an image on a post on matawang krypto

 

Baru-baru ini penulis mendapat permintaan daripada pembaca untuk membuat review tentang Deuscoin. Ini adalah permulaan siri di mana pembaca boleh memberi cadangan kepada penulis untuk membuat review tentang matawang krypto.

Nota penting: Sebelum penulis membuat review, penting untuk penulis tegaskan bahawa penulis tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam Deuscoin mahupun mendapat keuntungan daripada menyokong atau menghentam Deuscoin. Review ini berdasarkan maklumat yang penulis jumpa di dalam pencarian Google semata-mata dan tidak dipengaruhi oleh orang lain.

Review ini juga bukan sebagai nasihat pelaburan kepada pembaca, tetapi hanya sebagai maklumat tambahan dalam penyelidikan pembaca. Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesan positif atau negatif terhadap pembaca yang membaca review ini. Di harap semua pembaca membaca dengan minda terbuka dan juga mengambil maklumat yang diberi with a grain of salt. Terima kasih. Mari kita sambung dengan review tentang Deuscoin.

Deuscoin

Deuscoin merupakan salah satu matawang krypto yang mempunyai fungsi yang sama seperti Bitcoin, sebagai kaedah pembayaran peer-to-peer.

Menurut pengumuman tentang Deuscoin di BitcoinTalk, misi Deuscoin adalah untuk menjadi “matawang krypto peer-to-peer yang mempunyai jejak karbon rendah, mesra alam dan memberi manfaat kepada manusia dengan membolehkan pengguna membuat transaksi dengan yakin kerana Deuscoin tidak boleh dilombong (mined) menggunakan kuasa elektrik yang tinggi.”

Pre-mined coin

Deuscoin adalah matawang krypto yang telah di lombong (pre-mined) seratus peratus oleh penciptanya. Jumlah Deuscoin terhad kepada 100 juta dan penciptanya menggunakan pendekatan berbeza dalam ICO mereka, di mana mereka melancarkan ICO harian selama 3200 hari, atau lebih kurang 8 tahun 9 bulan.

Pada 50 hari pertama Deuscoin dikeluarkan, sebanyak 1,000,000 Deuscoin akan diedarkan. Selepas itu, setiap pengedaran Deuscoin akan dibahagi dua sehinggalah kesemua 100 juta telah diedarkan.

Deuscoin menggunakan teori supply and demand

Menurut laman web Deuscoin, tujuan utama mereka mengambil pendekatan ini adalah berdasarkan teori pembekalan dan permintaan (supply and demand). Deuscoin mendakwa dengan mengurangkan bekalan dari semasa ke semasa, permintaan terhadap Deuscoin akan meningkat. Deuscoin menyarankan pengguna membeli Deuscoin dan menyimpan Deuscoin dan pada masa sama menyebarkan berita tentang Desucoin kepada orang ramai.

Menggunakan contoh Bitcoin, Desucoin menyatakan Bitcoin juga mula mendapat penerimaan ramai apabila berita tentang kelebihan Bitcoin mula tersebar dan orang mula mempercayai potensi Bitcoin.

Sistem Deuscoin

Dari segi teknikal, Deuscoin menggunakan teknologi Bitcoin Core dan juga protokol yang sama dengan Bitcoin, iaitu proof-of-work. Bezanya adalah proses pengesahan transaksi Deuscoin tidak mempunyai ganjaran blok untuk miners seperti Bitcoin, tetapi hanya caj untuk transaksi. Deuscoin mendakwa tempoh pengesaan transaksi mereka lebih pantas daripada Bitcoin, tetapi penulis tidak mengetahui kebenarannya. Mungkin mana-mana pembaca yang pernah membuat transaksi Deuscoin boleh memberi klarifikasi.

Isu-isu tentang Deuscoin

Antara isu yang sering dikemukakan oleh peminat krypto adalah identiti pencipta dan developers di sebalik Deuscoin, serta ketiadaan whitepaper. Memandangkan semakin banyak ICO yang dilancarkan sejak kebelakangan dalam ekosistem yang tidak dikawal selia, isu-isu ini dianggap penting oleh pelabur untuk meyakinkan mereka bahawa projek di belakang ICO yang dilancarkan bukanlah satu penipuan.

