An image for a post about harga bitcoin

Baru-baru ini ramai rakan-rakan penulis mulai bertanya tentang Bitcoin. Ada yang sekadar ingin tahu apa itu Bitcoin yang dihebahkan orang lain dan ada juga yang berminat ingin membeli dan melabur Bitcoin. Tetapi soalan yang seringkali ditanya kepada penulis adalah: mengapa harga Bitcoin tidak stabil seperti matawang fiat?

Dalam post kali ini, penulis akan cuba memberi penjelasan tentang harga bitcoin bermula dari pengeluaran sejumlah bitcoin yang pertama sehinggalah kini.

Permulaan Bitcoin

Tiada siapa sangka bahawa harga Bitcoin akan setinggi pada hari ini ketika Bitcoin pertama dikeluarkan pada tahun 2009. Pada waktu itu, harga Bitcoin adalah amat rendah sekali, hanya $USD 0.001. Tahun-tahun berikutnya juga tidak menampakkan perubahan signifikan kepada harga Bitcoin, dan ianya naik secara perlahan-perlahan.

Pada tahun 2013, Bitcoin mula mendapat tarikan semasa krisis perbankan di Cyprus. Rakyat negara itu tela berkejar untuk mengeluarkan simpanan mereka daripada bank dan melabur dalam Bitcoin supaya kerajaan mereka tidak boleh menguasai wang mereka. Disebabkan krisis di Cyprus, harga Bitcoin naik secara mendadak ke $USD200, namun turun kembali ke $60 setelah keadaan di negara itu stabil.

Tidak lama selepas itu, rakyat di China mula membeli Bitcoin dengan begitu banyak sekali. Ini adalah kerana keadaan politik negara mereka menyebabkan rakyat negara itu sukar untuk membuat pelaburan luar negara. Permintaan yang sangat tinggi di negara China telah membuatkan harga Bitcoin naik sebanyak 1000 peratus.

Keadaan ini tidak kekal lama. Pada Februari 2014, satu serangan DDoS ke atas servis pertukaran terbesar Bitcoin ketika itu, Mt. Gox, telah menyebabkan kerugian sebanyak lebih $USD460 juta. Harga Bitcoin merudum jatuh sebanyak 40 peratus sebelum kembali stabil antara $USD600-700. Sepanjang tahun itu, harga Bitcoin jatuh secara perlahan-perlahan sehinggalah awal tahun 2015.

Tahun 2015-16 merupakan tahun dimana Bitcoin mula kembali sebagai pilihan matawang alternatif pengguna. Kepercayaan terhadap teknologi blockchain dan sistem Bitcoin mula menampakkan kenaikan signifikan pada harga Bitcoin.

Pada awal tahun 2017, harga Bitcoin mencapai rekod tertinggi sejak krisis Cyprus dan harganya di pasaran mencecah lebih $USD 1000. Dan kini, sejak Jun yang lalu, harga Bitcoin adalah harga tertinggi dalam sejarah Bitcoin iaitu lebih $USD 2500 dan harganya kekal naik turun dalam julat itu.

an image for a post on bitcoin price

Faktor harga Bitcoin

  1. Jumlah Bitcoin dan pemegang Bitcoin

Jumlah Bitcoin terhad pada 21 juta, dan ia tidak dikeluarkan sekaligus. Sekarang sudah ada sebanyak 16 juta Bitcoin yang dikeluarkan dan lebih 14 juta orang memiliki BTC dalam wallet merekaOleh kerana pengeluaran Bitcoin sudah ditetapkan, orang ramai yang berkejar-kejar ingin mendapatkannya menyebabkan harga Bitcoin naik.

2. Permintaan dan bekalan (demand and supply)

Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah faktor utama harga Bitcoin naik dan turun. Mengikut teori ekonomi ini, apabila terdapat inelastic supply atau bekalan yang tidak berubah, perubahan permintaan hanya akan menyebabkan hanya akan mempengaruhi harga seperti rajah di bawah.

3. Keadaan politik dan ekonomi seluruh dunia

Baru-baru ini berita tentang penerimaan Bitcoin sebagai matawang alternatif oleh Jepun sedikit sebanyak memberi impak positif di seluruh dunia. Negara-negara lain juga banyak yang telah mula membuat penyelidikan tentang Bitcoin dan teknologi blockchain.

4. Berita dan reaksi pembaca

Berita-berita berkaitan Bitcoin tidak kira positif atau negatif merupakan sumber utama bagi pengguna dalam urusan jual beli Bitcoin. Contohnya, berita tentang Mt Gox atau penangkapan Ross Ulbricht telah menyebabkan harga Bitcoin jatuh kerana permintaan yang jatuh.

5. Isu teknikal

Memandangkan Bitcoin dicipta berasaskan open source code, sesiapa sahaja boleh melihat kod Bitcoin. Update baru untuk menyelesaikan isu-isu dalam kod tersebut juga mempengaruhi permintaan terhadap Bitcoin. Tambahan pula, serangan-serangan siber yang berjaya ke atas sistem tersebut juga boleh menjatuhkan harga Bitcoin. Contohnya pada Ogos 2016, hackers yang menemui kelemahan sekuriti di Bitfinex telah menyebabkan harga Bitcoin jatuh.

Kesimpulan

Seperti post sebelum ini, ramalan jangka panjang Bitcoin kelihatan amat positif. Tetapi agak sukar untuk menjangka turun naik harga Bitcoin dalam jangka masa pendek kerana faktor-faktor yang telah diceritakan di atas.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here