Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kenapa Warren Buffett masih tidak percaya dengan Bitcoin?

Bila datang bab melabur, tiada siapa yang mempunyai prestasi, bakat, atau rekod epik seperti yang dimiliki Warren Buffett. Beliau, yang diberi nama gelaran Oracle of Omaha, telah dapat memilih pelaburan menguntungkan yang kebanyakan orang tidak nampak, dan telah dapat melakukan beberapa perdagangan saham terbaik dalam sejarah.

Orang ramai menaruh kepercayaan kepada sahamnya, tetapi akhir-akhir ini, satu perkara mengenai sikap Warren Buffett telah menyebabkan pelabur mengkritik. Warren Buffett telah menyatakan secara lantang mengenai pandangan negatifnya terhadap Bitcoin, dan menyebutnya seperti racun tikus.

Bitcoin tidak menghasilkan apa-apa

Salah satu hujah utama Warren Buffett menentang Bitcoin dan semua matawang kripto adalah bahawa ianya tidak menghasilkan apa-apa.

Mari kita mulakan dengan membandingkan Bitcoin dengan stok Apple (AAPL). Apple adalah syarikat platform yang menghasilkan perkakasan, perisian dan perkhidmatan. Produk mereka adalah aset dunia sebenar yang bernilai wang.

Bitcoin sebaliknya, tidak menghasilkan apa-apa aset fizikal, iaitu tidak menghasilkan apa-apa barangan atau perkhidmatan fizikal yang kemudiannya boleh dijual di pasaran terbuka. Sebaliknya, ia mewujudkan platform yang membolehkan individu berurusan dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia menggunakan aset digital yang dipanggil BTC. Transaksi ini berlaku tanpa orang tengah. Sebaliknya, Bitcoin memberi insentif kepada penggunanya untuk melombong dan mengembangkan rangkaiannya.

Perkara yang sama boleh dikatakan untuk Ethereum, yang berurus niaga menggunakan koin ETH. ETH bagaimanapun, mempunyai beberapa ciri tambahan seperti kontrak pintar. Kontrak-kontrak ini boleh digambarkan sebagai mesin penjual yang berasaskan parameter yang telah ditentukan, tidak berubah, teragih, yang diprogramkan untuk melaksanakan tugas menggunakan ETH sebagai mata wang.

Bitcoin, dan matawang digital lain tidak boleh menghasilkan apa-apa tetapi mereka membenarkan pertukaran dan memfasilitasi nilai secara tidak langsung.

Oleh itu, matawang dan pelbagai objek yang digunakan sebagai matawang sepanjang sejarah manusia, biasanya tidak menghasilkan apa-apa. Sebaliknya, mereka hanyalah cara pertukaran yang membolehkan penghantaran nilai merentasi rangkaian orang dan perniagaan yang luas dan kompleks.

Apple menjadi syarikat tersenarai awam pada tahun 1983, tetapi Warren Buffett menunggu lebih dari 30 tahun – sehingga 2016 untuk melabur di dalamnya. Jadi, selain daripada fakta bahawa Warren Buffett mungkin tidak memahami Bitcoin, tanpa menghasilkan apa-apa tapi bernilai, dia mungkin bukan jenis orang yang semua tahu dalam pasaran.

Matawang kripto tiada fizikal

Mari kita pertimbangkan pelaburan alternatif seperti aset fizikal seperti emas atau berlian, yang Warren Buffett selalu sebutkan.

Menurut Warren Buffett, barang fizikal sama dengan nilai. Walau bagaimanapun, seperti tuntutannya yang menghina sebelum ini bahawa sesuatu harus menghasilkan sesuatu untuk menjadi bernilai, emas juga gagal mengikuti ciri tersebut kerana ia juga tidak menghasilkan apa-apa. Tambahan pula, ia melibatkan kos tenaga yang banyak dan pencemaran untuk melombong emas, dan terdapat juga kos keselamatan dan penyimpanan yang tinggi.

Biasa dengar?

