Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitcoin Adalah Hantu? Mati Hidup Semula lebih 200 Kali

Bitcoin secara paradoksnya menjadi semakin berharga setelah berita kematiannya tersebar, dengan lebih daripada 200 berita kematiannya kini terpapar di ruang awam. Keadaan yang aneh ini berasal dari portal maklumat 99Bitcoins, yang menjejaki artikel-artikel akhbar yang mengumumkan berita kematian Bitcoin.

Pada 1 Disember 2017, ketika harga Bitcoin berlegar lebih dari $10,000 (RM 40,864), laman 99Bitcoins secara rasmi mencatatkan kematian Bitcoin yang ke-203. Berita kematian Bitcoin itu datang dari Business Insider, yang menghasilkan artikel yang mendakwa “kecacatan” pada sifat matawang kripto menyebabkan matawang kripto tidak akan menjadi matawang “sebenar”.

“Mata wang harus menjadi medium pertukaran yang digunakan secara meluas. Mata wang kripto tidak akan dapat mencapai tujuan itu.” ujar Paul Donovan, Ketua Ekonomis Global UBS Wealth Management Bank kepada Business Insider. Tambah beliau lagi, “Isu maut untuk matawang kripto adalah bahawa bekalan mereka hanya boleh naik. Terdapat peluang yang sangat banyak untuk membanyakkan bekalan mata wang kripto di pasaran.”

Berita kematian terawal Bitcoin adalah pada 20 Jun 2011, ketika Bitcoin hanya bernilai $15.15 iaitu bersamaan RM 46.05 pada ketika itu. Berita kematian Bitcoin ini dilaporkan oleh Forbes, bertajuk “So, That’s the End of Bitcoin Then”, atas implikasi kebocoran maklumat pengguna bursa Mt.Gox yang menyebabkan harga Bitcoin menjunam. Namun ingat, masalahnya bukan terletak pada Bitcoin sebagai matawang kripto, tetapi pada bursa Mt.Gox, yang mempunyai banyak kelemahan dari segi keselamatannya, yang akhirnya tersontot dan bankrup.

Untuk berita kematian ini, orang ramai salah sangka kelemahan bursa pertukaran matawang kripto sebagai kelemahan Bitcoin itu sendiri, walhal itu adalah pemahaman yang salah. Dapat saya ibaratkan kita menyatakan saham di Malaysia akan menjadi tidak bernilai dan mati ketika Bursa Malaysia bergelap kerana ketiadaan elektrik disebabkan masalah teknikal, padahal syarikat yang diwakili saham tersebut masih beroperasi seperti biasa. Bitcoin masih mempunyai bekalan dan permintaan, kerana ia mempunyai utilitinya yang tidak didapati pada matawang fiat, dan pertukaran Bitcoin masih dapat dilakukan walaupun tanpa bursa pertukaran Bitcoin.

Sepatutnya, semakin kita ke hadapan, semakin bertambahlah pemahaman dan ilmu berkenaan Bitcoin. Namun sebaliknya yang berlaku. Pada 23 Oktober 2017 yang lalu, pelabur billionaire Putera Alwaleed bin Talal menyatakan bahawa Bitcoin akan lenyap, yang disamakan beliau seperti tragedi Enron seperti yang dilaporkan CNBC dalam artikel bertajuk “Prince Alwaleed says bitcoin will implode: ‘Enron in the making’”.

Ini adalah penyimpangan yang sangat teruk dalam pemahaman Bitcoin. Pertama, Bitcoin adalah matawang kripto, bukannya syarikat. Bagi orang yang tidak tahu, Enron adalah sebuah syarikat pemerdangan tenaga dan utiliti, yang bankrup disebabkan melakukan penipuan dalam sistem perakaunannya dan transaksinya. Maka untuk menyamakan Enron dan Bitcoin adalah seperti hendak menyamakan durian dengan basikal, kerana kedua-duanya adalah benda yang berbeza. Enron adalah sebuah syarikat, manakala Bitcoin adalah matawang kripto. Sebuah syarikat dapat menipu sistem perakaunannya dan memanipulasi penyata kewangannya, dan mungkin masih terselamat daripada terdedah. Bitcoin pula tidak dapat ditipu transaksinya kerana keselamatan yang tertanam kukuh dalam sistem blockchain. Mungkin beliau sudah tiada masa untuk mengkaji lebih lanjut berkenaan Bitcoin sebelum memberi pernyataan kerana pemahaman beliau yang sangat dangkal tentang asas Bitcoin ini.

Bilangan amaran yang muncul dalam penerbitan media arus perdana terutamanya mengenai azab Bitcoin yang akan datang adalah jauh lebih tinggi daripada 200, namun mereka yang kononnya ingin memaku keranda Bitcoin tersebut sebenarnya memilih berita yang menyokong pendapat mereka sahaja.

Bercakap mengenai Bitcoin bubble, di mana Bitcoin akan kehilangan majoriti nilainya dengan tiba-tiba apabila harga mencapai tahap tertentu, semuanya merebak pada bulan Disember 2017 disebabkan harga Bitcoin $ 11,000(RM 44,950) yang datang dan pergi beberapa kali. Mengenai subjek itu, Pengasas NEO Da Hongfei memberitahu CNBC minggu ini bahawa walaupun bubble ini meletup, ini akhirnya akan menjadi “OK,” kerana industri ini akan pulih semula dan akan menjadi lebih kuat pada masa akan datang. Dan ini telah terbukti banyak kali dalam sejarah Bitcoin.

Tahun 2018 pula pasaran Bitcoin dikatakan menghadapi penurunan yang amat teruk setelah mencapai All-Time High pada bulan Disember 2017. Beberapa kali nilai Bitcoin jatuh hampir 30 peratus daripada nilainya dalam tempoh itu, dan setiap kali harga Bitcoin jatuh teruk pasti akan ada berita mengenai spekulasi gelembung pasaran Bitcoin akan meletup disebarkan. Seperti biasa keadaan Bitcoin akan menjadi lebih parah kerana panic selling, namun begitu sehingga kini harga Bitcoin masih lagi hidup dan kekal tertinggi di pasaran matawang kripto.

Ingat nasihat saya, tambahkan ilmu berkenaan Bitcoin dan blockchain, lihatlah berita daripada kedua-dua pihak yang menyokong dan menentang Bitcoin. Jangan hanya berharap pada berita-berita arus media perdana sahaja. Teruskanlah mencari pemahaman yang betul berkenaan Bitcoin, mata wang kripto dan pelbagai lagi topik-topik berkenaan dunia kewangan kripto yang dapat anda perolehi di Coin.my. Dan anda sahajalah yang akhirnya dapat menentukan sama ada Bitcoin masih hidup, mati atau sudah menjadi hantu.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads