Default – Above Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 10 Disember 2017

Bank-Bank Besar Menghalang Pelanggan Untuk Memperoleh Akses Kepada Pasaran Niaga Hadapan Bitcoin

Bank-bank besar tidak tergesa-gesa untuk memudahkan pelaburan dalam pasaran niaga hadapan Bitcoin pertama yang berlangsung pada hari ini. Citigroup Inc. dan Bank of America Merrill Lynch memberitahu pelanggan mereka bahawa mereka tidak akan memberikan akses kepada niaga hadapan Bitcoin CBOE yang berlangsung secara langsung pada Ahad, menurut The Wall Street Journal. Tindakan tersebut juga diikuti oleh Goldman Sachs Group Inc dan ABN Amro Group.

Keengganan beberapa bank-bank besar tersebut telah mewujudkan peluang untuk broker yang lebih kecil seperti Wedbush Securities Inc. dan Phillip Capital Inc. untuk menawarkan akses kepada niaga hadapan bitcoin. Bob Fitzsimmons, Pengarah Urusan Pasaran Niaga Hadapan Wedbush, berkata tingkap ini telah mewujudkan peluang kepada pelanggan syarikatnya itu.

Interactive Brokers Group Inc. akan menyediakan akses kepada pelanggannya kepada niaga hadapan Bitcoin CBOE untuk peniaga long yang bertaruh pada kenaikan harga bitcoin, kata Ketua Pegawai Eksekutif Thomas Peterfly. Ini akan melindungi broker sekiranya pasaran niaga hadapan Bitcoin meningkat mendadak dan menyebabkan kemungkinan kerugian di kalangan peniaga short yang bertaruh pada kejatuhan harga Bitcoin.

Sumber:

https://www.cryptocoinsnews.com/big-banks-wary-of-bitcoin-futures/

IBM Membangunkan Preprocessing Block, Menjadikan Machine Learning Lebih Pantas Sebanyak 10 kali Ganda

Default – Inside Post Ads

Makmal penyelidikan International Business Machines(IBM) di Zurich, Switzerland telah membangunkan Preprocessing Block yang boleh menjadikan algoritma machine learning dapat menyerap maklumat baru dengan lebih pantas.Perkembangan sedemikian dijangka memberi manfaat besar kepada industri AI yang berkembang pesat.

Menurut pakar matematik IBM Zurich, Thomas Parnell, mereka telah menghasilkan penyelesaian untuk proses pembelajaran AI dengan kelajuan 10 kali ganda. “Dengan pengetahuan yang terbaik, kami adalah pihak pertama yang mempunyai penyelesaian dengan kelajuan 10 kali ganda lebih laju.”

IBM, bersama dengan pemain teknologi lain seperti Oracle dan Sony, telah banyak melabur dalam projek yang berkaitan dengan blockchain termasuk perkongsian dengan bank untuk transaksi kewangan yang lebih cepat dan lebih efisien, dan membantu melancarkan blockchain dalam operasi kerajaan.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ibm-develops-preprocessing-block-makes-machine-learning-faster-tenfold

Bursa Pertukaran Mata Wang Kripto Australia Sekarang Dikehendaki Mendaftar dengan Badan Pengawalseliaan Anti Pengubahan Wang Haram

Kerajaan Australia telah melaksanakan undang-undang yang memerintahkan bursa pertukaran Bitcoin yang beroperasi di negara ini untuk mendaftar dengan agensi anti pengubahan wang haram Laporan dan Analisis Transaksi Australia (AUSTRAC). Langkah ini bertujuan untuk mengenakan sekatan ke atas mata wang digital, terutamanya Bitcoin, disebabkan oleh pertumbuhan berterusan dan penggunaannya dalam sektor kewangan arus perdana.

Di bawah undang-undang baru tersebut, AUSTRAC diberi kuasa untuk memantau aktiviti semua pertukaran mata wang kripto yang beroperasi di wilayah Australia. Matlamat utama pemantauan adalah memastikan transaksi kewangan tidak berkaitan dengan pengubahan wang haram atau keganasan.

Arahan ini juga memerlukan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan pertukaran mata wang kripto untuk mengesahkan identiti pelanggan mereka, menyimpan rekod transaksi dan melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/australian-exchanges-now-required-to-register-with-aml-regulatory-body

Bursa Pertukaran Mata Wang Kripto Zimbabwe Menambah Ethereum Dan Bitcoin Gold, Membolehkan Semula Perdagangan Bitcoin

Satu-satunya platform pertukaran mata wang kripto Zimbabwe, Golix.com telah menambah Etherium dan Bitcoin Gold, yang membolehkan perdagangan dalam dua aset digital ini di Zimbabwe. Mereka juga meneruskan perdagangan Bitcoin setelah tergendala seketika disebabkan masalah teknikal. Pada hari Jumaat lalu, harga Bitcoin di Zimbabwe melebihi $ 30 000(RM 122,433) kerana negara tersebut terus mengalami krisis kecairan dan krisis mata wang asing.

Langkah-langkah baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Patrick Chinamasa seperti menyebarkan penggunaan wang kripto dan wang plastik dan mempromosikan penjanaan mata wang asing melalui peningkatan eksport tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan mata wang asing dan juga menangani masalah yang dihadapi dalam menghantar dan menerima mata wang asing di Zimbabwe.

Pada bulan Oktober, Golix memproses nilai dagangan Bitcoin berjumlah $ 1 juta kerana bank di Zimbabwe gagal melaksanakan transaksi antarabangsa tepat pada masanya.

Sumber:

https://www.cryptocoinsnews.com/zimbabwe-exchange-adds-etherium-as-bitcoin-glitch-is-resolved/