Apa yang membuat emas berharga adalah bekalannya yang terhad, dan seperti itu, Bitcoin juga merupakan aset yang rare dalam bekalan terhad, yang mempunyai permintaan dan oleh itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Ia tidak perlu menghasilkan sesuatu untuk menjadi bernilai. Sebuah syarikat seperti Apple, sebaliknya, perlu menghasilkan sesuatu untuk menjadi berharga.

Bitcoin adalah Skim Piramid

Satu lagi kenyataan yang terkenal yang dibuat oleh Warren Buffett terhadap Bitcoin ialah satu-satunya sebab ia mempunyai nilai adalah kerana orang yang membelinya terlebih dahulu (dengan wang tunai sebenar) berniat untuk menjualnya kemudian pada harga yang lebih tinggi. Selain itu, menurut Warren Buffett, ia tidak mempunyai nilai dan akhirnya akan kehabisan stim apabila bekalan pembeli baru berkurang.

Pertama, adalah benar bahawa sebilangan besar individu dan perniagaan yang terlibat dalam Bitcoin melakukannya semata-mata untuk membuat spekulasi. Dan dengan itu, ianya bermaksud seperti apa yang dikatakan oleh Warren Buffett, membeli dengan harga yang rendah dan menjual pada harga yang lebih tinggi pada suatu masa nanti. Dengan apa-apa pelaburan, spekulasi tidak dapat dielakkan.

Semasa gelembung internet pertama, terdapat spekulasi yang meluas, tetapi syarikat-syarikat seperti Priceline, Amazon, Expedia dan lain-lain juga keluar dari era spekulasi. Oleh itu, spekulasi boleh membahayakan dan membantu, bergantung pada keadaan pasaran.

Sebagai contoh, spekulasi hartanah adalah normal dan boleh membantu harga pasaran yang terus berkembang dari semasa ke semasa. Sekiranya ia menjadi berleluasa, ia boleh memusnahkan pasaran harta tanah dengan menaikkan harga yang tinggi sehingga tiada siapa yang mahu tinggal di kawasan tersebut lagi. Sebagai contoh, pasaran hartanah di Vancouver atau Shanghai. Jenis gelembung spekulatif ini biasanya diikuti oleh kejatuhan dan kemudian pembetulan pasaran.

Mari kita bandingkan dengan letupan harga Bitcoin dan matawang kripto yang terkenal pada Disember 2017 hingga awal Januari 2018. Harga Bitcoin naik ke paras tertinggi sepanjang sejarahnya di bawah $20,000 dalam masa beberapa hari. Letupan pantas harga ini diikuti oleh kejatuhan tajam apabila gelembung spekulatif pecah. Harga jatuh ke kisaran $ 6,000 pertengahan, dan sejak itu perlahan-lahan stabil kembali ke lingkungan $ 9,000 hingga $ 10,000 hari ini.

Aktiviti seperti ini adalah kesan sampingan spekulasi. Ianya tidak dapat dielakkan dan didokumentasikan selama beberapa dekad sebagai hype curve. Warren Buffet mempunyai asas yang Bitcoin ketika ini, didorong oleh spekulasi dan jika kita tidak menyeberang adopsi jurang awal, semuanya boleh runtuh. Walau bagaimanapun, ia bukan semata-mata aset spekulatif. Sebaliknya, ia merupakan salah satu cara terbaik untuk berurus niaga pada hari ini.

Malah, matawang kripto kini merupakan cara yang paling fleksibel, fungible dan boleh dipercayai untuk memindahkan kekayaan di seluruh dunia. Individu, kedai dan bisnes semakin berkembang dan menerima matawang kripto sebagai pembayaran. Di sisi perbankan, pemain utama seperti Goldman Sachs mengumumkan bahawa mereka juga akan terlibat dalam Bitcoin, dan yang lain mengikutinya.

Seperti yang dikatakan oleh sahabat terbaik Warren Buffet, Bill Gates, “Ramai cenderung memandang terlalu tinggi impak teknologi dalam 5 tahun pertama tetapi memandang rendah terhadap impaknya 10 tahun kemudian”. Jadi, Warren Buffet mungkin merendahkan Bitcoin pada waktu ini.

Penulis: Akif Akmal

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.