An image on a post about ico of ecobit project

Dalam beberapa post yang lalu, kita sudah bercakap tentang projek-projek yang berjaya mengumpul dana melalui ICO yang dilangsungkan. Kali ini, penulis ingin mengalih fokus kepada projek-projek baru yang sedang atau akan menjalankan ICO. Banyak projek yang menarik dan mempunyai potensi untuk membawa pulangan lumayan pada masa akan datang.

EcoBit: Perdagangan Kredit Karbon dan Keusahawanan yang Mampan

Awal tahun ini, kerajaan negeri Kelantan telah mengagihkan lebih dari sejuta ekar tanah yang meliputi hutan hujan tropika di negeri itu kepada Climate Protectors Sdn. Bhd. Syarikat itu kini memegang hak konservatori ke atas kawasan hutan tersebut selama 30 tahun. Usaha pemuliharaan hutan ini di bawah naungan United Nations dan adalah sebahagian daripada United Nations Collaborative Programme on Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation atau dalam bahasa mudah, program kolaboratif untuk mengurangkan kadar pembebasan gas akibat pembalakan.

Dalam projek mereka yang berdasarkan blockchain, Climate Protectors telah mencipta EcoBit. EcoBit akan digunakan untuk menguruskan rekod kredit karbon yang dikeluarkan atau didagangkan oleh konservatori tersebut. EcoBit juga mempunyai lesen untuk digunakan dalam projek-projek yang menguntungkan untuk menjana dana yang mencukupi. Antara projek yang akan dijalankan EcoBit adalah menjalankan ladang Aquaponic dan ladang untuk pengeluaran perubatan farmasi seperti Spirulina.

Penulis menganggap projek ini bukan sahaja mempunyai potensi yang besar pada masa akan datang, malah ianya satu projek yang relevan. Memandangkan kebanyakan negara seluruh dunia menganggap pemanasan global satu isu yang sangat serius, usaha Climate Protectors ini dilihat sangat positif dan inovatif. Dengan menggunakan teknologi blockchain, EcoBit boleh menjana keuntungan dalam perdagangan kredit karbon untuk membiayai projek-projek inovatif.

Projek ini mendapat liputan yang meluas bukan sahaja dalam negara tetapi juga negara-negara yang terlibat dalam initiatif ini. Program di bawah naungan United Nations ini telah mendapat sambutan yang hebat sejak penubuhannya dan kini sudah dijalankan dalam lebih 60 negara meliputi benua Afrika, Asia Pasifik dan Amerika Latin.

Projek ini menawarkan pembelian token mereka, juga dinamakan EcoBit, melalui ICO mereka yang sudah berlangsung sejak 9 April yang lalu. Setiap pemegang EcoBit akan mendapat pulangan daripada keuntungan projek-projek mereka dan juga hak mengundi. Selain itu, pemegang EcoBit juga berpeluang menyertai sebuah program di mana mereka akan mendapat bekalan tanaman organik percuma dan juga penginapan percuma di hotel mereka, EcoBit Sanctuary.

Projek EcoBit ini mempunyai pelan tindakan yang jelas dan dalam fasa pertama, objektif projek ini adalah menjana pendapatan tahunan dengan mengurangkan pengeluaran gas karbon dan menjual kredit karbon. Menurut team projek tersebut, mereka menjangka akan menjana sebanyak USD$5 juta hingga USD$15 juta untuk fasa pertama.

Jika anda mencari projek-projek baru untuk membuat pelaburan, masukkan projek ini dalam pilihan anda. Untuk mengetahui tentang projek ini dengan lebih lanjut, layari laman web ini: http://www.ecobit.io/en/index.html


*Update (5/7/2017): Baru-baru ini penulis mendapat tahu bahawa syarikat yang menguruskan projek EcoBit ini, Climate Protectors Sdn. Bhd., termasuk dalam senarai syarikat/laman web yang melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan Bank Negara Malaysia. Anda boleh mengakses senarai itu di sini.

Namun begitu, penulis ingin menekankan bahawa senarai tersebut adalah berdasarkan maklumat daripada orang ramai yang diutarakan kepada Bank Negara. Malah, Bank Negara sendiri sudah mengeluarkan notis berkenaan senarai tersebut di laman web mereka.

Please take note that the list is not exhaustive and only serves as a guide to members of the public based on information and queries received by BNM.The list will be updated regularly for public’s reference.

Penulis juga ingin menekankan bahawa semua post yang ada di laman web ini hanyalah untuk panduan pembaca dan tujuan am semata-mata. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa liabiliti yang timbul akibat penggunaan laman web ini. Sila rujuk notis disclaimer coin.my sepanjang pembacaan anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here