Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ramalan The Economist 30 Tahun yang Lalu

Ada salah seorang daripada pembaca coin.my yang highlight artikel ini kepada penulis. Artikel ini bercerita tentang ramalan penulisnya bahawa 30 tahun daripada waktu penulisan, iaitu pada tahun 2018, akan muncul satu matawang dunia yang akan menggantikan matawang fiat. Penulis artikel telah meletakkan nama Phoenix sebagai matawang tersebut dan walaupun ramalannya tidak semua tepat (atau masih belum tercapai), idea dalam artikel ini sangat bertepatan dengan apa yang berlaku kini.

Penulis telah menterjemah artikel tersebut dan anda boleh bacanya di bawah. Penulisannya agak formal dan gaya bahasanya agak sukar difahami (maklumlah, ia ditulis pada tahun 1988). Anda boleh skip terjemahan artikel di bawah dan pergi terus ke ringkasan yang penulis telah buat di bawah artikel ini.


Diterjemah daripada: https://www.zerohedge.com/news/2017-07-09/economist-get-ready-world-currency-2018

Get Ready for the Phoenix; January 9, 1988, Vol. 306, pp 9-10

Tiga puluh tahun daripada sekarang, penduduk Amerika, Jepun dan Eropah dan juga negara-negara kaya yang lain, dan segelintir daripada penduduk negara miskin berkemungkinan besar akan membeli belah menggunakan matawang yang sama. Harga akan dipasarkan beukan dalam bentuk dollar, yen atau tanda yang lain, tetapi dalam bentuk, Phoenix (sebagai contoh). Phoenix akan menjadi matawang pilihan bagi syarikat dan pengguna kerana ia lebih mudah untuk digunakan berbanding matawang yang digunakan kini, yang juga dianggap sebagai disruptor dalam sistem ekonomi abad ke-20 ini.

Di awal tahun 1988, ramalan ini agak tidak masuk akal. Cadangan untuk kesatuan kewangan bertambah dengan banyak lima dan sepuluh tahun yang lalu, namun ia tidak mencerminkan keadaan ekonomi pada tahun 1987. Kerajaan dan ekonomi-ekonomi besar dunia telah berusaha untuk mengorak langkah ke arah sistem pertukaran matawang yang lebih rapi – permulaan yang logik kepada reformasi kewangan yang lebih radikal.

Namun ketiadaan sokongan dalam polisi kewangan mereka telah menaikkan kadar bunga yang menyebabkan kejatuhan pasaran saham pada bulan Oktober. Peristiwa ini telah mengajar mereka bahawa sokongan yang tidak sepenuhnya terhadap polisi ekonomi adalah lebih teruk daripada tiada sokongan, dan sehingga sokongan spenuhnya wujud (dalam kata lain, sehinggalah kerajaan melepaskan sedikit kuasa dalam sistem ekonomi), usaha untuk menguruskan matawang tidak akan ke mana.

Ekonomi Dunia baru

Perubahan terbesar dalam ekonomi dunia sejak tahun 1970-an adalah pergerakan matawang fiat yang telah menggantikan jual beli barangan sebagai faktor yang menggerakkan pertukaran matawang. Kesan daripada integrasi pasaran kewangan dunia, perbezaan polisi kewangan di negara masing-masing boleh mempengaruhi kadar bunga (atau jangkaan kadar bunga masa akan datang) secara kecil-kecilan, namun boleh mempengaruhi keputusan untuk pemindahan aset kewangan dari satu negara ke negara yang lain dalam skala yang besar. Pemindahan ini mengubah pergerakan jual beli barangan dari segi bekalan dan permintaan terhadap matawang yang berbeza, dan ini menyebabkan kadar pertukaran matawang berubah. Dengan kemajuan teknologi komunikasi, transaksi seperti ini akan menjadi lebih murah dan lebih cepat. Tanpa polisi kewangan yang mantap, matawang akan menjadi lebih tidak stabil.

Lama-kelamaan, sempadan ekonomi negara akan hilang. Dan dengan trend ini, idea untuk kesatuan matawang untuk negara-negara yang mempunyai industri besar lebih menarik kepada semua yang terlibat, kecuali penjual matawang asing dan kerajaan. Dalam zon Phoenix, pelarasan ekonomi untuk menetapkan harga relatif akan berjalan dengan lebih lancar dan secara otomatik, berbanding dengan cara sekarang antara sempadan yang berbeza dalam ekonomi besar. Ketiadaan risiko berkaitan matawang akan meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pekerjaan.

Zon Phoenix akan menyekat kerajaan. Tiada lagi, sebagai contoh polisi kewangan negara. Bekalan Phoenix di dunia akan ditetapkan oleh satu bank pusat, yang kemungkinan besar berasal daripada IMF. Kadar inflasi dunia – dan juga kadar inflasi dalam negara – akan berada di bawah kawalan bank itu. Setiap negara boleh menggunakan cukai dan perbelanjaan negara untuk mengimbangi kejatuhan permintaan yang sementara, tetapi ia perlu membuat pinjaman dan bukannya mencetak wang baru untuk menguruskan defisit belanjawan.

