an image on a post about mining

Tahu tak CPU processing power komputer anda boleh dicuri untuk digunakan dalam aktiviti mining? Penulis tidak tipu, dan ia sudah pun berlaku. Dalam dunia matawang kripto dan perkembangan teknologi, apa sahaja boleh berlaku. Jika dahulu kita hanya perlu risau tentang virus menggodam komputer dan maklumat peribadi dicuri oleh penggodam, kini perkara yang dirisaukan bertambah lagi.

Kes-kes pencurian CPU Processing Power

Baru-baru ini, TorrentFreak, sebuah laman web terkenal dengan maklumat tentang hak cipta, privasi dan perkongsian fail telah mengenal pasti bahawa The Pirate Bay “meminjam” CPU processing power pelawat laman web itu untuk melombong matawang kripto khususnya Monero. The Pirate Bay adalah laman web yang mengedar media cetak rompak yang terkenal, dan menurut mereka, ia hanyalah satu ujian ke atas kod Javascript untuk mining matawang kripto yang hanya berjalan selama 24 jam.

Memandangkan The Pirate Bay adalah laman web aktiviti haram, tindakan mereka mencari punca pendapatan alternatif itu boleh difahami. Namun begitu, kes kedua berkenaan pencurian kuasa komputer dianggap lebih teruk. Tidak lama selepas pendedahan aktiviti The Pirate Bay, sebuah syarikat kabel premium dan network televisyen satelit di Amerika Syarikat, Showtime juga telah dijumpai menjalankan aktiviti sama seperti The Pirate Bay.

Dalam kes Showtime, kod Javascript yang dijumpai dalam dua laman web Showtime adalah Coinhive. Menurut laman web Coinhive, ianya adalah penyelesaian kepada iklan-iklan yang digunakan pemilik laman web untuk menjana keuntungan, yang selalu dihalang menggunakan aplikasi ad-blockers oleh pengguna. Kod yang dicipta Coinhive ini boleh melombong Monero, dan Coinhive mengambil 30 peratus daripada keuntungan yang dijana daripada penggunaan servis itu.

Menurut Coinhive lagi, mereka tidak pernah menyokong penggunaan servis mereka tanpa pengetahuan pengguna laman web. Dan memandang kini Coinhive telah disenaraikan dalam blacklist beberapa ad-blockers, servis itu sukar untuk digunakan pemilik laman web. Coinhive kini merancang untuk implementasi protokol untuk meminta kebenaran yang jelas daripada pelawat laman web sebelum menggunakan CPU mereka.

Bagaimana untuk tahu jika CPU anda dicuri?

Insiden-insiden di atas hanya beberapa contoh kecurian CPU untuk mining yang diketahui, tetapi sebenarnya banyak lagi insiden lain berkaitan crypto mining malware yang berlaku yang tidak dapat dikesan. Anda mungkin salah seorang daripadanya. Tetapi jangan risau, ada cara untuk mengesan jika CPU anda dicuri dan caranya adalah:

Periksa penggunaan CPU komputer anda

Ini adalah cara yang paling mudah untuk mengawasi penggunaan CPU anda. Jika anda menggunakan Windows, anda boleh membuka aplikasi Task Manager, dan jika anda menggunakan Mac, buka aplikasi Activity Monitor. Agak sukar untuk mengenal pasti penggunaan CPU yang normal, dan ia berbeza bergantung kepada penggunaan anda. Tetapi jika anda tidak membuka banyak aplikasi, dan penggunaan CPU anda tinggi, mungkin anda mempunyai masalah crypto mining malware. Sama juga jika anda melawat laman web dan melihat CPU anda naik dengan tinggi, laman web tersebut mungkin menggunakan CPU anda tanpa izin.

Apa yang anda boleh lakukan? Pertama, hentikan proses yang mengambil banyak CPU komputer anda, yang tiada kene mengena dengan aplikasi yang anda gunakan. Dalam kes ini juga, ad-blockers sangat membantu kerana banyak kod Javascript ini tersembunyi dalam iklan-iklan di laman web. Seperti yang penulis sudah sebut di atas, Coinhive telah disenaraikan dalam blacklist beberapa ad-blocker seperti AdGuard dan AdBlock Plus.

Kecurian CPU komputer untuk tujuan mining mungkin tidak mendatangkan kesan negatif yang besar selain daripa menyebabkan komputer anda berjalan dengan lebih perlahan, tetapi ia tetap dianggap tidak beretika kerana tidak mendapat keizinan pengguna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here