Default – Above Header Ads

Harga Bitcoin Cash Naik hampir USD$1,000 Minggu Lalu?

Harga Bitcoin Cash naik lagi. Menurut coinmarketcap.com, harga BCH kini USD$680.95. Harga BCH mulai meningkat sejak 19 Ogos yang lalu, selepas tahap kesukaran mining matawang krypto itu diselenggara.

 

Kesan daripada penyelenggaraan blockchain Bitcoin Cash, miners mendapat keuntungan yang lebih tinggi daripada penciptaan blok baru yang banyak. Penyelenggaraan ini juga menjadi eksperimen untuk memerhati persaingan antara kedua-dua blockchain Bitcoin dan Bitcoin Cash. Memandangkan kedua-dua matawang krypto ini menggunakan proof-of-work untuk mengesahkan transaksi, kedua-dua rangkaian kini bersaing untuk hash power.

Harga Bitcoin Cash yang naik hampir mencecah USD$1,000 itu bukanlah disebabkan tahap kesukaran mining yang dikurangkan sahaja. Pada masa yang sama, jumlah permintaan yang besar daripada negara Korea telah menyumbang kepada kenaikan harga Bitcoin Cash. Kadar pertukaran matawang Korea, KRW, ke Bitcoin Cash telah mendominasi pasaran pada hari minggu yang lalu, meliputi sebanyak 56% daripada keseluruhan jumlah Bitcoin Cash yang diperdagangkan.

Kombinasi kedua-dua faktor itu telah menyumbang kepada kenaikan kadar keuntungan mining BCH, menjadikan mining BCH 240% lebih menguntungkan dari Bitcoin.

Sumber: https://cash.coin.dance/blocks/profitability

Berikutan itu, Bitcoin Cash telah menarik lebih kurang 30% daripada jumlah mining power daripada rangkaian Bitcoin. Berbeza dengan situasi blockchain Bitcoin Cash dua hari sebelumnya, yang hanya mendapat purata 5% hashpower. Jika kita lihat gambar rajah di bawah, hash power dalam blockchain BCH mula bertambah sejajar dengan kadar keuntungan mining BCH melepasi tahap keuntungan yang sama (profit parity) dengan Bitcoin.

Bitcoin Exchange CEX.IO
Sumber: fork.lol

Namun begitu, keadaan itu tidak kekal lama. Disebabkan kadar hash power yang bertambah, blok-blok baru dalam blockchain BCH dicipta dengan terlalu cepat dan kebanyakan blok mempunyai jumlah transaksi yang sangat sedikit. Akibatnya, tahap kesukaran mining BCH diselenggara pada hari ini menjadikan ia lebih sukar untuk mencipta blok baru. Dan seperti domino effect, kadar keuntungan mining BCH juga berkurangan. Dan kitaran ini akan berulang kembali apabila lebih ramai miners berpindah kembali ke blockchain Bitcoin dan tahap kesukaran mining BCH di selenggara semula.

Banyak spekulasi mengatakan buat masa ini, Bitcoin Cash tidak akan dapat mengatasi Bitcoin. Ini adalah kerana Bitcoin Cash hanya meminjam nama Bitcoin tetapi tidak digunakan dalam transaksi dunia sebenar seperti Bitcoin. Harga Bitcoin Cash bersandarkan sepenuhnya kepada jumlah jual beli BCH di exchange platform. Tambahan lagi, BCH tidak mempunyai network effect atau pengaruh besar dalam komuniti matawang krypto seperti Bitcoin, Ether dan matawang krypto lain yang menawarkan fungsi yang unik.

Tetapi masih terlalu awal untuk mengetepikan Bitcoin Cash. Baru-baru ini, Falcon Private Bank yang berpusat di Zurich telah mengumumkan ia akan menambah Bitcoin Cash ke dalam portfolio matawang krypto untuk perkhidmatan pengurusan aset blockchain yang baru dilancarkan. Antara sebab utama Bitcoin Cash dipilih adalah saiz blok BCH (8M) yang diterima ramai penyokong sebagai penyelesaian kepada isu scalability Bitcoin. Jika lebih banyak institusi besar mula menggunakan BCH, lama-kelamaan BCH akah mendapat pengiktirafan daripada orang ramai.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads