an image for a post on mining dash

Dash mempunyai ciri-ciri yang seakan sama seperti Bitcoin. Namun, apa bezanya Bitcoin dan Dash? Beberapa perubahan telah ditingkatkan untuk menjadi mata wang krypto yang lebih baik bagi pengguna yang ingin melindungi privasi dan transaksi yang pantas.

Dash yang dahulunya dikenali sebagai Darkcoin dan Xcoin, dicipta berdasarkan sumber kod terbuka, mempunyai rangkaian P2P, dan merupakan matawang digital privacy-centric dengan urus niaga segera. Dash merupakan sistem transaksi privacy-centric yang pertama yang membolehkan transaksi berlaku serta-merta.

Apa yang diperlukan untuk mining Dash?

#1 Hardware

Hardware yang paling asas miners perlu ada untuk mining adalah komputer biasa yang menggunakan CPU, GPU atau ASIC. GPU dan ASIC tidaklah murah, namun ia merupakan cara termudah yang menyediakan jalan pantas untuk komputer menyelesaikan algorithm sewaktu hashing. Kepada yang kurang berkemampuan untuk memiliki GPU dan ASIC, CPU juga boleh digunakan untuk mining, namun cara untuk menyelesaikan algorithm tidaklah sepantas mining menggunakan GPU dan ASIC.

Apabila menggunakan hardware GPU dan ASIC, persediaan menyediakan power supply yang cukup juga amat penting. Ini adalah kerana GPU dan ASIC memerlukan kuasa yang tinggi untuk menjalankan platform mining. Jika ingin menggunakan dua atau lebih GPU, kuasa minimum yang  diperlukan untuk menjana GPU adalah 750 watt.

Selain daripada itu, motherboard juga adalah satu keperluan penting. Anda boleh menggunakan motherboard yang berkeupayaan untuk meletakkan minimum 3 slot untuk penambahan di masa hadapan.

#2 Software

Dalam peringkat ini, mining rigs sepatuntya sudah disediakan! Maka langkah yang kedua iaitu memuat naik perisian di dalam komputer anda boleh dimulakan. Terdapat tiga perkara mudah sebelum anda boleh mula mining, iaitu:

Kemaskini Operating System (OS), Grafik Kad software dan driver untuk kad video anda

Pastikan Operating System (OS) telah dikemaskini dengan update yang terbaru. Ini untuk memastikan bahawa risiko keselamatan dapat dikurangkan.

Bahagian yang paling penting untuk menyediakan mining rig adalah dengan mengemaskini software terbaru yang sesuai dengan kad video. Untuk Dash, salah satu software mining yang sesuai adalah SGMiner. SGMiner ini adalah program mining untuk AMD GPU. Hati-hati dengan Software SGMiner dari laman web lain kerana ia mungkin berisiko tinggi untuk dimasuki virus. Anda boleh muat naik SGMiner di DownloadSGMiner.

Dash wallet

Kebiasaannya, Dash wallet ini hanya dimuat naik jika miner tersebut ingin mining secara solo. Wallet ini akan bertindak sebagai local mining client di GPU dan membenarkan proses mining. Akan tetapi, lebih baik miner menyertai mining pool, dimana didalam sebuah rangkaian, miner akan melakukan aktiviti mining coin yang sama dan membahagikan untung kepada semua miner yang menyertai rangkaian itu untuk pencarian blok. Ini dapat menjamin pembayaran yang sekata dan pendapatan yang stabil kepada miner-miner didalam mining pool tersebut. 

Sambungan Internet

Untuk proses mining, sambungan internet adalah sangat penting kerana proses mining bergantung 100% pada internet. Jika tiada internet, maka proses mining tidak berlaku dan anda akan kehilangan pendapatan mining dalam tempoh itu.

#3 Konfigurasi

Mining Solo

Mining secara solo adalah sama seperti kebanyakan digital coin yang lain. Perisian wallet untuk Dash hanya perlu dimuat naik dan di install. Wujudkan satu fail konfigurasi untuk coin dan jalankan aplikasi wallet. Kemudian, software mining perlu dipadankan dengan wallet untuk memulakan mining. 

Mining Pool

Terdapat banyak kelebihan apabila miner menyertai pool mining. Antaranya adalah keuntungan yang tinggi, mempercepatkan sistem penambahan coin baru dan algorithm serta coin boleh ditukar antara miner didalam rangkaian tersebut. Hal ini kerana, pool mining adalah satu kolaborasi atau sekumpulan hardware ‘pooled’ bersama untuk mine blok yang sama di dalam sebuah rangkaian. Selain itu, miner akan dibayar sekali sehari. Pembayaran adalah didalam bentuk Dash, tetapi mereka juga menawarkan pembayaran dalam bentuk Bitcoin (berdasarkan nilai pertukaran pada hari itu). 

Konfigurasi miner

Gambar 1: Konfigurasi SGMiner

Untuk memulakan SGMiner, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk melancarkan aplikasi menggunakan command line. Di dalam folder ‘sgminer.exe‘, wujudkan sebuah text file yang bernama ‘sgminer‘. Buka fail dan pergi ke save as, pilih ‘all files’ dan save kan sebagai ‘sgminer.conf’. Ini akan bertindak sebagai fail konfigurasi apabila software SGMiner berjalan. Aplikasi ini akan memberitahu betapa lajunya GPU beroperasi, pool/masternode apa yang digunakan untuk mining verification, dan kemana wallet Dash yang telah dilakukan aktiviti mining dihantar.

1. Copy dan paste kan text file dibawah:

{
“pools” : [
{
“url” : “stratum+tcp://162.243.104.174:7903”,
“user” : “XheyzUntHSgmg1Qoo3NdNeoqLTiAAt1zhA”,
“pass” : “”,
“algorithm”: “darkcoin-mod”
}
],
“xintensity” : “64”,
“worksize”: “64”
}

2. Tukar alamat Dash Wallet 

Buka DASH core wallet dan dapatkan alamat penerima. Lihat pada screenshot dibawah sebagai contoh. Klik ‘receive’ dan copy address dan paste di antara tanda quotation dalam fail sgminer.config.

Gambar 2: Dash Wallet

3. Pilih dan Set up Pool

Disini, pool diperlukan untuk memastikan miner dapat berkongsi mined Dash, juga dapat membuat pembayaran yang cepat berbanding solo mining.

4. Mulakan mining Dash!

Apabila miner sudah dikonfigurasikan untuk menghantar mined Dash dari komputer ke Dash wallet, pergi ke folder installation dan jalankan ‘sgminer.exe’. Jika semuanya okay, maka skrin seperti dibawah akan muncul!

Gambar 3: Mining Dash

Kesimpulan

Kini, aplikasi sudah berjalan dengan baik dan miner juga sudah boleh mining Dash. Namun begitu, isu mungkin timbul seperti mengapa keputusan anda lebih rendah berbanding orang lain. Jawapannya mudah, rig hanya perlu dioptimumkan. Kad grafik juga boleh di overclock atau undervolt untuk mendapat keputusan yang optimal (langkah-langkah ini mempunyai risiko tersendiri, jadi sila buat bacaan lebih lanjut sebelum anda mencuba).

Dash merupakan satu mata wang krypto yang sangat mudah dan sangat sesuai untuk miner yang meninginkan privasi dan juga membuat traksaksi yang pantas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here