Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitcoin Bakal Berpecah: Apa Impaknya Kepada Anda?

Jam 12.20 UTC tanggal 1 Ogos adalah detik yang penting bagi pemilik Bitcoin. Dalam post penulis tentang SegWit2x minggu yang lalu, penulis ada mengulas sedikit tentang sokongan terhadap SegWit2x yang dilihat memberansangkan daripada miners, developers dan juga pengguna. Namun begitu, keadaan ini nampaknya tidak berkekalan.

Sumber: coin.dance

Segelintir daripada pengguna Bitcoin yang sebelum ini menyokong SegWit2x telah membuat keputusan untuk berpisah daripada Bitcoin, dan menggunakan matawang krypto yang baru iaitu, Bitcoin Cash (BCC). Menurut lamanweb coin.dance, sokongan terhadap SegWit2x hanya pada 20%, dan selebihnya sama ada neutral atau mengambil langkah tunggu dan lihat.

Apa anda perlu tahu tentang BCC

BCC ini dianggap sama seperti BTC dengan dua perubahan:

  • Saiz blok bertambah kepada 8M – secara teori, ini akan menambah kapasiti blok untuk menerima lebih banyak transaksi Bitcoin berbanding dahulu dan menyelesaikan masalah scalability Bitcoin
  • Ia menolak protokol SegWit, yang pada asalnya tidak disokong oleh kebanyakan miners.

Satu lagi perbezaan yang dianggap penting oleh Bitcoincash.org adalah sokongan organisasi tersebut dalam implementasi software oleh beberapa kumpulan developers, tidak seperti Bitcoin yang dikuasai oleh Bitcoin Core. Menurut organisasi itu juga, perpecahan itu perlu untuk BCC meneruskan visi Satoshi Nakamoto untuk mengekalkan satu sistem yang decentralized.

Setakat ini, kebanyakan syarikat pertukaran Bitcoinmining pools, pengguna dan juga developers tidak menyokong usaha BCC ini, termasuklah syarikat mining besar Bitmain dan Bitcoin.com. Menurut Bitmain, mereka hanya akan bertukar ke BCC dalam keadaan tertentu sahaja. Bagi Bitcoin.com pula, mereka memberi kebebasan kepada miners di bawah syarikat mereka untuk melombong BCC.

Antara penyokong kuat BCC adalah ViaBTC, syarikat mining di Beijing yang menguasai lebih kurang 4% daripada computing power Bitcoin. Syarikat itu yang juga menyediakan perkhidmatan pertukaran, berkata mereka mempunyai rancangan untuk melancarkan satu mining pool khas untuk melombong BCC. Organisasi lain yang menyokong BCC termasuklah Bitcoin Classic dan Bitcoin Unlimited.

1 Impak ‘hard fork’ ini

Impak ‘hard fork’ ini

Kepada Bitcoin

Gambar rajah di atas adalah contoh yang menerangkan apa yang akan terjadi selepas ‘hard fork’ pada 1 Ogos nanti. Buat masa ini, semua pengguna Bitcoin berada di blockchain Bitcoin Common. Apabila protokol SegWit2x diaktifkan, miners perlu menaik taraf atau upgrade software dan peralatan mining mereka untuk terus melombong Bitcoin. Mereka yang membuat keputusan untuk tidak menaik taraf akan hilang akses daripada rangkaian blockchain itu.

Bayangkan terdapat 10 orang miners dalam rangkaian blockchain Bitcoin Common. 6 daripada mereka telah menaik taraf software dan peralatan mereka. Keenam-enam ini akan meneruskan kerja mereka di blockchain Bitcoin Current manakala yang lagi empat ini akan menolak blok-blok transaksi yang tidak menepati saiz blok 8M. Blok-blok transaksi yang diterima akan membentuk blockchain yang baru, iaitu Bitcoin Cash.

Kepada anda

Matawang yang telah anda miliki daripada blockchain asal (common) boleh digunakan untuk BCC dan BTC. Namun begitu, nilai dan kuantiti kedua-dua matawang ini akan berbeza, sama seperti anda berjual beli dua matawang krypto yang berbeza.

Tambahan lagi, ia juga bergantung kepada tempat di mana anda menyimpan Bitcoin anda. Jika anda menyimpannya di desktop atau USB (seperti Ledger S), anda boleh menggunakannya untuk BCC dan BTC. Tetapi jika anda menyimpannya di online wallet atau exchange, apa yang akan terjadi dengan Bitcoin anda bergantung kepada organisasi-organisasi tersebut. Mereka mungkin akan memindahkan Bitcoin anda ke salah satu versi, ataupun membenarkan anda menggunakannya untuk kedua-dua BTC dan BCC.

Kepada Harga BTC dan BCC

Pertanyaan yang paling penting tentang ‘hard fork’ ini sudah pasti tentang harga BTC dan BCC di pasaran nanti. Adakah harga BTC akan turun atau kekal? Bagaimana pula dengan BCC?

BCC kini sudah pon mula dijual di pasaran futures pada kadar USD$345.42, nilai permulaan yang dianggap tinggi oleh penyokong Bitcoin Cash itu. Manakala harga Bitcoin pula masih lagi di lingkungan USD$2700-2800.

Ada spekulasi mengatakan bahawa kombinasi harga kedua-dua BTC dan BCC akan jatuh bawah USD$2700 selepas 1 Ogos. Ada juga yang merasa impak ‘hard fork’ ini tidak akan menjejaskan harga Bitcoin secara signifikan kerana infrastruktur Bitcoin yang sudah stabil dan juga memandangkan Bitcoin semakin diiktiraf dan digunakan sebagai alternatif pembayaran, bukan hanya kekal di medan digital sebagai matawang krypto.

Apa yang pasti adalah keputusan ‘hard fork’ ini sudah ditetapkan pada 1 Ogos tepat jam 12.20 UTC. Jadi kita tunggu sahaja dan lihat apa yang bakal berlaku dalam minggu-minggu akan datang.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.