an image on a post about verge

Verge merupakan salah satu coin dalam dunia matawang kripto yang menfokuskan tentang privasi sementara mengekalkan lejar online bagi memudahkan penerimaan pasaran. Antara coin lain yang memfokuskan tentang privasi adalah Monero dan Z-cash.

Verge dicipta daripada penambahbaikan matawang kripto awal yang pertama wujud iaitu Bitcoin dengan menggunakan pelbagai rangkaian tanpa nama seperti Tor dan i2p. Verge mula muncul dalam dunia matawang kripto dengan nama DogeCoinDark pada 2014, dan pada bulan Februari 2016 ia dijenamakan semula menjadi Verge dan memperkenalkan matawang kripto tersendiri yang lebih dikenali dengan singkatan XVG.

APA ISTIMEWANYA VERGE?

Privasi – Verge menggunakan rangkaian Tor dan i2p bagi membantu mengekalkan privasi identiti penguna. Apa itu Tor? Tor adalah server yang membolehkan orang ramai meningkatkan privasi dan keselamatan mereka di internet. Bagaimana pula dengan i2p? i2p merupakan rangkaian tindanan tanpa nama – rangkaian dalam rangkaian. Ia bertujuan melindungi komunikasi daripada pengawasan dan pemantauan oleh pihak ketiga seperti internet service provider, ISP. Kedua–dua Tor dan i2p melindungi IP address dan transaksi maklumat pengirim mahupun penerima daripada bocor ke server.

Kelajuan – Bitcoin mangambil masa kira-kira 10 minit untuk kesahihan transaksi, tetapi verge hanya mengambil masa kira-kira 30 saat. Keupayaan transaksi juga berbeza. Bitcoin boleh melakukan 5 transaksi dalam masa seminit, sementara verge mempunyai keupayaan transaksi yang besar, mampu mengendalikan sehingga 100 transaksi dalam masa seminit.

Multi-algorithm – Verge antara beberapa matawang kripto yang menggunakan multi-algorithm, membolehkan miners untuk mine Verge dengan pelbagai jenis peralatan mining.

KENAPA PENTINGNYA PRIVASI?

Bayangkan, terdapat transaksi atas talian antara dua individu, individu A dan individu B yang sedang berlaku. Induvidu A dibenarkan melihat jumlah baki wang kripto yang ada di dalam wallet individu B dan sebaliknya. Ini membahayakan individu tersebut sekiranya salah satu individu, sebagai contoh individu A mempunyai alamat individu B dan berniat jahat untuk merompak dengan memaksa menyerahkan private key kerana telah mengetahui jumlah yang ada di dalam wallet individu B.

Dengan adanya privasi, ia dapat memyembunyikan baki dalam wallet dan menyembunyikan transaksi yang berlaku di rangkaian justeru dapat menghalang daripada jenayah yang tidak diingini berlaku. Malah, Ethereum juga mula mengambil langkah sama memperkenalkan ZK-SNARKS bagi menjaga privasi setiap individu.

MINING VERGE

Verge mengunakan 100% sistem Proof of Work (PoW). Ini kerana pemaju Verge berpendapat bahawa sistem terbaru iaitu Proof of Stake (PoS) tidak adil kerana pengguna yang mempunyai jumlah coin yang banyak akan monopoli sistem dan bertambah kaya. Ianya menyukarkan individu yang baru berjinak dengan Verge untuk mendapat keuntungan. Oleh itu, Verge menggunakan sistem PoW dengan menyokong multi-algorithm mining. Bererti, setiap individu dengan pelbagai jenis mining equipment dapat mine verge. Terdapat 5 hashing algorithm yang di sokong oleh verge iaitu Scrypt, X17, Lyra2rev2, myr-groestl and blake2s.

Sebelum mining sesuatu coin, seperti biasa miners perlu menyediakan mining hardware yang berkelajuan tinggi seperti Graphic Processing Unit (GPU). Selepas itu, miners boleh mula installing mining software. Pelbagai mining software yang boleh digunakan untuk coin verge, CGMiner dan BFGMiner adalah dua pilihan yang paling popular. Kemudian, pilih tahap kesukaran untuk mine coin verge, tahap kesukaran adalah mengikut hashrate GPU yang dimiliki oleh Miners. Akhirnya, miners akan mendapat habuan (XVG) sekiranya dapat menyelesaikan block dan terus dimasukkan ke dalam blockchain.

Kini verge di kedudukan ke 69 di pasaran matawang kripto dengan jumlah modal pasaran sebanyak USD$79 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here