Tanpa boleh terlepas daripada cukai inflasi, kerajaan dan kreditor mereka perlu mempertimebangkan perancangan untuk pinjaman dan perbelanjaan dengan lebih baik. Ini bermakna kerajaan kehilangan kuasa ekonomi, tapi dengan trend yang menjadikan Phoenix disukai ramai akan menyebabkan kerajaan kehilangan kuasa ke atas ekonomi juga. Walaupun dalam dunia yang mempunyai pertukaran matawang yang terapung, kerajaan sudah pun melihat kebebasan polisi mereka dipersoalkan.

Menjelang abad seterusnya, faktor-faktor natural yang akan menolak dunia ke arah integrasi ekonomi akan menawarkan kerajaan pelbagai pilihan. Mereka boleh mengikut haluan masa kini, ataupun membina halangan. Persediaan untuk Phoenix bermaksud lebih banyak persetujuan tentang polisi ekonomi. Ia juga bermaksud membenarkan dan mempromosi penggunaan matawang antarabangsa bersama-sama matawang negara oleh sektor korporat. Ini akan membolehkan orang ramai mengundi menggunakan wallet untuk kesatuan matawang sepenuhnya.

Phoenix mungkin akan bermula sebagai gabungan dengan matawang negara, sepertimana Special Drawing pada hari ini. Dengan masa, nilainya berbanding matawang negara tidak lagi penting, kerana orang ramai akan memilihnya untuk kemudahan dan kestabilan kuasa pembeliannya.

Alternatifnya – untuk mengekalkan autonomi pembuatan polisi – akan melibatkan pertambahan kuasa ke atas perdagangan dan pergerakan kapital. Langkah ini menawarkan kerajaan sesuatu yang mudah. Kerajaan boleh mengurus pergerakan pertukaran matawang, implementasi polisi kewangan dan fiskal tanpa halangan, dan mengawal kadar inflasi melalui pengawalan harga dan pendapatan. Ianya satu prospek yang menghalang perkembangan. Ambil nota bahawa Phoenix akan hadir pada tahun 2018, dan alu-alukan kedatangannya.


Jadi, bagaimana? Anda boleh hadam artikel di atas? Kalau kurang faham tidak mengapa, di sini penulis akan memberi beberapa point penting daripada artikel di atas.

  1. Satu matawang dunia akan menjadi pilihan syarikat dan pengguna kerana kemudahan dan kesenangan yang ditawarkan.
  2. Polisi ekonomi negara yang tidak mantap dan efektif menyebabkan pasaran saham jatuh dan seterusnya ekonomi menjadi mundur.
  3. Sempadan ekonomi negara-negara di dunia semakin menghilang dan satu matawang yang boleh diterima pakai akan menjadi pilihan pengguna.
  4. Kerajaan akan menjadi semakin tersekat dengan adanya matawang dunia dan tidak lagi boleh implementasi polisi kewangan sewenang-wenangnya.
  5. Abad yang akan datang akan membawa integrasi ekonomi sedunia.
  6. Jika kerajaan masih ingin mengekalkan kuasa autonomi dalam membuat polisi, ia akan menghalang kemajuan negara itu.

Bayangkan, ramalan-ramalan di atas dikeluarkan pada tahun 1988. Dan 30 tahun kemudian, tahun 2018, hampir kesemuanya sudah tercapai. Lihat sahaja penerimaan terhadap Bitcoin di seluruh dunia, di mana ia menjadi pilihan kerana transaksi yang mudah, cepat, murah dan yang paling penting tidak dipengaruhi polisi-polisi kerajaan. Ia mungkin tidak akan menjadi matawang dunia sekarang ataupun masa akan datang, tetapi kita tidak dapat nafikan bahawa matawang digital mempunyai potensi yang sangat besar untuk menggantikan matawang fiat.

Dan seperti point nombor 4, kerajaan mempunyai banyak halangan dan cabaran untuk mengawal selia matawang kripto kerana ia berdasarkan konsep desentralisasi. Dan dalam artikel itu ada menyebut tentang pengeluaran matawang yang dikuasai satu bank pusat dunia, tetapi penulis rasa alternatif yang ada kini (mining) adalah lebih baik.

Apapun penulis sengaja ingin berkongsi artikel ini dengan pembaca. Juga ingin membuktikan bahawa kapasiti manusia untuk inovasi dan fikir ke hadapan memang sangat menakjubkan. 30 tahun lalu teknologi Blockchain dan matawang kripto masih belum wujud, tetapi sudah ada yang meramalkan satu matawang yang boleh melepasi sempadan negara dan menjadi pilihan orang ramai di seluruh dunia.

Apa pula ramalan anda untuk masa depan?

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads