Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bank yang menyokong Matawang Kripto

Walaupun hype matawang kripto tidak menggerakkan bank untuk menjadi lebih mesra, namun kekuatan matawang kripto telah melakukannya.

Apa yang kita lihat sekarang, bank-bank di seluruh dunia telah menyertai industri matawang kripto, tetapi mengapa? Adakah kerana mereka mengawasinya? Mungkin.

Baru-baru ini bank telah menyedari bahawa mereka tidak boleh melawan evolusi wang. Ya, ia adalah satu proses (dan ia boleh menjadi panjang), tetapi ia adalah satu kemajuan yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, bank telah memutuskan untuk menyertai industri ini dan bukannya memerangi sistem.

Kewujudan bank yang mesra kripto sangat penting untuk industri ini kerana ia memberi manfaat kepada pengembangan teknologi ini secara besar-besaran.

Bagaimanapun, mari kita lihat pada beberapa bank yang telah menerima matawang kripto dan teknologi blockchain di seluruh dunia.

Amerika Syarikat

  • Simple Bank adalah sebuah institusi kewangan yang berpusat di Oregon, Amerika Syarikat. Bank ini telah bekerjasama dengan beberapa bursa yang berbeza, yang menyokong matawang kripto.

Ini adalah salah satu daripada beberapa bank yang mana semua deposit diinsurankan oleh Federal Deposits Insurance Corporation. Oleh itu, ini adalah manfaat kepada pedagang dan perniagaan yang lebih berhati-hati.

Ps: Anda tidak akan dapat menggunakan bank ini kecuali anda seorang penduduk AS.

  • Goldman Sachs. Gergasi bidang kewangan ini telah membentangkan pemikiran ke hadapan dan mengambil langkah penting dalam pasaran kripto.

Menurut Investingblockchain.com, GS secara beransur-ansur membawa pelanggannya ke meja perdagangan Bitcoin mereka sendiri. Selain itu, ini menjadikan mereka bank pertama di wall street yang mewujudkan platform perdagangan matawang kripto.

  • Ally Bank adalah bank dalam talian, tanpa cawangan. Ia beroperasi sepanjang masa. Ini kelihatan seperti pilihan yang bagus untuk sesiapa yang berminat untuk terlibat dengan matawang kripto. Bank ini membolehkan akaun disepadukan dengan Coinbase, membolehkan pelanggan membeli matawang kripto dengan kad mereka.

Walaupun ini adalah platform yang mudah, ia mengenakan bayaran kecil apabila pelanggan menggunakan kad mereka untuk membeli matawang kripto.

  • USAA adalah sebuah bank yang melayani anggota tentera dan keluarga mereka. Sama seperti bank Ally, kumpulan ini juga membolehkan integrasi Coinbase. Bank ini sangat menyokong pasaran matawang kripto terus ke pembiayaan Coinbase’s Series C. Sebenarnya, ini menjadikan mereka bank pertama di Amerika Syarikat untuk melabur dalam pertukaran matawang kripto.

Eropah

  • Fidor Bank adalah Bank Jerman dengan model dalam talian. Berpusat di Munich, Jerman, mereka mempunyai hubungan yang mantap dengan pertukaran Bitcoin Jerman, Bitcoin.de. Oleh itu, ia membolehkan pelanggan mereka membeli Bitcoin secara langsung melalui bank.

Bank ini membantu startup dan bisnes untuk mendapatkan sokongan yang mereka perlukan untuk membiayai projek dan aktiviti mereka.

  • LHV adalah bank yang mantap di atas senarai di Estonia. Mereka berada di barisan hadapan dalam teknologi blockchain apabila membuat perkongsian dengan Coinfloor.

Kerjasama semacam ini membuatkan integrasi Bitcoin bergerak kehadapan.

Di samping itu, mereka telah mengintegrasikan aplikasi baharu yang dikenali sebagai Cuber Wallet, kepada pelanggan mereka. Aplikasi ini adalah sistem blockchain yang membolehkan pelanggan mereka menghantar euro digital kepada satu sama lain.

  • Monaize adalah Bank Mudah Alih Perancis dalam talian, berusaha untuk merapatkan jurang antara pengguna perbankan dan kripto di Kesatuan Eropah. Ini amat penting bagi perniagaan kecil.

Selanjutnya, mereka telah membina prosedur KYC serta merta, dengan kata lain, mereka mempunyai prosedur KYC yang lebih cepat daripada kebanyakan KYC.

Bank ini juga memberi tumpuan kepada memperluaskan kripto wallet, insurans dan juga penyelesaian pembayaran yang lain.

  • Maerki Baumann adalah bank swasta di Zurich, Switzerland.

Mereka telah menyertai bank-bank lain di Switzerland seperti Falcon, dan Vontobel dalam memilih untuk mengendalikan aset seperti matawang kripto.

Ianya seperti nafas udara segar untuk ratusan syarikat matawang kripto terkenal di negara ini.

UK

  • Barclays adalah salah satu bank terbesar di UK. Gergasi perbankan ini juga adalah merupakan bank pelaburan di beberapa negara yang berbeza.

Beroperasi selama lebih dari 300 tahun, bank yang dihormati ini baru-baru ini memohon dua paten di AS. Mereka berbuat demikian, berhubung dengan operasi matawang kripto mereka, cuba mengembangkan kaedah untuk pelanggan membayar dengan matawang digital. Serta untuk pemprosesan maklumat blockchain.

Untuk memberi manfaat kepada pelanggan mereka, mereka telah bekerjasama dengan Coinbase untuk mempermudahkan perdagangan.

  • Wirex bukan sahaja Bank tetapi juga penyedia perkhidmatan kripto wallet, yang membolehkan pembelian dan penjualan matawang kripto. Mereka berpangkalan di London dan dikawal oleh Financial Conduct Authority.

Setiap pelanggan diberi kad debit dengan nombor akaun bank British yang sah dan kod semakan. Mereka juga diberi akses kepada beberapa ciri lain. Sebagai contoh, pembelian Bitcoin in-store menerima wang 0.5% kembali terus ke dalam akaun mereka.

Bank ini juga menyediakan platform matawang kripto untuk diperdagangkan ke matawang fiat atau sebaliknya. Membenarkan pelanggan membuat pembelian dalam talian dan di kedai serta penukaran serta-merta.

  • Bankera adalah bank Eropah, merapatkan struktur perbankan tradisional dan teknologi blockchain melalui Spectrocoin yang menyediakan perkhidmatan broker untuk pelanggannya. Ia menawarkan perkhidmatan pertukaran matawang kripto dan token.

Kanada

  • National Bank of Canada adalah salah satu daripada beberapa bank di Kanada yang telah menjaga hubungan dengan pasaran kripto. Walaupun bank ini membolehkan pelanggan membeli Bitcoin menggunakan kad mereka, mereka dipantau dengan teliti, dan sistem itu dikawal secara mendalam.

Ditulis oleh Akif Akmal

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads