an image on a post about coinexy

Hari ini penulis ada berita baik untuk warga Malaysia. Kepada sesiapa yang selalu tertanya-tanya di mana mereka boleh membeli Bitcoin, boleh baca post ni. Kali ini penulis akan memperkenalkan satu platform pertukaran matawang krypto yang baru, Coinexy, dan memberi sedikit ulasan tentang perkhidmatan yang ditawarkan.

Coinexy – platform pertukaran Malaysia yang pertama

Coinexy adalah sebuah platform pertukaran yang membolehkan anda membeli dan menjual Bitcoin secara peer-to-peer. Sama seperti Remitano atau Luno, Coinexy menjadi perantara untuk memastikan transaksi anda diproses dengan cepat dan selamat. Apa yang menarik tentang Coinexy adalah ia merupakan platform pertukaran Malaysia yang pertama. Buat masa ini, Coinexy hanya terbuka kepada mereka yang berada di Malaysia, jadi kepada anda yang menggunakan VPN negara lain, sila bertukar ke IP Malaysia untuk menggunakan Coinexy.

Coinexy adalah produk pertama syarikat Blockchain Technology Pty Ltd yang baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lalu. Coinexy menawarkan sesuatu yang sangat unik bagi pengguna, iaitu jual beli matawang krypto selain daripada Bitcoin. Setakat ini, ada empat matawang krypto yang ditawarkan termasuk Bitcoin, Ether, Litecoin dan Dogecoin. Penulis rasa tiada lagi platform pertukaran peer-to-peer lain yang menawarkan matawang krypto selain Bitcoin di platform mereka.

Coinexy juga tidak ada sebarang hubungan dengan mana-mana bank di Malaysia atau negara lain. Coinexy hanya memudahkan pertukaran matawang krypto antara pengguna, dan semua transaksi melalui bank adalah antara pengguna.

User Interface

 

Bila anda membuka laman web Coinexy, anda akan dapat melihat iklan-iklan untuk membeli dan menjual matawang krypto. Di bahagian atas anda boleh melihat harga Bitcoin. Tab-tab yang paling atas sekali juga menunjukkan harga terkini matawang krypto yang dijual. Untuk mula menggunakan platform Coinexy, anda perlu sign up dan membuat akaun.

Emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel anda dan anda sudah boleh mula menggunakan Coinexy. Dalam dashboard, anda boleh memilih untuk deposit matawang krypto dan membuat iklan untuk membeli/menjual matawang krypto. Anda juga boleh menambah ciri-ciri keselamatan akaun anda dengan menggunakan Google 2FA Authentication.

Polisi Jual Beli

Proses membuat iklan mudah untuk difahami. Gambar di atas adalah contoh untuk membuat iklan membeli. Iklan menjual tidak banyak berbeza, hanya memerlukan anda mengisi maklumat bank anda (nama dan nombor akaun) tetapi dua perkara yang penulis rasa menarik dalam iklan menjual adalah 1) payment instruction dan 2) price round down.

Seperti mana yang kita tahu, Bank Negara Malaysia masih lagi belum mengiktiraf Bitcoin atau matawang krypto lain sebagai satu matawang yang sah (legal tender). Dan memandangkan harga Bitcoin sudah melonjak ke RM18,000 (dan dijangka mencecah RM50,000 menjelang akhir tahun ini), sudah pasti pihak bank akan mengesyaki transaksi jumlah yang besar keluar masuk bank anda. Pada masa yang sama, kebanyakan transaksi Bitcoin mempunyai nombor yang tidak logik (eg. RM17,685.02) yang kurang logik jika alasan digunakan adalah membeli barangan.

Disinilah kedua-dua features ini sangat membantu. Dalam payment instructions, anda boleh meminta pembeli meletakkan rujukan yang anda rasa sesuai dengan transaksi itu, seperti membeli perabot atau komputer. Dan butang price round down itu membolehkan anda membundarkan harga Bitcoin ke angka bawah terdekat (eg. RM17,868.96 ke RM17,868.90).

Polisi Jual Beli

Apabila anda masuk ke dalam trade, jika anda penjual jumlah Bitcoin dalam proses trade itu akan dikunci sehingga transaksi disempurnakan atau dibatalkan. Jika anda pembeli, anda diberi masa di payment window untuk membuat bayaran.

Dalam paparan trade seperti di atas, selain daripada maklumat tentang trade anda, terdapat beberapa butang seperti Confirm Payment, Cancel Trade, Extra dan Dispute. Kadang-kadang masa yang diberikan tidak mencukupi, jadi anda boleh membuat permintaan lebih masa dengan klik butang Extra.

Jika penjual bersetuju, anda boleh teruskan trade tersebut. Jika tidak, trade anda akan terbatal secara otomatik. Jika berlaku pertikaian dari mana-mana pihak, pembeli akan diminta menunjukkan bukti pembayaran. Jika tiada penyelesaian, pertikaian akan diselesaikan oleh admin support dalam masa 3 hari. Pada masa sama, anda boleh memilih untuk memanggil admin support untuk meneyelesaikan trade dengan cepat dan anda akan dikenakan 0.001 BTC.

Program affiliate 

Sekarang ini program affiliate sangat popular untuk menarik minat orang ramai, dan Coinexy juga mempunyai programnya sendiri. Melalui program affiliate Coinexy, anda boleh memperoleh sebanyak 45% bagi setiap pengguna baru yang anda bawa. Tetapi ia tidak berhenti di situ sahaja. Bagi setiap pengguna baru yang dibawa masuk oleh pengguna tadi sehingga lapisan yang keempat, anda akan memperoleh 30%, 20% dan 5%. Untung, bukan?

Kesimpulan

Memandangkan Coinexy baru dilancarkan, dan ia masih lagi dianggap beta buat masa ini, tidak hairanlah kalau ada isu-isu kecil yang sentiasa diperbetulkan oleh admin Coinexy. Anda boleh kemukakan isu-isu anda ke [email protected] Penulis merasa Coinexy ada potensi yang besar untuk menjadi platform pertukaran pilihan ramai kerana features yang ditawarkan Coinexy agak unik berbanding platform pertukaran lain. Penulis akan membuat review lain pada masa akan datang untuk melihat perkembangan Coinexy ini.

Coinexy bercita-cita untuk menjadi platform pertukaran terbesar di Malaysia dan juga Asia Tenggara. Jadi, penulis rasa, kita sebagai anak Malaysia harus memberi sokongan yang padu kepada Coinexy ini.

Klik di sini jika anda ingin membuat akaun baru di Coinexy.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here