an image on a post about blockchain

Seperti yang dinyatakan di dalam artikel kami sebelum ini mengenai “Teknologi Blockchain“, perbezaan antara database tradisional dan Blockchain bermula dengan struktur, atau bagaimana penggunaan teknologi itu dirancang.

Database tradisional

Interaksi antara client dan database melalui server sebagai perantara

Database yang dijalankan di World Wide Web pada kebiasaanya menggunakan rangkaian client-server. Teknologi database ini digambarkan dalam gambar rajah diatas.

Seorang pengguna (klien), dengan mengakses akaunnya sendiri (setelah disahkan) boleh menukar entri yang telah disimpan dalam centralized server. Dengan mengubah ‘master copy’ (sila rujuk gambar diatas), apabila pengguna mengakses database menggunakan komputer mereka, mereka akan mendapat entri database yang telah dikemaskini. Kawalan database akan kekal diuruskan oleh pihak admin, ini bertujuan agar akses dan pengesahan maklumat dapat dikekal dan dikawal oleh pihak central authority.

Ini sama sekali tidak sama dengan teknologi Blockchain.

Database dalam teknologi Blockchain

Konsep database bagi Blockchain pula, setiap pengguna mengekal, mengira dan mengemaskini entri baru ke dalam database. Semua nod bekerja bersama untuk memastikan mereka semua mendapat keputusan yang sama, menyediakan keselamatan built-in untuk rangkaian mereka.

Interaksi secara langsung client ke database tanpa perantara

Jika anda lihat gambar rajah di atas, database sentiasa dikemas kini dan proses check and balance dijalankan oleh nod-nod yang ada dalam rangkaian. Proses ini dinamakan consensus, yang tidak memerlukan central authority untuk mengawal selia maklumat. Berdasarkan perbezaan ini, Blockchain boleh dikatakan lebih sesuai untuk menjadi atau digunakan sebagai sistem rekod untuk fungsi tertentu, manakala centralized database adalah sesuai untuk fungsi lain.

Decentralized Control

Blockchain membenarkan pelbagai pihak yang tidak mempercayai satu sama lain untuk berkongsi maklumat tanpa memerlukan pentadbiran pusat (central administrator). Transaksi akan diproses oleh rangkaian pengguna-penguna. Rangkaian ini bertindak sebagai mekanisme persetujuan supaya semua orang membuat sistem rekod bersama pada masa yang sama.

Decentralized control ini amat berguna dan bernilai dari segi ia mampu menghapuskan risiko centralized control. Berdasarkan kegunaan centralized database, sesiapa sahaja yang mempunyai akses yang mencukupi kepada sistem itu boleh memusnahkan atau merosakkan data di dalamnya. Ini menjadikan pengguna sangat bergantung kepada kuasa admin. Bagaimana jika admin mempunyai tujuan lain?

Sesetengah admin bagi database telah memperoleh kepercayaan daripada pengguna untuk menyimpan maklumat mereka dalam pelbagai urusan penting. Wang mereka tidak dicuri oleh bank-bank yang merekodkan wang yang mereka simpan dalam database swasta sebagai contohnya. Hal itu juga menjadi alasan logik kenapa anda masih mahu menggunakan perkhidmatan centralized control. Centralized control ini juga boleh menjadi satu keistimewaan dan menjadikannya suatu sebab untuk diguna pakai oleh kebanyakan pengguna.

Tetapi, itu juga bermakna mereka yang mempunyai sistem kawalan seperti ini, contohnya bank, perlu membelanjakan berbilion-bilion dolar untuk menjaga dan memelihara centralized database ini daripada diubah oleh penggodam atau orang lain yang mungkin ingin membuat keuntungan daripada kerugian orang lain. Jika central admin yang kita percayai untuk menyimpan rahsia maklumat kami gagal dalam hal ini, maka kita akan mengalami kerugian!

