada tweet di atas, nampak seperti Trump begitu anti kepada Bitcoin dan matawang kripto. Memandangkan ancaman Bitcoin terhadap matawang fiat dan bank pusat, ia tidaklah menghairankan. Apa yang juga tidak menghairankan adalah impak kenyataan Trump kepada harga Bitcoin dan matawang kripto lain.

Seperti yang kita lihat sebelum-sebelum ini, setiap kali ada kenyataan negatif terhadap Bitcoin dan matawang kripto yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak menyokong matawang kripto itu, harga Bitcoin pasti akan naik. Contohnya apabila tokoh-tokoh dunia kewangan seperti Jamie Dimon, Warren Buffet dan sebagainya bercakap tentang Bitcoin, ia seperti memberi publisiti kepada Bitcoin.

Sama seperti kenyataan Trump. Jadi, apa dia 5 impak kenyataan Trump terhadap Bitcoin?

1. Harga Bitcoin di pasaran melonjak

EXMO affiliate program

Sama seperti sebelum ini, kenyataan dari Donald Trump pun tidak mampu menolak pelabur jauh dari Bitcoin atau matawang kripto. Malah, nampaknya kenyataan Presiden Amerika Syarikat itu telah menyebabkan nilai Bitcoin di pasaran melonjak naik dan pelabur dan pedagang Bitcoin menjangka pengiktirafan Trump terhadap Bitcoin (walaupun berbaur negatif) akan membawa lebih banyak pelabur masuk ke dalam pasaran Bitcoin, terutama mereka yang anti Trump.

2. Lebih banyak kesedaran tentang Bitcoin dan matawang kripto

Dalam tweet Donald Trump, dia menyebut tentang bagaimana matawang kripto dan Bitcoin tidak dianggap sebagai wang dan mempunyai nilai yang tidak stabil. Dia juga bercakap tentang bagaimana aset kripto yang tidak dikawal selia menggalakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk pengedaran dadah.

Walaupun hampir semua kenyataan Trump itu tidak berasas, dan sudah disangkal berkali-kali oleh pakar matawang kripto, ia telah menyebabkan lebih ramai ingin tahu apakah sebenarnya matawang kripto dan Bitcoin itu, dan apa fungsinya. Jadi, boleh dikatakan kenyataan Trump itu telah membuka mata dunia kepada kewujudan matawang kripto ini.

3. Publisiti yang akan mengekalkan Bitcoin sebagai sesuatu yang relevan

Kita semua tahu Bitcoin dan matawang kripto perlu kekal relevan untuk berjaya di dunia mainstream, dan dengan tweet Donald Trump sekurang-kurangnya Bitcoin telah mendapat pengiktirafan tentang tahap relevan matawang kripto itu di masa kini, sehinggakan ditakuti oleh Presiden Amerika Syarikat.

Sebenarnya tweet dari Donald Trump itu datang selepas pengerusi Federal Reserve Amerika Syarikat, Jerome Powell, yang sering kali di kutuk Donald Trump menggambarkan Bitcoin sebagai “alternatif kepada emas…penyimpanan nilai…yang spekulatif.”

Pengerusi bank berpusat paling berkuasa di dunia telah mengiktiraf Bitcoin sebagai alternatif kepada emas, dan Presiden politik paling berkuasa di dunia juga telah mengeluarkan kenyataannya, maka sudah terbuktilah Bitcoin sesuatu yang relevan di dunia sekarang ini.

4. Isu matawang kripto boleh dibawa sehingga ke Kongres

Pernah dengar tentang “domino effect“? Dalam kes ini, ia bermula dengan pelancaran projek matawang kripto Libra oleh Facebook. Memandangkan Facebook adalah syarikat gergasi media sosial yang seringkali menjadi sasaran ahli politik kerana dominasinya dalam industri itu dan juga monopoli data peribadi pengguna yang disalah guna, sudah tentu projek matawang kripto yang signifikan ini juga akan menarik perhatian ahli dewan Senat.

Kesannya, Facebook diarahkan untuk menghadap dewan Senat untuk bercakap tentang projek matawang kripto syarikat itu dan impaknya kepada pengguna. Dan tidak lama selepas itu, tweet Donald Trump dikeluarkan. Ini semua menunjukkan isu tentang Bitcoin dan matawang kripto telah mendapat perhatian daripada ahli politik dan kemungkinan besar akan menjadi perbahasan di Kongres dan menjadi isu dalam pilihan raya nanti.

5. Perkembangan matawang kripto lebih pesat

Impak paling utama daripada kenyataan Trump adalah perkembangan dalam industri ini yang menjadi semakin pesat. Tidak kira dari segi pembangunan matawang kripto atau teknologi blockchain dalam infrastruktur syarikat, mahupun dari segi pengawal seliaan. Apa yang pasti, seluruh dunia sudah membuka mata dengan luas terhadap isu matawang kripto ini dan hanya menanti tindakan daripada kerajaan seluruh dunia, sama ada menggalakkannya atau menghalangnya.

Satu dunia sedang menanti apa akan terjadi kepada industri dan pasaran matawang kripto dalam masa terdekat ini.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.