Pentingnya identiti pencipta matawang krypto dan developers dikenali adalah kerana ia memudahkan pengguna mengikuti perkembangan tentang projek tersebut. Whitepaper pula akan memberi kefahaman kepada pelabur tentang idea di belakang matawang krypto tersebut dan penerangan teknikal akan meyakinkan pengguna yang mempunyai latar belakang dalam programming atau sains komputer. Ramai akan mengangkat red flag jika didapati kedua-dua kriteria ini tidak dipenuhi.

Dalam kes Deuscoin, kita boleh membuat andaian yang baik dan buruk tentang isu-isu ini. Boleh jadi identiti dilindungi untuk tujuan keselamatan tetapi pada masa yang sama ia mungkin berkaitan strategi menyelamatkan diri jika projek ini gagal, atau ia sememangnya satu penipuan. Ketiadaan whitepaper pula mungkin menunjukkan pencipta tiada perancangan untuk mengembangkan atau menambah baik projek tersebut, tetapi pada masa yang sama projek yang tidak kompleks dan menyerupai infrastruktur Bitcoin tidak memerlukan whitepaper yang menerangkan benda yang sama.

Pemasaran Deuscoin dan SVD

Dari segi promosi, penulis lihat Deuscoin bergantung kepada networking, atau penyebaran dari mulut ke mulut. Antara kebaikan yang dipromosikan adalah keuntungan bagi mereka yang melabur dalam Deuscoin dari awal. Deuscoin mula disenaraikan di coinmarketcap pada April 2017 (tidak bermakna ia diedarkan pada masa yang sama) dengan harga USD$0.22. Pada waktu penulisan, harga Deuscoin di pasaran adalah USD$0.59. Tetapi jika anda melayari laman web Deuscoin, anda boleh membeli Deuscoin pada harga USD$0.22 sebelum ia dijual pada USD$0.37 (penulis tidak pasti tentang ini kerana ia hanya rumusan penulis dengan maklumat yang sedia ada).

Deuscoin sering dikaitkan dengan SVD atau Supply vs Demand. Menurut laman web SVD, mereka adalah “satu platform yang mempunyai kepakaran dalam jualan dan pemasaran matawang krypto, dan mempunyai rangkaian affiliate yang besar seluruh Asia”. Dan Deuscoin adalah salah satu produk mereka.

Kesimpulan

Mari kita menilai Deuscoin mengikut checklist yang penulis sudah terangkan dalam panduan tentang menilai ICO sebelum ini:

  1. Listing ICO (X) – Setahu penulis, Deuscoin tidak disenaraikan dalam mana-mana laman web listing ICO (kalau penulis salah tolong betulkan)
  2. Laman web ICO (X) – Banyak maklumat tentang Deuscoin dan bagaimana untuk mendapatkannya, tetapi tiada maklumat berkaitan pencipta atau developersroadmap dan lain-lain
  3. Kandungan whitepaper (X) – tiada whitepaper jadi tidak boleh menilai
  4. Media sosial (X) – Maklumat terbaru dalam Facebook Deuscoin adalah pada bulan Mac 2017
  5. Naluri dan common sense – penulis rasa penulis tidak perlu membuat rumusan tentang Deuscoin kerana masing-masing boleh berfikir sendiri. Deuscoin tidak pernah mendakwa mereka teknologi yang baru atau projek yang mempunyai potensi besar seperti Ethereum, IOTA atau projek-projek yang seangkatan. Malah mereka menyatakan Deuscoin memang bergantung kepada kuasa penyebaran dan pelaburan orang ramai dalam jumlah yang banyak untuk menaikkan harga Deuscoin. Ini juga adalah strategi kebanyakan matawang krypto lain. Jadi terpulang kepada pembaca untuk menilai potensi Deuscoin dengan maklumat yang sedia ada.

1 COMMENT

  1. Apa yang saya lihat potensi deuscoin adalah amat2 tinggi di mana kerjasana developer deuscoin bersama bitlox.ltd dalam pemasarannya.

    Dengan mechanism lock oleh svd.org supply deuscoin berkurangan di samping permintaan deuscoin yang semakin tinggi berdasarkan graf di c-cex.com.

    Something big is coming.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here