Menyimpan Maklumat Sendiri

Database yang paling tersusun rapi strukturnya mampu menyimpan maklumat yang terkini pada masa tertentu sahaja. Teknologi ini boleh juga diumpamakan seperti menangkap gambar sesuatu peristiwa dalam masa itu sahaja.

Database bagi Blockchain dapat menyimpan maklumat yang relevan untuk masa sekarang (real-time), malah Blockchain juga boleh menyimpan semua maklumat yang telah terjadi sebelum itu. Teknologi Blockchain boleh membuat database yang mempunyai maklumat sejarah (baca: history) dari awal lagi. Mereka berkembang seiring dengan arkib sejarah mereka sendiri yang sentiasa dikemas kini, sementara itu menyediakan maklumat real-time yang terkini.

Usaha dan perbelanjaan besar yang diperlukan untuk menggodam atau mengubah database ini yang telah menyebabkan orang ramai memanggil database bagi Blockchain tidak boleh diubah (immutable). Di situlah kita dapat melihat evolusi database kepada sistem rekod yang telus dan menyeluruh.

Teknologi Blockchain perlu ditambah baik

Walaupun Blockchain boleh digunakan sebagai sistem rekod dan ideal untuk digunakan sebagai platform transaksi, mereka dianggap kurang cekap apabila digunakan sebagai database berbanding dengan teknologi transaksi digital yang berpotensi tinggi seperti Visa dan PayPal yang kita lihat hari ini.

Walaupun pasti ada penambahbaikan terhadap prestasi ini, kita patut menjangkakan bahawa dalam teknologi Blockchain pasti akan ada beberapa faktor lain yang perlu dikorbankan, seperti kelajuan pertukaran maklumat. Ini adalah kerana cara pengagihan rangkaian yang digunakan dalam teknologi Blockchain bermakna mereka tidak berkongsi dan menyatukan kuasa pemprosesan, mereka masing-masing secara berkala menyelenggara rangkaian, kemudian membandingkan hasil kerja mereka dengan seluruh rangkaian sehingga ada persetujuan yang terjadi. Ini membuatkan proses pengesahan atau consensus akan mengambil masa yang agak lama.

Centralized database, sebaliknya, telah wujud selama beberapa dekad, dan telah melihat peningkatan prestasi mereka dengan formula yang telah memberi nilai inovasi dalam era digital kini. Salah satu kelebihan utama mereka adalah ciri centralized yang memudahkan penambahbaikan dari segi kelajuan sistem dibuat.

Perlindungan maklumat peribadi

Bitcoin adalah database yang tidak boleh dikawal dari segi akses (write-uncontrolled dan read-uncontrolled). Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menulis blok baru ke dalam rantaian blok, dan sesiapa sahaja boleh membaca satu blok dalam rantaian itu.

Manakala centralized database pula, boleh dikawal penulisannya (write-controlled) dan dikawal pembacaannya (read-controlled). Ini bermakna rangkaian atau protokol boleh ditetapkan supaya hanya pengguna yang dibenarkan boleh menulis ke database atau membaca database.

Tetapi, jika confidentiality adalah satu-satunya matlamat Blockchain, dan kepercayaan bukan lah suatu masalah, database Blockchain tidak memberi kelebihan ke atas centralized database.

Menyembunyikan maklumat di blokchain memerlukan banyak kriptografi dan beban komputasi (computational burden) yang berkaitan untuk nod dalam rangkaian. Tidak ada cara untuk melakukan perkara ini dengan lebih berkesan berbanding menyembunyikan data sepenuhnya dalam database peribadi yang tidak memerlukan sambungan rangkaian.

Sekadar sampingan, fikirkan semua database yang telah digodam dan dipecahkan oleh hackers selama ini dan maklumat peribadi yang telah dicuri dan anda boleh memahami sedikit sebanyak mengenai jenis confidentiality yang mungkin wujud dalam database peribadi.

Setakat itu sahaja buat kali ini!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here