an image for a post about bank

Apabila kita bercakap tentang institusi kewangan, kita pasti akan memikirkan tentang bank. Bank adalah tempat kita menyimpan wang, membuat pinjaman dan juga pelaburan. Tetapi pernahkah kita terfikir kenapa bank wujud?

Kali ini penulis ingin mengalih perhatian pembaca dari bitcoin dan blockchain kepada sistem perbankan. Tujuan penulis adalah untuk mencelikkan mata dan membuka minda pembaca tentang peranan bank dan adakah kepentingan bank dan pengguna selari.

Perkataan bank itu sebenarnya berasal dari bahasa Perancis (“banque”) dan bahasa Itali (“banco”) yang membawa maksud meja atau bangku. Pada zaman Renaissance, bangku digunakan sebagai pengganti meja atau kaunter untuk aktiviti pertukaran wang.

Kurun ke-18 BC: Kuil tempat menyimpan harta

Namun begitu, konsep bank telah dipraktikkan sejak kurun ke-18 BC lagi. Di zaman itu sudah wujud kekayaan dalam bentuk emas dan ini menyebabkan pemilik emas mencari tempat untuk menyembunyikan harta mereka daripada orang lain. Tamadun awal banyak menggunakan temple atau kuil sebagai tempat selamat menyimpan harta mereka. Ini adalah kerana kuil pada ketika itu adalah bangunan yang sempurna dari segi infrastruktur; sentiasa dipenuhi orang ramai dan penggunaannya sebagai tempat agama menghindar kecurian daripada berlaku.

Di Mesir dan Mesopotamia, emas disimpan di dalam kuil tanpa digunakan, walaupun ianya diperlukan dalam perdagangan orang ramai dan kerajaan sendiri. Jadi, untuk memastikan perdangan berjalan dengan efisien, saudagar-saudagar banyak memberi pinjaman dalam bentuk bijirin kepada peladang atau saudagar lain yang membawa barangan dari bandar ke bandar.

Di Babylon ketika zaman Hammurabi, orang ramai yang mendeposit emas ke dalam kuil perlu membayar sebanyak satu perenam daripada harta yang disimpan. Simpanan ini tadi digunakan paderi-paderi untuk memberi pinjaman untuk perladangan. Kontrak pinjaman adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan dalam Kod Hammurabi dan seawal abad ini kita di perkenalkan kepada konsep riba’.

Kurun ke-4 BC: Greece dan Rom

Evolusi perbankan bermula di Greece dan Rom sejak kurun ke-4 BC. Selepas Perang Greco-Farsi, penubuhan kerajaan di Greece telah memberi ruang untuk wujudnya masyarkat kapitalis yang terdiri daripada warganegara asal Greece. Usahawan-usahawan, kuil dan juga badan kerajaan mula terlibat dalam aktiviti kewangan. Kemudahan seperti deposit, pinjaman, pertukaran wang dan juga pemeriksaan wang tulen ditawarkan kepada orang ramai.

Di Rom, aktiviti kewangan dikawal selia oleh kerajaan. Menjelang kurun ke-4 AD, fasiliti pinjaman telah membangun dengan pesat di negara itu dan notari awam telah di lantik untuk mendaftar dan mengesahkan transaksi di bank. Kejatuhan empayar Rum telah mengurangkan aktiviti perdagangan dan keengganan gereja Kristian untuk mengenakan faedah menyebabkan banyak bank ditutup.

Post seterusnya: pengeluaran duit syiling pertama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here