An image for a post about Bitcoin that is entitled,

7 Sebab Anda Patut Menggunakan Bitcoin

Kita sudah sedia maklum bahawa Bitcoin adalah berita hangat masa kini. Harga 1 Bitcoin kini sudah melonjak ke lebih RM8000 dan ramalan mengatakan tidak lama lagi harga Bitcoin akan mencecah lebih RM10 000.

Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak pasti sama ada mereka patut melabur dalam mata wang krypto ini atau tidak. Di sini, kami telah menyenaraikan 7 sebab mengapa anda patut mula menggunakan Bitcoin.

1. Transaksi yang laju

Bila anda memasukkan cheque ke dalam bank, kebiasaannya bank akan memegang dahulu jumlah wang itu untuk beberapa hari sebelum ia diluluskan. Tindakan ini adalah kerana bank mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan wang itu wujud. Perkara ini juga berlaku dalam pemindahan antarabangsa dan kebiasaannya akan mengambil masa dalam beberapa hari untuk diluluskan.

Bagaimanapun, transaksi Bitcoin berlaku dalam real-time. Ini bermakna, transaksi boleh berlaku serta-merta sekiranya penerima bersetuju untuk menerima Bitcoin tanpa pengesahan. Transaksi ini dinamakan tranasaksi zero confirmation. Transaksi normal Bitcoin juga mengambil masa yang singkat untuk mendapat pengesahan. Ini sudah pasti lebih pantas dari transaksi antara bank ke bank.

2. Ianya murah

Tidak dinafikan bank kini menawarkan servis instant online transfer. Penggunaan kad kredit juga bermaksud transaksi berlaku serta merta. Tetapi semua servis ini sudah tentu bukan percuma. Malah, boleh dikatakan caj yang dikenakan untuk transaksi online yang serta merta adalah agak mahal terutama jika melibatkan antara negara yang berlainan.

Jika anda melakukan transaksi Bitcoin, caj yang dikenakan adalah sangat minima. Dan ia dikenakan sekali sahaja kerana transaksi antara anda dan penerima adalah secara terus tanpa perlu melalui pihak ketiga seperti bank. Caj network fee adalah sama walau transaksi tersebut ke timur atau ke barat.

3. Transaksi yang selamat

Perkara ini adalah paling penting. Pernahkah anda terfikir tentang keselematan maklumat peribadi anda yang dipegang oleh bank atau provider kad kredit anda? Atau cuba bayangkan setiap kali anda mengisi maklumat kad kredit anda apabila membuat pembelian online? Maklumat seperti nombor kad kredit, tarikh luput dan nombor CVV adalah sangat sensitif dan tidak sepatutnya di isi di dalam borang online yang tidak selamat.

Anda tidak perlu memberi maklumat rahsia ini dalam proses transaksi Bitcoin. Ini adalah kerana transaksi Bitcoin hanya memerlukan dua kunci kryptografi: public key dan private key. Maklumat yang ada di public key adalah alamat bitcoin anda dan anda seorang sahaja yang tahu maklumat private key anda. Jadi, transaksi Bitcoin boleh dikatakan sangat selamat selagi maklumat di private key tidak diketahui oleh orang lain.

4.  Transaksi tidak boleh diubah

Anda pernah mendengar istilah chargeback? Ia digunakan apabila berlaku penipuan dalam transaksi kad kredit atau berlaku pertikaian dan pengguna kad kredit menuntut supaya transaksi itu dibatalkan dan wang tadi dipulangkan semula. Kejadian seperti ini memberi peluang kepada penjahat untuk melakukan penipuan kad kredit dan menyebabkan kerugian kepada pihak lain.

Ini sangat berbeza dengan transaksi Bitcoin. Sebaik sahaja Bitcoin dihantar dari wallet anda, ianya tidak boleh diubah atau dikembalikan semula. Oleh itu, penipuan dalam transaksi tidak mudah berlaku dalam Bitcoin.

5. Tiada seliaan dan kawalan dari pihak ketiga

Salah satu tarikan Bitcoin adalah ianya mata wang yang decentralised. Atau dalam erti kata lain, tidak diselia atau dikawal oleh mana-mana pihak. Tidak seperti wang yang anda simpan di dalam bank. Simpanan anda dikawal oleh bank dan anda telah memberi bank blanket approval untuk menggunakan wang anda untuk tujuan pelaburan, pinjaman dan lain-lain. Tambahan pula, jika berlaku kemelesetan ekonomi, dan bank anda muflis, anda turut sama terjejas. Masihkah anda ingat kes Lehman Brothers?

Bitcoin yang ada dalam simpanan anda adalah hak milik anda. Tiada pihak ketiga yang boleh mengambil bitcoin daripada anda tanpa pengetahuan anda.

6. Bitcoin tidak terjejas dengan inflasi

Inflasi berlaku apabila harga barang meningkat. Jika dahulu anda boleh membeli roti canai dengan harga 70 sen, kini roti canai sudah mencecah RM1.40. Ini adalah kerana nilai mata wang sudah jatuh dan kerajaan terpaksa mengeluarkan lagi mata wang baru untuk menstabilkan kembali ekonomi. Akibatnya, inflasi berlaku dan kuasa pembeli juga jatuh.

Pengeluaran Bitcoin pula adalah terhad dan akan dihentikan apabila Bitcoin yang ke-21,000,000 dikeluarkan. Ini bermakna mata wang Bitcoin tidak boleh bertambah lagi selepas itu, jadi, inflasi tidak akan menjadi satu masalah bagi pengguna Bitcoin. Malah, deflasi – harga barang turun – yang akan berlaku kerana nilai Bitcoin yang semakin hari semakin meningkat.

7. Anda boleh mencipta Bitcoin anda sendiri

Akhir sekali, anda boleh menambah simpanan Bitcoin anda tanpa perlu membelinya online. Jika anda ingin memiliki lebih banyak Bitcoin anda boleh menyertai rangkaian pelombong (miners) di dalam dunia Bitcoin. Miners, dalam erti kata mudah adalah mereka yang menyelesaikan masalah matematik yang tersedia dalam transaksi Bitcoin untuk mengesahkan transaksi tersebut.

Apa yang anda perlukan adalah melabur dalam peralatan yang mempunyai kuasa komputer (computing power) yang besar. Ya, itu sahaja. Siapa yang tidak mahu memperoleh Bitcoin dengan hanya meninggalkan peralatan mereka berjalan sendiri sambil mereka melakukan hal lain?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here