an image on a post about cryptoeconomics

Apakah itu Cryptoeconomics?

Cryptoeconomics atau ekonomi kripto bukanlah suatu mazhab atau aliran baru dalam ekonomi, ianya bukanlah mazhab atau aliran seperti aliran Keynesian Economics ataupun Austrian Economics, tetapi cryptoeconomics adalah suatu cara di mana penggabungan di antara cryptography, computer networks dan game theory diapplikasikan untuk membina sistem yang selamat dan mempunyai insentif dan denda dari segi ekonomi.

Kepentingan dan masa depan Cryptoeconomics dalam interaksi ekonomi dan social sesama manusia

Jadi, apakah yang menjadikan cryptoeconomics ini berbeza daripada ekonomi biasa yang kita kenali? Jawapannya adalah cryptoeconomics membuka peluang dan ilmu baharu berkenaan applikasi blockchain teknologi dan kesannya terhadap urusan ekonomi dan sosial manusia. Lebih tepat, cryptoeconomics adalah berkenaan membina sebuah sistem ekonomi yang lebih adil dan saksama, menggunakan ilmu cryptography dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan seperti ekonomi dan networking.

Cryptoeconomics adalah medan aplikasi dan eksperimen kepada mechanism design, salah satu cabang dalam game theory. Dalam bidang rekabentuk mekanisme (mechanism design), sesebuah sistem ekonomi itu dibina dengan insentif dan disinsentif (denda) secara azali dalam sistem tersebut. Ini menjadikan sistem itu dilindungi daripada peserta yang tidak jujur melalui denda. Manakala peserta yang jujur dalam sesuatu sistem itu diberi ganjaran di atas kejujurannya.

Cabaran terhebat bidang cryptoeconomics adalah untuk membina suatu sistem ekonomi perkongsian (sharing economy) yang mampu untuk memenuhi kehendak masyarakat manusia, dengan pengurangan atau penyingkiran pihak tengah (middle man). Untuk menyelesaikan masalah sharing economy ini, pelbagai usaha telah dilakukan dan telah berjaya, antaranya adalah Uber, Grab, Airbnb dan Bitcoin. Uber dan Grab telah berjaya dalam bidang kenderaan dan pengangkutan manakala Airbnb pula dalam bidang penginapan. Maka mari kita lihat sedikit berkenaan Bitcoin sebagai study case yang ingin melaksanakan sharing economy dari segi mata wang.

Bitcoin – Suatu Kajian Ringkas dari Segi Cryptoeconomics

Bitcoin adalah suatu cryptocurrency yang dibina menggunakan kombinasi ilmu cryptography dan networking. Namun ia tidak berhenti di situ sahaja.

Dalam sistem Bitcoin, insentif yang diberikan kepada miner adalah Bitcoin dan denda yang dikenakan adalah sesiapa yang cuba menipu keabsahan sesuatu transaksi akan menyebabkan transaksi bitcoin itu tidak diterima. Ini menunjukkan bahawa sistem Bitcoin ini adalah salah suatu sistem cryptoeconomics yang dibina dari teori mechanism design, kerana ia mempunyai sistem ganjaran dan denda untuk mengadili sistem tersebut, tanpa memerlukan orang tengah.

Selain itu, Bitcoin adalah salah satu platform masyarakat menjalankan transaksi jual beli tanpa penggunaan orang tengah dan tanpa kekangan kerajaan. Ini menunjukkan Bitcoin juga perlu dilihat dari aspek ekonomi kerana ia melibatkan manusia dalam urusan jual beli. Maka di sinilah kita dapat mengkaji Bitcoin sebagai cryptoeconomics kerana kita dapat melihat bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi pasaran dan peserta di dalam pasaran itu.

Kesimpulan

Memahami suasana dan keadaan Bitcoin dan pelbagai lagi matawang kripto dari aspek ekonomi dapat membebaskan kita dari tanggapan bahawa dunia matawang kripto ini hanyalah dunia virtual, scam dan tiada relevannya dengan dunia nyata. Maka adalah tugas para penggemar dan pengikut berita dunia teknologi blockchain untuk terus mendalami berkaitan bidang cryptoeconomics kerana bidang ini adalah pengikat di antara dunia virtual blockchain dan dunia nyata ekonomi, di samping dapat kita mengambil peluang yang orang lain terlepas pandang kerana dunia blockchain ini berkait dengan ekonomi dunia nyata.

Jika dahulu kita melihat Bitcoin dan cryptocurrency yang lain hanya sebagai virtual currency, mungkin sekarang ada dari kita melihat ianya sebagai applikasi teknologi blockchain. Sekarang minda kita perlu melakukan anjakan paradigma lagi kerana sekarang kita perlu melihat Bitcoin dan cryptocurrency dari segi cryptoeconomics sebagai dasar meyelesaikan masalah manusia.

Rujukan

https://theethereum.wiki/w/index.php/Cryptoeconomics

https://hackernoon.com/cryptoeconomics-paving-the-future-of-blockchain-technology-13b04dab971

https://www.coindesk.com/making-sense-cryptoeconomics/

http://www.ofnumbers.com/2015/01/30/cryptoeconomics-for-beginners-and-experts-alike/

https://medium.com/@cryptoeconomics/the-blockchain-economy-a-beginners-guide-to-institutional-cryptoeconomics-64bf2f2beec4

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here