Bank Jerman Tawarkan Akaun Bank Korporat Kepada Firma Kripto EU

 

SolarisBank yang berpangkalan di Jerman, telah menerima lesen yang diperlukan untuk menawarkan akaun perbankan perniagaan kepada syarikat blockchain dan mata wang kripto yang beroperasi di Kawasan Ekonomi Eropah. Syarikat-syarikat di dalam ruang tersebut dapat membuka ‘Blockchain Company Account’ menggunakan mata wang fiat. Perkhidmatan baru ini mengikuti pembukaan SolarisBank Blockchain Factory yang bertujuan untuk menyediakan jambatan pengawalseliaan dan teknologi antara sektor teknologi blockchain dan bidang perbankan.

Satu lagi produk solarisBank yang dikenali sebagai Akaun Amanah Automatik, yang pada dasarnya merupakan akaun escrow pasaran mata wang kripto automatik, juga telah diperkenalkan. Akaun perniagaan akan memudahkan pembelian dan penjualan mata wang fiat pada bursa atau pasaran kripto global.

solarisBank telah bekerjasama dengan vPE Bank untuk membolehkan perdagangan mata wang kripto di peringkat institusi. Lebih banyak perkhidmatan juga dalam perancangan dan ini termasuk menawarkan perbankan digital serta kad debit untuk syarikat blockchain. Menurut ketua pegawai teknologi solarisBank, Peter Grosskopf, ini akan meningkatkan keselamatan dan memudahkan, terutamanya apabila dikaitkan dengan dompet kripto dan pasaran kripto.

Sumber:

https://www.ccn.com/swiss-stock-exchange-operator-is-launching-a-crypto-assets-exchange/